Peminat Risau Dengan Tahap Kesihatan Mental Conor McGregor Ketika Ini

Conor McGregor telah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat selepas beliau menunjukkan sikap-sikap yang aneh sejak kebelakangan ini.

Selepas kekalahannya ditangan Dustin Poirier di acara UFC 264 baru-baru ini, McGregor dilihat sering melakukan hal-hal yang tak biasa beliau lakukan.

Terbaru, beliau memuat naik sebuah video yang menunjukkan kelakuan anehnya sebelum beliau memadam semula video tersebut dari akaun media sosial miliknya.

McGregor sememangnya tak pernah menunjukkan sikap yang tenang di laman media sosial miliknya, dengan beliau sering menggunakan platform tersebut untuk mencari pasal dengan lawan-lawannya.

Baik memuat naik status menganjing, meninggalkan komen mencabar atau apa saja yang boleh membangkitkan kemarahan lawannya, McGregor akan berusaha untuk lakukan itu.

Petarung dari Ireland itu memang kurang bijak dalam mengendalikan akaun media sosial miliknya dan beliau turut sering memadam apa-apa hantarannya yang mencetuskan kontroversi.

Termasuklah dengan hantaran beliau baru-baru ini yang mana McGregor telah memuat naik hantaran yang menghina ayah kepada seterunya, Khabib Nurmagomedov.

Walau bagaimanapun, selepas kekalahan beliau ditangan Poirier, sikap McGregor dilihat semakin aneh dan dianggap sering mencetuskan kontroversi yang keterlaluan.

Menghina arwah ayah Khabib misalnya, ia merupakan tindakan kurang bijak yang menyebabkan beliau menerima kritikan teruk dari pelbagai pihak sebelum beliau memadam hantaran tersebut.

Disamping tingkah lakunya yang aneh dari kebiasaannya, para peminat semakin risau melihat keadaan The Notorious ketika ini, apa lagi selepas video terbaru yang dimuat naik olehnya.

Malam kemarin, petarung berusia 33 tahun itu telah memuat naik satu video di laman twitter miliknya yang menunjukkan beliau sedang menghisap curut (tak tahu tembakau apa, mungkin tenang is good).

Dalam video tersebut, beliau membebel bahasa yang tidak difahami dan beliau dilihat terlalu mengarut serta menunjukkan tingkah yang luar dari kebiasaannya.

Seperti hantaran sebelum ini, McGregor kemudiannya memutuskan untuk turut memadam video tersebut dari akaun twitter miliknya.

Sebelum video tersebut dipadam, para peminat sempat berbalas komen dengan beliau dan mendedahkan tentang kebimbangan mereka terhadap bekas Juara dunia UFC itu.

Mungkin beliau mula belajar main asap selepas melepak dengan Justin Bieber baru-baru ini, atau beliau sememangnya sedang sangat tertekan.

Beliau boleh dikatakan sering memuat naik hantaran yang sia-sia dan tak bermanfaat selepas kekalahannya di tangan Dustin Poirier sebelum ini.

Satu hal yang positif dilakukan oleh McGregor ketika ini adalah beliau bersetuju untuk bertinju menggunakan kerusi roda bertemu Al Foran.

Conor McGregor akan kembali ke gelanggang pada 11 September nanti dalam satu perlawanan tinju menggunakan kerusi roda.

Pertarungan itu sudah disahkan dan beliau sudah tentu akan turun pada 11 September nanti, dan akan bertarung dengan menggunakan wheelchair.

Beliau akan turun bertarung dengan Al Foran dalam satu perlawanan amal untuk mengumpul dana dan akan diserahkan kepada ‘Irish Wheelchair Association’.

Laporan sama turut mendakwa yang McGregor akan bertarung dengan Foran di co-main slot di acara yang akan dilangsungkan di The Clayton Hotel itu pada bulan hadapan.

Dalam satu muat naik di laman twitter, Stevo Timothy, individu yang menganjurkan acara tersebut telah mengesahkan yang kedua-dua McGregor dan Foran akan bertemu di acara tersebut nanti.

Jurulatih McGregor, John Kavanagh turut bercakap tentang acara tersebut ketika beliau sedang ditemu ramah oleh wartawan, Laura Sanko.

“Conor sudi menjadi sukarelawan untuk aksi co-main event di acara tersebut, yang mana beliau akan turut bertinju bertemu seorang lelaki yang juga seorang penghibur, nama dia Al Foran.”

“Kamu mungkin akan lihat dia meniru gaya Conor. Jadi Conor akan bertarung dengan Conor di co-main event acara tersebut.”

“Jadi Conor akan bertarung dengan Conor di co-main event, yang mana saya rasa ia agak lucu, dia telah menerima tawaran untuk bertarung dalam perlawanan ini.”

“Dia sudah menjadi petarung di acara main-even sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi apa-apa pun, dengan kehangatan acara itu, dia cakap, ‘kamu tahu, saya akan bertinju menggunakan wheelchair sekarang.”

“Ia kerana dia masih mengalami kecederaan. Jadi kerana itu dia bergurau seperti itu.”

Dalam temu bual sama, Kavanagh turut menolak segala rumours yang mengatakan Conor McGregor akan bersara lebih awal dari dunia sukan MMA.

“Dia betul-betul sukakan sukan ini dan sukar untuk bayangkan kalau dia tak mahu kembali ke gelanggang, tak mahu bertarung lagi.”

Mungkin di sini bermula semula tenang is good

Tambah Kavanagh lagi.

“Kerana kami baru saja mendapatkan rentak yang menakjubkan ini.”

“Dia sudah berusia 33 tahun, yang mana bagi saya dia sedang berada di waktu kemuncak dia, kekuatan dia sedang dalam keadaan terbaik dan mental serta fizikal dia dan kematangan semangat dia dan segalanya sedang berada dalam keadaan terbaik.”

“Saya rasa dia masih ada masa beberapa tahun untuk terus beraksi lagi.”

Berkait pertarungan tersebut, McGregor turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau mahu bertarung, tetapi memerlukan masa untuk jalani fasa penyembuhan terlebih dahulu.

“Tarikh September itu terlalu awal untuk saya. Saya masih sedang dalam fasa penyembuhan. Doktor dan pakar terapi saya meminta saya untuk berehat. Saya rasa penghujung Oktober paling awal untuk saya. Tapi mungkin November/Disember juga. Sukar untuk ramalkan bila waktu yang tepat. Tapi saya akan turun. Tunggu saya!”

“Beri saya masa, saya akan turun! Saya hanya perlu beri tumpuan untuk jalani fasa penyembuhan buat sementara waktu sebelum saya boleh beri tumpuan untuk turun beraksi. Perlu ada perancangan rapi untuk kembali.”

Fasa penyembuhan beliau mungkin akan mengambil masa yang lebih lama jika beliau terus buang masa dengan mencetuskan kontroversi di media sosial.

Mungkin peminat benar, selain beri tumpuan pada kakinya, pasukan beliau harus memberi tumpuan pada tahap kesihatan mental beliau juga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  McGregor Padam Tweet Menghina Keturunan Khabib Nurmagomedov