Neymar Rompak Assist Super Menakjubkan Dari Roberto Firmino

Roberto Firmino hampir saja mencipta satu assists yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Colombia dalam saingan Copa America.

Firmino merupakan pemain gantian yang dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan, dalam perlawanan yang memperlihatkan kejayaan Brazil menewaskan Colombia 2-1 itu.

Colombia membuka tirai jaringan menerusi Luis Diaz seawal minit ke-10 permainan, menerusi satu gol lipat gunting yang sungguh cantik dan mengagumkan.

Luis Diaz melakukan aksi akrobatik tersebut untuk menewaskan Weverton Pereira Da Silva seterusnya memberikan gol pendahuluan untuk skuad kebangsaannya.

Gol tersebut juga boleh dianggap sebagai gol tercantik dalam saingan Copa America pada ketika ini, dan tidak keterlaluan untuk katakan gol tersebut merupakan gol tercantik dari kesemua gol yang dijaringkan dalam kejohanan pada musim panas ini.

Brazil kemudiannya berkesempatan untuk menyamakan kedudukan dengan Roberto Firmino berjaya melakukan flick yang sungguh menakjubkan mencari Neymar di dalam kotak penalti Colombia.

Bintang Liverpool itu menerima bola cantik dari Richarlison seterusnya beliau mengesan Neymar sedang membuat gerakan untuk masuk ke dalam.

Beliau dengan tenang melakukan flick menewaskan dua pemain Colombia yang ada di hadapannya, dan bola hantaran beliau tepat menemui Neymar.

Neymar berjaya menewaskan penjaga gol Colombia, namun tolakan bolanya ketika mahu melakukan gelecekan itu terlalu kuat, maka beliau sedikit sukar untuk menolak bola masuk ke dalam gawang gol yang sudah terbuka luas itu.

Ketika beliau cuba untuk mendapatkan semula bola yang sudah agak jauh dari kakinya, pemain Colombia berjaya menutup ruang yang ada, dan rembatan Neymar hanya sekadar terkena tiang gol sahaja.

Bahkan andai beliau membiarkan Gabriel Jesus yang melepaskan rembatan, peratusan untuk melihat bola itu menerjah jaring gawang gol masih tinggi.

Para peminat di media sosial dilihat begitu teruja melihat hantaran flick dari Firmino yang berjaya menemui Neymar itu dan menganggap bintang PSG itu baru sahaja mensia-siakan assists of the year.

“Bobby Firmino memang terkenal dengan gaya hantaran yang unik seperti ini, dan flick yang dia lakukan saya rasa yang terbaik pernah kamu lihat.”

“Dia menunjukkan mentaliti dia yang sungguh hebat dalam beberapa perlawanan terakhir ini, dia sememangnya pemain paling bernilai yang Brazil miliki.”

“Bobby jelas merubah permainan, andai saja Neymar berjaya menjaringkan gol itu, ia merupakan hantaran yang sungguh cantik dan selayaknya di sudahi dengan jaringan.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang menganggap flick dari Firmino itu sungguh cantik dan luar biasa menakjubkan.

Bintang Liverpool itu kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Diaz pada minit ke-78 permainan.

Walau bagaimanapun, gol jaringan Roberto Firmino itu telah mencetuskan sedikit kontroversi dengan pemain Colombia mendakwa bola telah terkena pengadil dan perlawanan sepatutnya dihentikan.

Dek kerana dibantah oleh pemain Colombia, VAR kemudiannya masuk campur dan menyemak semula jaringan Firmino.

Selepas disemak, tiada apa yang berubah dengan gol Firmino tetap dikira dan disahkan seterusnya menjadikan kedudukan semasa ketika itu 1-1.

Perlawanan menjadi semakin panas dengan pelbagai insiden kekasaran yang berlaku, dan ekoran dari itu, pengadil perlawanan telah memberikan masa kecederaan sangat panjang.

Brazil berjaya memenangi perlawanan tersebut selepas Casemiro meledak gol kemenangan pada minit ke-10 masa tambahan permainan, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-1 Brazil menewaskan Colombia.

Skuad kendalian Tite itu berjaya mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan peringkat kumpulan B, dengan mereka selepas ini akan turun berdepan dengan Ecuador.

BACA:  Bolt: Brazil Perlukan Khidmat Neymar Untuk Menangi Piala Dunia