Neymar Terajang Herrera Selepas Koyak Teruk Dinutmeg

Pemain sensasi Brazil, Neymar telah menerajang rakan sepasukannya di PSG Ander Herrera selepas beliau mengalami kekoyakan mental yang teruk bertahap rabak kerana dinutmeg begitu saja.

Kejadian yang memalukan itu terjadi ketika sesi latihan dan latihan rondo dijalankan. Neymar yang menjadi ayam ditengah-tengah telah dinutmeg oleh Ander Herrera.

Neymar terus terjatuh ke tanah, Herrera segera datang menerpa lalu menjerit sambil menganjing dengan sepuas hati.

Latihan diteruskan Neymar dengan tidak berpuas hati telah menerpa Herrera dan terus menerajang pemain tengah itu dengan satu tendangan rendah walaupun bola sudah tiada.

Neymar kembali ke sesi latihan dengan muka puas dan gembira. Selepas beberapa ketika Herrera juga kembali. Mungkin hanya sekadar gurauan tapi tindakan Neymar tu nampak serius.

Neymar selalu memalukan rakannya dengan menutmeg mreka. Namun ramai rakannya menganggap itu gurauan seronok sesama rakan. Bukannya satu perkara yang besar.

Dalam kes dengan Herrera ianya memang agak mengejutkan kerana Neymar dan Herrera dikenali dengan kemesraan mereka.

Ini bukanlah kali pertama Neymar koyak, malahan dengan budak pun Neymar boleh koyak. Neymar pernah dikecam teruk selepas melakukan kekasaran ke atas seorang peserta pertandingan ‘Neymar Five’ dalam perlawanan 5 sebelah.

Ketika Neymar menunjukkan kehebatan dan aksinya remaja itu berjaya merampas bola dari kaki Neymar dan melakukan larian deras seperti dikejar anjing.

Neymar segera mengejar dan melakukan kekasaran dengan melakukan sentuhan badan ke badan(B2B) lalu tergolek budak itu, namun tiada golekan atau guling susulan untuk beberapa minit.

Selepas jatuh budak itu segera bangun dan pengadil memberikan sepakan percuma.

Tidak dapat dinafikan sememangnya Neymar sangat lincah dan menghiburkan sepanjang kejohanan itu, namun kekesaran Neymar itu mengundang kecaman.

Satu tindakan yang tidak perlu dan tidak patut hadir dari seorang pemain profesional yang sepatutnya memberi dorongan kepada bakat muda.

Pada tahun 2019 pemain muda Brazilm Weverton Guilherme da Silva Souza pernah melakukan perkara yang sama kepada Neymar. Di mana pemain itu ketika itu baru berusia 19 tahun dipanggil ke kem latihan kebangsaan Brazil.

Weverton bermain rondo dan Neymar berada di tengah. Weverton menolak bola dan menutmeg Neymar. Kemudian Neymar terus merentap baju pemain itu sehingga dia terjatuh.

Insiden itu membuatkan Tite tidak gembira dan terus menjadi tular ke seluruh dunia pada ketika itu. Namun oleh kerana Neymar seorang superstar maka dia sentiasa diberikan vice versa.

Bulan lalu Neymar telah mengejutkan dunia bola sepak apabila menyatakan bahawa Piala Dunia Qatar juga berkemungkinan akan menjadi edisi terakhirnya dan mungki mungkin tidak akan tampil di temasya Piala Dunia seterusnya.

Bercakap dalam siri dokumentari, ‘Neymar & The Line Of Kings’, bersama DAZN, calon pemenang anugerah Ballon D’or 2021 itu mengakui yang beliau mungkin tidak akan beraksi di temasya Piala Dunia 2026 nanti.

Piala Dunia 2026 akan dianjurkan oleh Canada dan Mexico, dan Neymar menegaskan beliau mungkin tidak akan beraksi bersama Brazil di kejohanan tersebut.

Neymar sudah menjulang 18 Piala utama sepanjang kariernya bersama Barcelona dan Paris Saint Germain di peringkat kelab, namun beliau gagal membantu skuad kebangsaannya untuk mencatat kejayaan yang boleh dibanggakan.

Neymar telah memenangi sepuluh kejuaraan domestik dari dua liga berbeza, dan beliau turut pernah menjulang kejuaraan Champions League bersama Barcelona pada tahun 2015 yang lalu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mampu untuk membantu skuad kebangsaan Brazil untuk memenangi kejuaraan-kejuaraan besar seperti yang beliau lakukan di peringkat kelab.

Antara pencapaian terbaik Neymar bersama skuad kebangsaan Brazil adalah beliau berjaya membantu skuad kebangsaannya memenangi gelaran Confederations Cup (2013) dan pingat emas Olimpik (2016).

Sehingga kini hanya itu sahajalah yang berjaya Neymar bantu skuad kebangsaannya, namun beliau tetap memainkan peranan terpenting dalam skuadnya dalam kesemua pertandingan yang disertai.

BACA:  Neymar: Saya Pengambil Penalti PSG, Bukan Cavani