Peminat EPL Lega Antony Terus Kekal Di Man United, Kerana Dia Dah Janji Nak Berikan Gol Dan Assist Yang Banyak Musim Ini

Peminat EPL seluruh dunia lega apabila bintang kesayangan ramai, Antony tidak berpindah ke Real Betis. Terdapat cubaan lewat oleh kelab Sepanyol itu mahu mendapatkan bakal pemenang Ballon d’Or tersebut.

Ramai peminat sudah mulai tidak keruan membaca berita tersebut. Man United juga terbuka untuk melepaskan Antony pada jendela perpindahan kali ini walaupun sudah melepaskan Jadon Sancho ke Chelsea.

Antony yang dikenali sebagai pemain yang berkemahiran tinggi dan sangat menghiburkan. Ianya akan menjadi kehilangan besar peminat EPL jika dia berpindah ke La Liga.

Real Madrid dan Barcelona juga boleh menarik nafas lega kerana perpindahan itu tidak berlaku. Kalau ia berlaku, pastinya trofi La Liga sudah boleh letak siap siap di kabinet Real Betis.

Real Betis mahu mendapatkan khidmat Antony secara pinjaman setelah pemain itu tidak mendapat jaminan akan menjadi pemain kesebelasan utama tetap Man United.

Namun Antony menolak sama sekali berpindah ke Real Betis kerana dia mahu terus kekal bersama Man United.

Berita itu diraikan dengan kegembiraan peminat EPL yang sudah tak sabar sabar mahu melihat Antony menjaringkan gol dan mencipta assist sesuka hatinya musim ini. Seperti mana yang dia pernah laungkan amaran sebelum ini.

Antony Laung Amaran: “Kamu Semua Akan Dengar Nama Antony Pada Gol Dan Assist Musim Ini”

Dalam wawancara sebelum musim ini bermula, Antony menyatakan bahawa sudah tak sabar untuk memulakan musim ini. Dan melaungkan amaran bahawa peminat akan kerap mendengar namanya pada gol dan assist.

Antony seringkali dikritik kerana dianggap tidak menepati harganya yang mahal. Di mana United membayar £85 juta untuk membelinya. Dia memulakannya dengan baik, dengan menjaringkan gol pada debut menentang Arsenal. Dan secara keseluruhan 8 gol pada musim pertamanya.

Namun musim lalu adalah berbeza. Dia melalui kemarau gol yang panjang. Tetapi dia berjaya mencetak gol penting dalam suku akhir menentang Liverpool pada saingan Piala FA. Dan ketika itu dia malah bermain di bek kiri.

Antony yakin dia sudah semakin kuat dan peminat akan kerap mendengar namanya dalam catatan gol dan assist musim ini.

“Saya seorang yang tak mudah berpuas hati dan menuntut banyak daripada diri sendiri. Sudah tentu saya tak puas hati dengan musim lalu. Banyak perkara yang berlaku, saya terpaksa bermain di bek kiri, di mana saya tak selesa dengannya, kerana ketika pasukan kamu ketinggalan atau sedang terikat, kamu mahu membantu pasukan di bahagian serangan untuk mengubah kedudukan dan membantu pasukan untuk menang.

“Dengan diarahkan bertukar peranan kepada pertahanan, ianya agak menganggu saya. Namun akhirnya, segalanya baik baik sahaja. Saya sangat sayangkan Erik, dan dia pun sayangkan saya. Dia pengurus yang hebat dan dia tahu dia boleh bergantung kepada saya.

“Saya ada banyak objektif musim ini, saya dah catitkannya untuk diri sendiri. Saya dah lama tak buat macam ini, namun saya akan melakukan lebih banyak musim ini. Saya akan lakukannya setiap perlawanan. Sentiasa ada kertas di rumah saya, biasanya saya akan bawa nota itu bersama saya. Jika saya tertinggal nota saya di rumah, saya akan hubungi isteri saya untuk ambil gambar dan hantar kepada saya.

“Ada banyak perkara dan butiran saya tulis, berapa banyak percubaan yang patut saya buat dalam satu perlawanan, saya tak boleh kehilangan bola, saya perlu menjaringkan gol dan mencipta assist, hantar bola dan melengkapkan gelecekan, tak lupa juga prestasi ketika bertahan, lebih banyak menggunakan kaki kanan. Ada banyak sekali objektif.

“Saya berikan jaminan, kamu semua akan dengar nama Antony pada gol dan assist [musim ini].”

