Pasukan Ini Mendahului Selepas 13 Saat Sepak Mula Tanpa Menyentuh Bola

Lihat bagaimana pasukan ini mendahului perlawanan hanya selepas 13 saat sepak mula permainan dan lebih menakjubkan gol pembukaan ini hadir tanpa menyentuh bola.

Kejadian yang ajaib ini terjadi dalam perlawanan membabit dua pasukan remaja daripada liga Portugal kategori bawah 17 tahun di mana pasukan Sporting mendahului tanpa membuat sebarang sentuhan ke atas bola.

Pasukan Sporting bawah 17 tahun mendahului União Almeirim selepas 13 saat sepak mula permainan tanpa sempat menyentuh bola dan ini adalah satu gol percuma yang diterima dengan tangan terbuka.

União Almeirim memulakan permainan dan membuat hantaran ke belakang dan ke belakang dan ke belakang selepas 5 hantaran bola sudah berada dalam gawang sendiri.

Usai hantaran kebelakang dibuat pemain Sporting mula menekan dan menutup ruang memaksa bola dihantar kepada penjaga gol dan penjaga gol menghantar kembali bola kepada pertahanan.

Lalu pemain Sporting menekan pemain pertahanan yang kembali membuat hantaran kepada penjaga gol yang terus cuba untuk melakukan sepakan ke atas.

Namun sayangnya sepakan itu tersasar mengenai angin mungkin kerana terlalu panik lalu bola masuk ke gawang tanpa sebarang sentuhan pemain lawan.

Gol yang terhasil tanpa sebarang sentuhan oleh pemain bawah 17 tahun Sporting ini dipanggil gol sendiri. Statistik yang padu terhasil tanpa membuat sebarang gerakan hantaran dan percubaan.

0 shot
0% possession
0 attempts
0% pass success
1 goal

Hanya pressing, pressing, pressing dan pressing.

BACA:  Senarai 10 Harga Tertinggi Satu Post Instagram Ahli Sukan Dunia