Di Malaysia 1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan malah gaji dinaikkan lagi. Situasi ini bakal terjadi kepada pemain Leicester City pada musim hadapan setelah menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016.
Pemain Leicester bakal menerima kenaikkan gaji sehingga £100,000 seminggu selepas mereka berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Perkara itu diumumkan oleh jutawan Thailand yang juga pemilik kelab berkenaan ketika majlis meraikan kejayaan Leicester.
Ketika membuat pengumuman itu, Vichai Srivaddhanaprabha berkata dia mensasarkan untuk menaikkan gaji pemain kepada enam angka pada musim depan. Bagaimanapun perkara ini akan tidak memberi masalah kepada kelab kerana Leicester City akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah yang akan memberi pulangan sebanyak £200 juta pada musim depan.
Selain itu, Riyad mahrez dan N’golo Kante sudah tentu tidak akan terkecuali kerana mereka banyak memainkan peranan dalam mencipta kejayaan penuh bersejarah. Setakat ini Leicester City telah menawarkan kontrak lanjutan untuk Riyad Mahrez dan Jamie Vardy. Kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani perjanjian baru selama 4 tahun untuk kekal dengan kelab itu sehingga 2019.
Vardy menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di Leicester City dengan bayaran £80,000 seminggu. Manakala Mahrez dibayar sekitar £55,000 seminggu melalui kontrak yang ditandatangani pada Ogos 2015. Lepas ni mungkin pemilik Leicester City bakal membuat transformasi Program Perumahan 1Leicester City dan Rumah Prima.
Gaji dan Kontrak Pemain Leicester City
PEMAIN | UMUR | GAJI MINGGUAN | BAKI KONTRAK |
Kasper Schmeichel | 29 | £35,000 | 2 Year (2018) |
Ben Hamer | 28 | £10,000 | 2 Year (2018) |
Mark Schwarzer | 43 | £20,000 | Last Year (2016) |
Robert Huth | 31 | £45,000 | 2 Year (2018) |
Wes Morgan | 32 | £30,000 | 1 Year (2017) |
Liam Moore | 23 | £20,000 | 1 Year (2017) |
Marcin Wasilewski | 35 | £20,000 | Last Year (2016) |
Jeffrey Schlupp | 23 | £80,000 | 3 Years (2019) |
Christian Fuchs | 29 | £50,000 | 2 Year (2018) |
Danny Simpson | 29 | £35,000 | 1 Year (2017) |
Daniel Amartey (new signing) | 21 | £45,000 | 4 Years (2020) |
N’Golo Kanté ) | 24 | £55,000 | 3 Years (2019 |
Danny Drinkwater | 25 | £45,000 | 2 Year (2018) |
Gökhan Inler (new signing) | 31 | £60,000 | 2 Year (2018) |
Andy King | 27 | £30,000 | 2 Year (2018) |
Matty James | 24 | £35,000 | 2 Year (2018) |
Marc Albrighton | 26 | £35,000 | 2 Year (2018) |
Demarai Gray | 19 | £5,000 | 4 Years (2020) |
Riyad Mahrez (new deal) | 24 | £55,000 | 3 Years (2019) |
Nathan Dyer (loaned-in) | 28 | – | Last Year (2016) |
Jamie Vardy (new deal) | 29 | £80,000 | 3 Years (2019) |
Shinji Okazaki | 29 | £60,000 | 3 Years (2019) |
Leonardo Ulloa | 29 | £40,000 | 2 Year (2018) |
Safee Sali | 31 | £140,000 | 5 Year (2021) |