Pemain England Bakal Berkongsi Bonus RM70J Jika Muncul Juara Euro

Pemain pasukan England £12juta (RM70juta) jika mereka muncul juara dalam Kejohanan Eropah atau Euro pada tahun ini. Akan tetapi, andai mereka berjaya sekalipun, mereka tidak akan menerima duit kemenangan tersebut sehingga musim luruh nanti, kira-kira dalam bulan September.

Di bawah peraturan pinjaman £15juta daripada Bank of England yang mereka dapatkan bagi membantu urusan kewangan ketika menangani impak pandemik Covid-19, pihak FA England tidak dibenarkan membayar sebarang bentuk bonus atau dividen, sehinggalah kesemua jumlah hutang dilangsaikan, dengan September adalah dijangka tempoh paling cepat.

Arsenal memilih untuk melangsaikan hutang mereka sebanyak £120juta dengan Bank of England pada awal bulan lalu bagi memudahkan urusan mereka dalam jendela perpindahan pemain kali ini bagi memperkuatkan cabaran menduduki tangga lebih tinggi daripada kelab setaraf mereka seperti Brighton and Hove Albion, Southampton dan juga Newcastle United.

Akan tetapi, FA England dikhabarkan tidak mahu mengubah rancangan mereka untuk melakukan perubahan terma dan syarat dalam pinjaman mereka, yang berjaya diperolehi menerusi Kemudahan Pembiayaan Korporat Covid Kerajaan (CCFF).

Difahamkan bahawa September adalah tempoh paling cepat yang FA England mampu untuk membayar pinjaman tanpa pembiayaan semula atau refinancing, dan  bonus dan dividen terpaksa ditangguh sehingga ke musim depan.

Jangkaan bonus ini adalah jumlah yang paling tinggi buat para pemain England dalam pertandingan utama selepas UEFA menaikkan jumlah keseluruhan hadiah kepada £393juta, 24 peratus lebih tinggi daripada kejohanan pada tahun 2016.

Hadiah wang tunai ini dibayar bergantung kepada sejauh mana sesebuah pasukan itu mara, dengan juara akan menerima jumlah maksimum £30juta, dengan syarat mereka menang setiap perlawanan di peringkat kumpulan.

Di bawah perjanjian antara FA dengan pasukan England, pihak FA akan menyimpan 60 peratus daripada jumlah kemenangan tersebut, manakala baki 40 peratus akan dibahagi kepada pemain.

Kesemua 24 pasukan yang bertanding pula akan menerima £8.5 juta daripada UEFA sebagai tanda tahniah layak ke pusingan akhir, dan wang tunai akan ditambah bergantung sejauh mana mereka mara.

Satu kemenangan di peringkat kumpulan adalah bernilai £1.3juta dan finalis akan merebut £8.6juta untuk pememang perlawanan akhir sahaja, dengan £6.5juta sudahpun mereka menangi untuk layak ke perlawanan akhir.

Jumlah £12 juta yang diterima pemain England jika muncul juara jika dibahagikan, setiap pemain akan menerima kira-kira £461,000, dua kali lebih banyak daripada nilai £217,000 yang mereka peroleh selepas layak ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018.

Para pemain juga akan menerima bonus £2000 setiap kali turun bermain yang mana wang ini akan disumbangkan ke badan kebajikan.

Tambahan lagi, pemain juga akan menerima imbuhan yuran penampilan daripada penaja komersial yang bernilai puluhan ribu pounds.

Pengurus, Gareth Southgate, pula akan menerima bonus enam angka tidak termasuk gajinya £3juta jika pasukan ini mampu pergi jauh.

Banyak wang tunai ditawarkan tu. Kalau di Malaysia, mesti persatuan dah tawarkan tanah seekar setiap pemain dan pegawai. Lepas tu jurulatih dapat datuk.

Dalam cerita lain, stadium Wembley mungkin akan menerima penonton lebih separuh daripada kapasiti stadium di mana ada rancangan daripada pihak FA dan kerajaan Britain untuk membenarkan seramai 40,000 penonton dibenarkan masuk pada peringkat kalah mati, berbanding 22,500 untuk perlawanan peringkat kumpulan.

Kalaulah England muncul juara ni, sah-sah Southgate akan dapat gelaran MBE. Tapi rasanya tak juara pun. Paling jauh pun separuh akhir je.

Berita : DailyMail

BACA:  Reaksi Jerman Selepas Mengetahui Mereka Mungkin Bertemu England Di Pusingan 16 Terbaik