Panenka penuh kejahatan dari Achraf Hakimi telah mengesahkan Maghribi mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 dengan menumbangkan Sepanyol di penentuan sepakan penalti.
Deretan peluang yang gagal untuk disudahkan kedua-dua pasukan di sepanjang permainan 90 minit menyaksikan pemenang akan cuba dicari di masa tambahan selama 30 minit.
Namun jaringan tidak kunjung tiba walaupun Sepanyol hampir menjaringkan gol kemenangan minit akhir tetapi sekecil-kecil tiang menjadi sasaran berbanding keluasan gawang itu sendiri.
Maka perlawanan telah dibawa pula ke penentuan sepakan penalti dan jika tiada pemenang juga maka pakai lambung syiling je la kot.
Achraf Hakimi, panenka to win the game! Incredible Hakimi, incredible Morocco, incredible atmosphere!! pic.twitter.com/PjtUVOkVgs
— Julien Laurens (@LaurensJulien) December 6, 2022
Sebelum perlawanan, Luis Enrique mendedahkan bahawa dia telah memberi kerja rumah kepada pemain Sepanyol untuk melakukan latihan sekurang-kurangnya 1,000 sepakan penalti.
Abdelhamid Sabiri menjadi pengambil sepakan pertama dan disudahkan dengan cemerlang manakala Pablo Sarabia memilih tiang lagi menjadi sasaran lalu gagal.
Hakim Ziyech tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan kedua dan Yassine Bounou cemerlang menafikan sepakan kedua dan ketiga Sepanyol dari Carlos Soler dan kapten Sergio Busquets.
Badr Benoun gagal mengesahkan kemenangan Maghribi di tendangan ketiga dinafikan Unai Simon dengan mengikut jejak Busquets.
Achraf Hakimi berpeluang menjadi wira Maghribi disepakan keempat yang bermakna jika masuk maka Maghribi mengesahkan kemenangan dan ke suku akhir.
Tiada masalah untuk Hakimi menyempurnakan sepakan dan memilih jalan penuh berisiko tetapi bergaya, satu Panenka jahat telah dilakukan Hakimi.
Panenka itu tidaklah begitu tinggi dan seperti tidak cukup kekuatan namun cukup untuk menewaskan Unai Simon yang terbang ke kiri.
Rekod dan sejarah tercipta buat Maghribi apabila berjaya mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.
Antonin Panenka 74 today
'The original Panenka penalty'
Not 80s or 90s football, but to do this in the 1976 European Championship Final penalty shoot out to win it for Czechoslovakia takes some balls 👏pic.twitter.com/q6jYb1MQXa
— 80s&90sfootball ⚽ 🏴 🇺🇦 (@80s90sfootball) December 2, 2022
Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.
Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.
Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.
It had to be Achraf Hakimi 🇲🇦
✅ Born in Madrid
✅Graduated from Real Madrid's academy
✅Decided to represent his parental country, Morocco
✅Scores a panenka to knock Spain out of the World Cup pic.twitter.com/jjsGTzj4Th— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) December 6, 2022
Agak pedih sebenarnya buat Sepanyol apabila Achraf Hakimi menunjukkan mereka jalan keluar kerana pemain itu lahir di Madrid dan mendapat ilmu bola sepak di akademi Real Madrid.
Namun Achraf Hakimi memilih untuk bermain bersama Maghribi yang merupakan negara kelahiran kedua orang tuanya dan ditakdirkan panenka Achraf Hakimi mengecewakan Sepanyol di Piala Dunia.
Kylian Mbappe yang merupakan rakan kepada Achraf Hakimi telah memberikan ucapan tahniah dan mengangkat rakannya itu sebagai ‘King of Morocco’.
ACHRAF HAKIMI. 🐧🫶🏽👑
— Kylian Mbappé (@KMbappe) December 6, 2022
Melalui Twitter, lelaki berusia 23 tahun itu menulis: “ACHRAF HAKIMI’ bersama seekor penguin, mahkota dan emoji hati dengan jari.”
Maksud emoji itu adalah berkaitan dengan Hakimi meraikan golnya dengan menari seperti penguin, melabelkannya sebagai raja dan sambutan hati cinta berhubung dengan apa yang dia lakukan apabila dia menjaringkan gol.
Kylian Mbappe kemudian menghantar Tweet kedua – berkongsi gambar mereka bersama emoji dan melabelnya ‘Raja Maghribi’.
🇲🇦👑🫶🏽… @AchrafHakimi pic.twitter.com/fDCyfMI7LM
— Kylian Mbappé (@KMbappe) December 6, 2022
Bukan rahsia lagi buat semua, Achraf Hakimi merupakan orang kuat Mbappe di bilik persalinan PSG dan ketika pergolakkan terjadi di awal musim Hakimi salah seorang daripada 4 penyokong Mbappe yang wujud di PSG.
Maghribi akan bertemu Portugal di suku akhir dan berpeluang untuk menentang Mbappe jika Perancis dan Maghribi lepas ke separuh akhir.