Neymar Tepuk Tangan Kepada Penonton di Stadium Yang Kosong

Rakaman pemain superstar Paris Saint-Germain, Neymar telah bertepuk tangan tanda penghargaan kepada penonton di stadium yang kosong telah menjadi bahan warganet.

Sebelum perlawanan, ketika bas pasukan tiba di Le Parc des Princes Neymar nyata telah menampilkan reaksi yang santai dan tenang.

Neymar dilihat memegang speaker dan telefon pintar untuk mendengar lagu sambil bergelak tawa bersama Kylian Mbappe dan Mauro Icardi.

Neymar kemudian meneruskan perjalanan ke bilik persalinan dengan alunan lagu terus mengiringi perjalanannya.

Tidak cukup dengan itu, Neymar telah turut sama menyanyi dan siap menari dengan girang sekali.

Mungkin mahu meredakan ketegangan menjelang perlawanan atau sudah yakin akan menang dan mara ke suku akhir?

Aksi pelik daripada Neymar berterusan hingga ke padang. Entah apa yang ditelan Neymar yang tampak seperti terlebih gula.

Sejurus selesai lagu Champions League, Neymar telah tepuk tangan tanda menghargai sokongan penonton yang hadir.

Malangnya perlawanan antara Paris Saint-Germain dan Borussia Dortmund ini berlangsung dalam stadium yang kosong.

Macam-macam.

Perlawanan ini diadakan secara tertutup kerana penularan wabak Coronovirus gelombang kedua yang semakin serius dan tidak terkawal.

Italy negara pertama yang menggantung semua perlawanan Serie A dan segala aktiviti sukan sehingga bulan april ini.

Beberapa hari sebelum perlawanan, berita buruk menimpa PSG apabila ayam tambatan mereka, Kylian Mbappe disyaki dijangkiti Coronavirus.

Selepas ujian perubatan dilakukan Mbappe didapati negatif dan bebas daripada wabak yang kian menular dengan teruknya ketika ini.

Neymar telah menjaringkan gol pertama perlawanan ini sekaligus menyamakan agregat sebelum, Juan Bernat menggandakan kedudukan.

Kedudukan dua gol tanpa balas ini kekal hingga tamat perlawanan dan PSG mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Aksi Neymar dan Mbappe itu telah mengingatkan penulis kepada Farizal Marlias dan Akhyar Rashid ketika final kedua Piala AFF.

Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Akhyar Rashid bersantai mendengar lalu ketika menuju ke bilik persalinan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang tinggi sebelum perlawanan.

BACA:  Neymar Dilayang Kad Merah dan Sambung Bertumbuk Dalam Terowong