Ozil Dedahkan Kenapa Raikan Gol Dengan Hisap Ibu Jari Dan Membuat Huruf ‘M’

Bekas pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil terkenal sebagai pemain yang mengamalkan konsep “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Menerima” dan pernah menjadi nadi pasukan Arsenal dalam merencanakan serangan dan membuat bantuan gol.

Kini Ozil telah keluar dari Arsenal untuk menghidupkan kembali kariernya dalam dunia bola sepak apabila menyertai kelab Turki yang diminatinya sejak kecil lagi iaitu Fenerbahche.

Kegemilangan Ozil bersama Arsenal adalah ketika zaman Atuk Arsene Wenger yang mempamerkan corak permainan penuh berseni dengan angka keramat 4 yang tidak dapat berpisah.

Kehadiran Ozil ke Arsenal telah memberi satu impak yang besar dengan kreativiti dan potensi yang ada pada dirinya. Adakalanya permainannya tenggelam, namun dengan naluri hantaran bola yang tajam.

Permainannya bertambah baik apabila Arsenal membeli Alexis Sanchez dan kombinasi mereka berdua membolehkan Giroud dan Cazorla turut sama beraksi cemerlang.

Itu cerita ketika zaman Atuk Wenger, selepas Atuk Wenger meninggalkan Arsenal Ozil mula mengalami sisihan piawai di bawah rejim Unai Emery dan bertambah teruk ketika zaman Mikel Arteta.

Untuk memahami sisihan piawai, harus diingat bahawa varians adalah purata bagi kuasa dua kepada beza titik data dengan min.

Sisihan piawai, yang merupakan punca kuasa dua kuantiti tersebut, lalu mengukur serakan data pada min, yang diukur dengan unit yang sama dengan data.

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab-4
Sumber: Marcello Pozzetti/IPS/REX

Walaupun kerap membuat bantuan gol, Ozil juga mampu untuk menjaringkan gol dan apabila menjaringkan gol Ozil akan meraikan gol tersebut dengan gaya menghisap ibu jari tangan kanannya dan membuat huruf ‘M’ dengan tangan kirinya.

Apakah maksud di sebalik keraian yang menjadi cap dagang (Trademark) Ozil itu?

Ada apa dengan hisap jari dan huruf M?

Buat pertama kali Ozil meraikan gol dengan gaya menghisap ibu jari dan membuat huruf ‘M’ pada Februari 2015 apabila Ozil menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan North London Derby

Ozil mendedahkan bahawa beliau mendedikasikan keraian gol yang menjadi kegemaran Gooners kepada anak saudaranya Mira.

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab-3
Sumber Gambar : David Price

“Mira merupakan anak saudara kepada abang saya. Namanya bermula dengan huruf ‘M’ dan Mira juga anak pertama abang saya dan juga anak saudara pertama saya. Kehadiran Mira membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga” Jelas ozil.

“Saya sangat sayangkan Mira dan saya mahu tunjukkan kepada Mira betapa saya sayangkan dia jadi selepas menjaringkan gol saya akan membuat huruf ‘M’.”

kenapa-ozil-selalu-menghisap-ibu-jari-dan-membuat-huruf-m-ketika-meraikan-gol-terjawab
Sumber Gambar : Reuters

Sayang nau Ozil dekat anak sedara dia. Penulis ingat ‘M’ tu Mesut Ozil rupanya nama anak sedara. Biasa la kan anak pertama, cucu pertama memang semua sayang.

Entah bila lagi nak tengok Ozil raikan gol dengan keraian ini dan mungkin akan ada keraian gol yang baru dari Ozil apabila telah membuat debut bersama Fenerbahche selepas 322 hari.

Hampir setahun Ozil tidak menyepak bola dan hanya sekadar menjadi pemerhati serta kadangkala seolah-olah telah menjadi pengulas bola sepak di media sosial.

Selepas ini mungkin kita semua akan dapat menyaksikan kembali gaya penyudah yang agak pelik dari Ozil yang lebih dikenali sebagai chopshot atau rembatan pantulan. Chopshot bukan copot.

Secara dasarnya ia lebih kepada variasi daripada rembatan chip atau looping untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Namun apa yang dilihat dari bola chopshot Ozil, ianya tidak berlegar lama di udara dan bola lambungannya juga mempunyai ketinggian yang cukup bagi mengelakkan penjaga gol menepisnya.

Teknik dan gaya sepakan juga membantu bola top spin kerana kontak dan langkah yang dilakukannya.

BACA:  Arsene Wenger Percaya Mesut Ozil Mahu Kekal di Arsenal