Newcastle mengukuhkan kedudukan mereka di tempat untuk slot ke Liga Juara-Juara Eropah dengan mengenepikan Chelsea 1-0 di St James’ Park.
Gol separuh masa kedua daripada Joe Willock menyaksikan Magpies kekal di tempat ketiga di atas Tottenham, ketika mereka mengekori Manchester City dengan dua mata dan mengekori pendahulu Arsenal dengan empat mata.
Permainan menjadi semakin fizikal dan tegang dalam tujuh minit tambahan pada penghujung permainan, dengan kedua-dua pasukan mulai melakukan terjahan kasar dan keras.
Bukan itu sahaja, ketegangan itu turut berlaku selepas wisel penamat.
Kai Havertz mulai menunjukkan sikap rempitnya dengan mengajak pemain Newcastle bertumbuk.
Dia sebelum itu sudah memaki hamun pemain Newcastle yang cedera kerana menurutnya itu cuma sandiwara.
Bukan itu sahaja, pemain Amerika Syarikat, Christian Pulisic membuatkan pengadil terpaksa bertindak tegas menolak Pulisic agar tidak bersikap seperti orang mereng.
Peminat bertindak balas terhadap tindakan pengadil itu, dengan seorang peminat menyokong pengadil bertindak agresif.
“Pemain menjerit depan muka pengadil sepanjang masa, kemudian mereka kelihatan jijik apabila pengadil membalas sesuatu.”
Seorang lagi membandingkan detik itu dengan salah seorang pengadil paling terkenal pernah mengadili sukan bola sepak iaitu Pierluigi Collina:
“Pemain bola sepak pada dasarnya adalah remaja yang terlalu besar kepala yang memakai seluar pendek untuk bekerja. Mereka perlu diajar disiplin. Tengok Collina. Menjerit di muka pemain dan mereka menyukainya untuk itu. Mereka [pemain] akan cuba menghina dan menjadikan pengadil mangsa mereka hanya kerana sikap lemah lembut pengadil.”
Tidak dapat dielakkan, seorang peminat membuat jenaka yang jelas dengan tweet: “Supaya anda tahu di mana tempat anda sebenar.”
Selain itu seorang lagi anak muda Jerman iaitu Kai Havertz tidak melepaskan peluang utnuk bertindak seperti ahli kumpulan kongsi gelap.
Dia nak bergaduh dengan pemain lain dan memaksa rakan rakannya meleraikannya.
Havertz jelas tak berpuas hati kerana menurutnya, pemain pemain Newcastle telah sengaja melengahkan perlawanan. Itu menganggu usahanya untuk melakukan sepakan ke kerusi penyokong di belakang gol.
Chelsea ternyata berdepan kesukaran di Newcastle. Graham Potter mengakui bahawa pasukannya telah kalah di tangan pasukan lebih baik dan dalam prestasi terbaik pada masa ini.
Alasan itu tidak boleh diterima peminat Chelsea. Kerana Potter berterusan memuji lawannya setiap minggu.
Potter mencatatkan rekod 3 kekalahan berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris.
Membuatkan Potter Out trending di Twitter dan Friendster.
Potter mencipta sejarah tersendiri apabila mencipta rekod 3 kali kalah dalam hanya 8 perlawanan liga.
Sebelum ini sudah ramai jurulatih mencuba. Dari kalangan 5 jurulatih sebelumnya, tak seorang pun berjaya.
Itu membuktikan bahawa Potter memang seorang yang istimewa.
❌ Guus Hiddink
❌ Antonio Conte
❌ Maurizio Sarri
❌ Frank Lampard
❌ Thomas TuchelNone of Chelsea's previous five managers lost three consecutive Premier League games…
Graham Potter has managed it after eight in charge. 🙃
— William Hill (@WilliamHill) November 12, 2022
Potter akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Kerana selepas ini pasukan EPL akan berehat daripada aksi bola sepak untuk memberikan peluang kepada aksi Piala Dunia 2022 yang akan dilangsungkan di Qatar.
Chelsea kini bergelut dengan prestasi terutama sekali di bahagian serangan. Mungkin mereka akan mempertimbangkan untuk membeli penyerang baharu.
Nkunku antara nama yang dikaitkan dengan Chelsea. Raheem Sterling dan Aubameyang yang sebelum ini diharapkan akan menjaringkan gol sesuka hati, nampaknya tidak menepati ramalan semua.
Mungkin Chelsea harus mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Zulhelmi De Paula? Pemain agung dalam sejarah bola sepak Malaysia yang pernah mengajar Ronaldinho cara melakukan flip flap.
Siapakah yang akan menyertai Chelsea selepas ini? Adakah mereka masih percaya bahawa Havertz adalah pemain yang akan menjadi penyerang luar biasa?