Arsene Wenger Percaya Mesut Ozil Mahu Kekal di Arsenal

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan Mesut Ozil amat berminat untuk kekal bersama Arsenal dan berkata Ozil sedang bermain bolasepak pada tahap tertinggi sepanjang karier beliau.

Dalam perlawanan terakhir Arsenal, Ozil berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui sepakan volley cantik untuk membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Newcastle Sabtu lalu.

Pemain berusia 29 tahun ini telah dikaitkan dengan reunion bersama bos lamanya, Jose Mourinho di Manchester United tetapi Wenger menegaskan beliau tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab setakat ini.

Sign da thing !

Sama seperti rakan sepasukannya, Alexis Sanchez, Ozil juga masih gagal mempersetujui kontrak baru untuk kekal di Emirates dan boleh berpindah secara percuma apabila kontraknya tamat hujung musim nanti.

Wenger sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak akan melepaskan Sanchez dan Ozil pada Januari nanti, kecuali berlaku situasi yang tidak dijangka. Sanchez hampir menyertai Manchester City pada hari terakhir tirai perpindahan pemain lalu, tetapi Wenger yakin dimana hala tuju Ozil selepas ini.

“Saya percaya Ozil mahu terus kekal di Arsenal. Beliau tidak perlu dipujuk lagi untuk menandatangani kontrak baru.”

“Saya tidak mahu sesiapa meniggalkan pasukan ini. Akan tetapi, situasi sekarang agak sukar. Sehingga penghujung musim ini, saya tahu siapa pemain saya. Akan tetapi selepas itu, saya sendiri pon tidak tahu.”

Wenger turut memuji persembahan yang ditampilkan Ozil ketika ini, dan daripada apa yang dilihatnya setakat ini, beliau yakin Ozil sedang bermain bolasepak terbaik sepanjang kariernya.

Ozil sedang bermain bolasepak terbaik sepanjang kariernya

“Betul, sudah tentu beliau sedang berada pada prestasi terbaik. Saya berpendapat beliau kini mahu mengambil tanggungjawab dan itulah yang saya mahu dari Ozil.”

“Beliau kini lebih matang, memimpin pasukan lebih baik, banyak terlibat dalam pergerakan, dan nadi jantung anda akan menjadi perlahan apabila Ozil memegang bola.”

“Apa yang penting disini adalah kualiti dan pengaruh beliau kepada keseluruhan perlawanan, bukan hanya melalui gol.”

“Kamu tidak mungkin akan menjaringkan gol seperti itu setiap minggu, tetapi kamu boleh beraksi sedemikian setiap minggu. Itulah yang lebih penting. Jika Ozil mampu mengekalkan prestasi ini, ia bakal menjadi perkara yang lebih penting.”

Ko duduk Arsenal boleh menang liga ke ?

Arsenal telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala Carabao selepas menewaskan West Ham 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi semalam. Lawan Arsenal seterusnya adalah Liverpool yang bakal membuat kunjungan ke Emirates dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Wenger tepaksa mengatur pasukannya tanpa khidmat pemain utama seperti Olivier Giroud, Aaron Ramsey dan Francis Coquelin. Walaubagaimanapun, masih ada gembira untuk peminat Arsenal kerana Shkodran Mustafi sudah disahkan cergas sepenuhnya dan bakal diturunkan hujung minggu ini.

BACA:  Auba Dedah Sebab Mengapa Beliau Lebih 'Bernafsu' Ketika Bertemu Spurs