Peminat Terhibur Melihat Laura Woods Menganjing Carragher Tak Pernah Menang EPL

Laura Woods mengingatkan Jamie Carragher yang beliau sebelum ini pernah berusaha untuk memenangi gelaran Premier League, namun usahanya itu berakhir dengan kegagalan.

Cara beliau menganjing legenda Liverpool itu sememangnya sangat halus dan ia jelas menarik perhatian para peminat yang teruja dengan kebijaksanaan beliau mengusik penyampai Sky Sports itu.

Carragher telah ditanya tentang potensi Liverpool untuk mengejar pendahulu saingan Premier League, Manchester City selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Southampton hujung minggu lalu.

The Reds turun bertemu Crystal Palace malam semalam dengan mereka pada ketika itu 12 mata di belakang Manchester City.

Penyampai Sky Sports, Woods bertanya kepada Carragher bahawa:

“Kamu sebelum ini pernah berada di posisi yang mana kamu mengejar kejuaraan, walaupun ia gagal.”

Bekas pemain pertahanan Liverpool itu jelas tak mampu melakukan apa-apa melainkan beliau hanya mampu ketawa dan mengucapkan terima kasih sahaja sebelum menjawab soalan yang diajukan

Para peminat sempat mengesan cubaan Woods mahu menganjing Carragher dengan mereka memuji cara halus penyampai Sky Sports itu menyindir legenda Liverpool itu.

“Woods sentiasa ada cara untuk membakar orang, Carragher sudah tentu tak mampu balas.”

“Cara bagaimana Laura Woods menganjing Jamie Carragher saya rasa sungguh menakjubkan, halus sungguh dia sindir legenda Liverpool itu.”

“Saya rasa Carragher akan fikir cara lain untuk balas, kali ni dia mampu diam je tak mampu nak balas langsung.”

“Carragher senyum, tapi saya rasa dalam hati dia dah menangis teresak-esak.”

Carragher sepanjang 17 tahun kariernya di Anfield, beliau gagal untuk membantu Liverpool memenangi gelaran Premier League.

Musim 2013/14 merupakan antara musim paling hampir beliau mahu memenangi gelaran Premier League namun ia juga berakhir dengan kegagalan.

Selain kena nganjing dengan Laura Woods, Carragher baru-baru ini turut mendedahkan yang beliau pernah dipanggil kaldai oleh Lionel Messi.

Lionel Messi memanggil Jamie Carragher kaldai

Carragher mendedahkan Messi memanggil beliau dengan gelaran kaldai menerusi mesej langsung dari laman instagram.

Carragher mendedahkan hal tersebut ketika beliau bersama rakan penyampai Sky Sports, Gary Neville sedang memilih kesebelasan terbaik FIFA 22 pilihan mereka.

Sambil bergurau, Jamie Carragher mendedahkan kepada Dave Jones di acara Friday Night Football bahawa beliau menerima pesanan dari Messi.

Carragher:

“Saya ada mengata Ronaldo pada awal musim lalu. Saya tak fikir yang beliau merupakan penandatanganan terbaik untuk United. Dan saya jadikan Messi sebagai contoh. Saya tak rasa Messi merupakan penandatanganan terbaik untuk Paris Saint Germain.”

Jones:

“Itu ketika di acara Monday Night Football bukan?”

Carragher:

“Ya, ia berlaku di acara Monday Night Football dan lepas dari itu saya dapat mesej peribadi di Instagram…”

Jones:

“Dari pemain itu sendiri?”

Carragher:

“Ya dari pemain itu sendiri. Saya tak boleh tunjukkan mesej peribadi itu, tapi kesimpulannya dia memanggil saya kaldai.”

Jones:

“Jadi dia ada tonton aksi permainan dia sendiri?”

Carragher:

“Dia tonton Monday Night Football, jadi harapnya dia akan tonton Friday Night Football juga, kerana Lionel, saya sangat mengagumi kamu.”

“Pemain terhebat sepanjang zaman dan berbanding kamu, saya adalah kaldai, saya terima itu. Tapi kamu tak akan tersenarai dalam senarai ini (kesebelasan terbaik FIFA 22).”

“Kamu tak bermain dengan cukup baik, walaupun kamu ada memenangi Copa America pada musim panas lalu. Ia masih tak cukup untuk ketepikan Mo Salah.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jamie Carragher Anggap Arsenal Terlalu Lemah Dan Lembik