Kehidupan di Favela jadikan Antony lebih kuat

Dia juga mengakui bahawa prestasi dia musim lalu tidak begitu bagus kerana masalah di luar padang. Di mana dia dituduh memukul bekas teman wanitanya, Gabriela Cavalin. Namanya juga disingkirkan daripada skuad Brazil setelah dia terpaksa datang ke balai polis untuk disiasat.

“Sudah tentu [itu mengganggu prestasi saya]. Memang banyak benda berlaku dalam hidup saya secara peribadi. Suka atau tidak, segala yang saya lalui mempengaruhi prestasi saya di atas padang. Ianya sukar untuk saya dan keluarga.

“Namun saya telah banyak belajar daripadanya dan saya menjadi lebih dewasa dan matang. Saya telah belajar daripada segala yang saya telah lalui dan sangat penting untuk kamu kental menghadapinya dalam usaha kamu nak mencapai apa yang kamu mahukan.

“Semua ini saya dah letakkan di belakang saya, apa yang saya lalui musim lalu.

“Ada detik manis juga. Memenangi trofi bersama Man United adalah sangat penting. Saya dah matang dan membesar daripadanya, dan ini akan membuatkan saya lebih kuat. Saya lebih fokus dan mempersiapkan diri untuk mencapai sesuatu yang besar.

“Masa kanak kanak saya sangat sukar. Saya pernah bercakap tentang betapa susahnya kehidupan saya beberapa tahun kebelakangan ini, namun saya pernah melalui kesukaran yang sama ketika di Favela. Misalnya, saya tak ada kasut bola untuk bermain, dan tak cukup makanan.

“Saya rasa sangat gembira dapat melihat diri saya hari ini, hidupkan impian bermain untuk Manchester United. Saya selalu ambil gambar Favela dengan telefon saya. Dan mengingati dari mana saya berasa dan segala yang saya telah lalui.

“Saya akan jadi sangat emosional setiap kali bercakap tentang Favela. Kerana saya banyak belajar tentang erti kesusahan. Kami tak ada apa apa di sana, cuma ada kepercayaan kepada tuhan dan keazaman.

“Sebab itu saya ada tatu Favela di belakang saya. Sebab saya ada rasa cinta yang kuat kepada Favela. Saya banyak melihat kawan kawan saya mengambil haluan yang lain dan kehilangan nyawa mereka. Saya sentiasa kuat, dan percaya dengan impian saya untuk berada di tempat saya ada sekarang.

“Setiap kali orang mengutuk saya, saya akan ingat dari mana asal usul saya. Saya tak akan membiarkan seseorang menulis cerita atau biarkan mereka buatkan saya murung, sebab saya benar benar tahu cara untuk berada di bawah.

“Saya tahu apa yang saya pernah lalui, saya tahu bahawa ibu, ayah, abang, kakak saya, kami semua susah bersama sama. Isteri saya ada bersama saya sejak 2017 ketika saya di Favela. Detik paling sukar adalah pada 2017 apabila ibu dan bapa saya bercerai.

“Saya betul betul berterima kasih kepada Favela, tempat yang membuatkan saya banyak menderita, namun saya akan sentiasa tersenyum ketika di sana. Ia adalah tempat yang saya akan abadikan dalam hidup saya selamanya. Saya sentiasa meletakkan nama Favela pada kasut bola saya ketika bermain.

“Ramai orang tak faham, mereka tak mengerti dari mana asal usul kamu dan apa yang telah kamu lalui. Kamu datang daripada tiada apa apa dan sekarang, secara praktikalnya, kamu memiliki segalanya dengan muda. Sukar untuk melalui semua ini.

“Kamu daripada orang yang tiada makanan, tiada bilik tidur sendiri, saya tidur atas sofa di ruang tamu,  dan rumah saya banjir kalau hujan lebat. Benda benda begini yang orang tak nampak, mereka tak tahu apa yang pernah kamu lalui.

“Saya masih ingat, ketika saya kecil, emak dan ayah bekerja sangat kuat sampai lewat malam barulah balik ke rumah. Saya berkata kepada emak, masanya akan tiba, emak tak perlu kerja lagi dah. Saya yang akan bekerja dan menyediakan segalanya.

“Hari ini, saya mencapai impian itu, saya senang hati menanggung ibu saya. Dan saya yang bekerja sekarang.

BACA:  Neville Bidas Tindakan Kurang Cerdik Antony Yang Koyak Terhadap Doku