Mike Tyson telah menunjukkan kekuatan dan kepantasan tumbukannya yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika sedang menjalani sesi latihan.
Legenda boxing itu bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-55 tahun pada Rabu nanti dan beliau ketika ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dirinya sudah berusia.
‘Iron Mike’ berjaya menewaskan Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan pada November tahun lalu dan beliau ketika ini sedang mencari lawan yang sesuai untuk bertarung dengannya pada tahun ini.
Mike Tyson is 55 years old today and this is what his punches still sound like… pic.twitter.com/IYeSxBz0EN
— Michael Benson (@MichaelBensonn) June 30, 2021
Tyson berjaya mengekalkan kekuatan dan kemampuan yang sama walau sudah berusia 55 tahun dan baru-baru ini Michael Benson dari talkSPORT telah memuat naik video yang menunjukkan bagaimana kuatnya Mike ketika melakukan latihan tumbukan.
Bunyi yang keluar setiap kali beliau hanyunkan penumbuk jelas membuatkan sesiapa saja akan berasa gentar dan menggigil.
Walaupun perlawanan profesional terakhirnya adalah pada 15 tahun lalu, Tyson sehingga kini masih mempunyai kelajuan tumbukan yang sangat luar biasa untuk seorang yang berusia sepertinya.
Para peminat memberikan pelbagai reaksi selepas melihat kemampuan, kekuatan dan kelajuan tumbukan Mike Tyson itu.
Beliau jelas masih layak untuk dianggap sebagai ‘Baddest Man on the Planet”.
Everyone talking about the power in this clip, but nobody mentions the speed of the punches. Remember, he weighs 220lbs. And is 55 years old.
— Danny Doyle (@dannysnooker) June 30, 2021
That 1-2 is so fast you can here but it’s so easy not to see it https://t.co/YBWR6GOHh7
— JC (@55sbl1) July 1, 2021
It’s the fact that I cannot catch the speed of the first right that makes this legend terrifying. https://t.co/5V656175q3
— 卍解 (Zubin (He/Him)) (@toxified) July 1, 2021
Who’s shooting at the same time he’s punching because GAWD DAMN https://t.co/sg1FUibkm4
— C_Lo (@clorenzo0220) July 1, 2021
55 and still the hardest puncher alive, seriously 😳 https://t.co/PsknuzArUg
— Worceht (@ToneKinchloe) June 30, 2021
“Bunyi tumbukan itu seolah bunyi senapang patah, macam mana impak kalau kena tumbukan seperti itu?”
“Saya tak nampak pergerakan tangan dia, terlalu pantas, kekuatan dia tak mencerminkan yang dia sudah berusia 55 tahun.”
“Petinju muda pun belum tentu boleh berdepan dengannya kalau di usia ini dia masih mampu menunjukkan kekuatan sehebat itu.”
“Saya rasa Logan dan Jake Paul kalau bergabung pun belum tentu boleh tandingi kekuatan Mike Tyson, mungkin mereka berdua yang akan tumbang seawal pusingan pertama.”
Logan Paul thinks he can beat Mike Tyson because he's "old, old." https://t.co/uk2HcecDMj via @HuffPostEnt
— peter wheeler (@shaker_09) June 30, 2021
Begitulah komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dan kagum melihat kekuatan dan kelajuan tumbukan the ‘Iron Mike’.
Bahkan Logan Paul sendiri rasanya sudah boleh menarik semula kata-kata beliau yang kononnya beliau mampu untuk kalahkan Mike Tyson jika mereka bertarung.
Jauh panggang dari api, dua tumbukan Mike Tyson boleh hantar Logan dan Jake terus kembali kepada pencipta mereka.
Youtuber tak sedar diri itu sebelum ini pernah adakan perlawanan pertunjukan (duit) bertemu Floyd Mayweather pada awal bulan lalu.
Beliau berjaya mengelak dari tumbang dan bertahan selama lapan pusingan dalam pertarungan bertemu Money Mayweather itu.
Mike Tyson's X-rated reaction to Floyd Mayweather vs Logan Paulhttps://t.co/UeInyZHN6Z pic.twitter.com/nf0TImNLuM
— Mirror Fighting (@MirrorFighting) June 8, 2021
Namun ramai yang merasakan bahawa Floyd Mayweather sebenarnya membantu Logan supaya tidak tumbang dan sengaja mahu bertarung selama lapan pusingan untuk memenuhi keinginan penonton.
Walau bagaimanapun, Logan tidak menganggap seperti itu dengan beliau merasakan yang dirinya patut menang dan beliau telah mendominasi Mayweather dalam perlawanan tersebut.
Dan kerana ada orang sekeliling yang terlalu mengampu, Logan semakin besar kepala dengan mengatakan yang beliau mampu untuk bertarung dengan Mike Tyson dan mengalahkan legenda boxing berusia 55 tahun itu.
“Seseorang menyebut nama Mike Tyson, saya rasa macam kelakar. Dia hanya pernah cemerlang sekali sahaja. Atau adakah dia memang hanya boleh bertarung sekali sahaja?”
Jelas petinju amatur yang ketika ini berusia 26 tahun itu.
“Peguam saya sebut tentang itu dan dia macam, ‘Tidak, Tyson akan kalahkan kamu, kamu tak akan ada peluang.”
Another fight from the past comes to mind when I think about a possible Logan Paul vs. Mike Tyson fight and that is,
45 year old George Foreman vs. 26 year old Michael Moorer.#Boxing 🥊 pic.twitter.com/6m1jR09rVE— Bryant Clements🎤🎸 (@Bryandini) June 18, 2021
“Saya pula rasa macam, ‘bro, saya dah lalui semua itu, kamu tak boleh kata yang saya tak boleh kalahkan Mike Tyson. Bro, dia dah tua, tua.”
Tidak pasti apa yang sudah beliau lalui, sebab dengan KSI pun dia kalah, dengan Mayweather pun dia hampir tumbang.
Jika Mike sanggup terima cabaran dari cumi dan cici itu, peminat pastinya akan bergembira untuk melihat beliau memberi tunjuk ajar sebenar kepada Youtuber itu.
Sumber: SB