Neymar Senior Mahu Neymar Junior Segera Dibedah

Ayah kepada pemain termahal dunia, Neymar percaya anaknya perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada tapak kakinya dan mahu pembedahan tersebut dijalankan secepat yang mungkin.

Neymar Sr. mahu anaknya segera di bawa ke bilik pembedahan agar beliau segera kembali beraksi dengan seluruh rakyat Brazil risau dengan tahap kecergasan Neymar dengan Piala Dunia 2018 Russia hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Cepat bedah anak aku oi. Tunggu apa lagi

Penyerang antarabangsa Brazil itu mengalami kecederaan retak tulang metatarsal ketika perlawanan menentang Marseille hujung minggu lalu dan bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan.

Ini bermakna harapan PSG untuk melihat Neymar beraksi menentang Real Madrid minggu hadapan tidak kesampaian kerana kecederaan yang dialami pemain tersebut.

PSG berdepan tugas sukar untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas 3-1 dalam perlawanan pertama di Santiago Bernabeu dua minggu yang lalu.

Neymar dilihat mengeluarkan air mata selepas menerima terjahan daripada pemain tengah Marseille, Bouna Sarr seoloah-olah beliau sudah mengetahui kecederaan yang dialaminya itu adalah serius.

Ha ha aku menangis

Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan terhadap Neymar tidak menemukan sebarang kecederaan serius pada pergelangan kaki beliau. Tetapi selepas pemeriksaan penuh dilakukan, ia menunjukkan Neymar mengalami keretakan pada tulang metatarsal di kakinya dan memaksa pemain ini berehat lebih lama.

Walaupun terdapat kekeliruan sama ada Neymar memerlukan pembedahan atau tidak, Neymar Sr. percaya anaknya perlu menjalani pembedahan secepat yang mungkin.

“Paris Saint-Germain sudah tahu mereka akan kehilangan khidmat Neymar untuk 6 hingga 8 minggu yang akan datang.” Ujar ayah Neymar ketika bercakap kepada ESPN.

“Keputusan sama ada Neymar perlu menjalani pembedahan atau tidak terletak di bahu PSG. Keputusan tersebut akan dibuat secara bersama apabila doktor pasukan kebangsaan Brazil tiba di Paris.”

Saat Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2014. Neymar cedera selepas menerima terjahan Juan Zuniga

“Keputusan perlu segera dilakukan dan tidak boleh menunggu terlalu lama demi kepentingan semua pihak. Dengan menjalani pembedahan, ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan Neymar.”

Berita kecederaan Neymar bukan sahaja disambut dengan penuh kerisauan oleh peminat PSG, tetapi seluruh rakyat jelata Brazil yang berharap pemain tersebut mampu memacu negaranya menjuarai Piala Dunia tahun ini.

Kali terakhir Brazil memenangi Piala Dunia adalah pada tahun 2002 yang diadakan secara bersama oleh Jepun dan Korea Selatan. Sejak dari itu, Brazil sering kecundang pada peringkat awal kalah mati kecuali pada tahun 2014 dimana mereka disekat oleh Jerman pada peringkat separuh akhir.

Brazil dimalukan oleh Jerman di tanah air mereka sendiri dengan jaringan 7-1. Walaubagaimanapun, Neymar tidak dapat bermain dalam perlawanan tersebut kerana mengalami kecederaan pada peringkat suku akhir ketika menentang Colombia.

BACA:  Guardiola Tidak Rasa PSG Akan Benarkan Neymar Berpindah Ke Real Madrid