Neymar, Mbappe dan Messi Tenang Melenggang Ketika 7 Pemain Lain Turun Bertahan

Pemain superstar Paris Saint Germain, Neymar, Kylian Mbappe dan Lionel Messi tenang dengan hanya melenggang ketika 7 pemain lain turun bertahan ketika Manchester City melancarkan serangan.

Lansung tiada pressing dari tiga penyerang serangkai berbahaya dunia itu untuk mengekang gerakan serangan yang dilakukan oleh pemain Manchester City.

Lantaran situasi yang diwujudkan oleh tiga pemantau padang ini memaksa barisan pertahanan PSG bermain lebih dalam ke bawah dan memberi Manchester City peluang untuk mengawal permainan sewenang-wenangnya.

Ini membuatkan Paris Saint Germain bergelut untuk membuat gerakan dari bawah dan hanya bergantung kepada serangan balas sahaja dan dihukum dengan kebangkitan Manchester City.

Paris Saint Germain terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-50 selepas permainan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Kylian Mbappe mencetak nama selaku penjaring selepas hantaran Lionel Messi terkena belakang pemain Manchester City dan bola menemui Kylian Mbappe.

Mbappe telah melorongkan bola ke celahan kaki Ederson yang dipanggil nutmeg. Kurangnya pressing dari tiga serangkai memaksa pertahanan bekerja lebih membolehkan City kembali bangkit.

Raheem Sterling menyamakan kedudukan pada minit ke-63 sebelum Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76.

Jamie Carragher yang mengulas dari studio mengecam tiga pemain itu menyifatkan jika PSG terus dibebani dengan tiga penumpang maka jangan harap mereka akan menjadi juara Champions League.

Jamie Carragher tidak percaya dengan apa yang dilihat kerana bagi beliau sebuah pasukan tidak boleh membawa penumpang atau seorang pemain yang jadi beban dalam perlawanan.

“Aku tidak percaya pasukan boleh membawa sesiapa pun sekarang,” Ujar Carragher membuka hujah.

“Katakanlah empat pasukan yang akufikir salah satu daripada mereka akan memenangi Liga Juara-Juara – Man City, Liverpool, Chelsea atau Bayern Munich – mereka tidak membawa seorang penumpang dalam pasukan.”

“Mereka [PSG] membawa tiga penumpang, mereka langsung tiada peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain, langsung tiada peluang. Saya kecewa menontonnya kerana Mbappe lebih daripada sesiapa.

Pemain legenda Liverpool menambah lagi, jika Messi tidak melakukan pressing dan membantu pertahanan boleh difahami kerana faktor usia tapi itu juga tidak patut terjadi.

“Aku hampir dapat memahami Messi berada pada tahap tertentu, dia berusia 34 tahun, dia perlu menyelamatkan dirinya untuk saat-saat tertentu, aku masih tidak fikir mereka boleh membawanya, jangan lupa Barcelona sudah lama tidak memenangi Liga Juara-Juara.”

“Tetapi Mbappe berusia 22 tahun, dia sepatutnya berlari ke belakang dan kembali membantu rakan sepasukannya menentang pasukan terbaik Man City. Perkara ini tentang berjalan melenggang di sekitar padang, ia bukan untuk aku.”

Carragher kenot brain dan tidak faham kenapa pemain muda seperti Mbappe yang mempunyai kudrat yang lebih tidak turun membantu sambil memberikan beberapa nama besar sebagai contoh.

“Apabila aku melihat [Mohamed] Salah dan [Sadio] Mane untuk Liverpool berlari dan memecut di mana-mana, aku melihat [Kevin] De Bruyne, aki melihat Mahrez, Raheem Sterling pun sama, Thomas Muller untuk Bayern Munich, [Robert] Lewandowski.”

“Aku tidak boleh terima, aku tidak kisah betapa bagusnya mereka kerana mereka tidak bermain untuk pasukan. Hari-hari membawa penumpang sudah lama berlalu.”

“Dan itulah sebabnya tiga pasukan terbaik di Eropah sekarang – empat pasukan kerana Chelsea adalah pemenang Liga Juara-Juara – pasukan lain tidak akan memenanginya.”

Sebelum ini Carragher juga mengutarakan isu yang sama membabitkan Cristiano Ronaldo namun baginya Ronaldo masih mampu menjaringkan gol walaupun menjadi penumpang.

“Aku telah berkata perkara ini membabitkan [Cristiano] Ronaldo juga tetapi sekurang-kurangnya Ronaldo menjaringkan gol. Tanpa bola Ronaldo adalah penumpang dan pada ketika ini jaringannya telah menebusnya kembali.”

“Melainkan kau menjaringkan gol atau kau sekadar membawa penumpang dan bola sepak pada tahap ini kau tidak akan mempunyai peluang, Manchester United tidak akan memenangi Liga Juara-Juara.”

Dalam pada itu, Carragher menyarankan Mauricio Pochettino supaya segera angkat kaki dari PSG dan jika beliau adalah Pochettino beliau akan pergi terus esok kerana tiga pemain tersebut.

“Pochettino perlu keluar dari kelab. Jika dia berpeluang ke Manchester United. Aku akan pergi esok dan ia adalah kerana 3 bintang itu.”

Dengan kekalahan ini tidak menjejaskan peluang PSG yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan walaupun masih berbaki satu perlawanan.

BACA:  Henry: PSG Lebih Besar Dari Mbappe, Ikut Je Arahan Bos!