Keraian gol yang gila-gila dari pemain Hungary, Atilla Fiola ketika menentang Perancis persis penggusti World Wrestling Entertainment (WWE) telah membuatkan seorang pengulas ketakutan.
Atilla Fiola telah berjaya meletakkan Hungary dihadapan dipenghujung separuh masa pertama walaupun hanya menguasai 30 peratus sahaja perlawanan.
Adam Nagy telah menghantar bola kepada Atilla Fiola bagi menukar arah serangan dengan satu hantaran panjang dan Fiola terus menanduk kepada Roland Sallai.
Atilla Fiola terus melakukan larian dan Roland Sallai menghantar kembali bola kepada Fiola yang terus melakukan satu larian solo masuk ke kotak penalti Perancis.
Pada ketika itu Atilla Fiola mempunyai pilihan untuk menghantar bola kepada Nemanja Nikolic namun memilih untuk menyudahkan sendiri.
Hugo Lloris tertewas dan Puskas Arena menyaksikan Hungary mendahului pasukan juara dunia, Perancis.
Bukan kepalang lagi kegembiraan Atilla Fiola yang terus berlari ke tepi padang dan terus melompat melepasi penghadang dan tiba di depan meja pengulas wanita.
Pada ketika Atilla Fiola meraikan gol seperti penggusti WWE itu pengulas wanita itu sedang khusyuk melihat ke bawah meja seperti mencari sesuatu.
Goal!
Against the odds, Attila Fiola fires Hungary ahead! Bedlam at the Ferenc Puskás Stadium!#beINEURO2020 #EURO2020 #HUNFRA
Watch Now – https://t.co/RRmQgctETJ pic.twitter.com/KQHqd3ISST
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) June 19, 2021
Atilla Fiola terus menepuk meja pengulas wanita itu dan menepis air mineral yang berada di atas meja tersebut.
Pengulas wanita yang menyedari kehadiran Atilla Fiola di depan mata kelihatan terkejut beruk dan ketakutan sambil mengangkat kedua tangan sambil memegang mikrofon.
Mungkin pengulas wanita itu menjerit ‘yeay!’ dalam keadaan terkejut dan takut dengan keraian yang agresif Atilla Fiola itu.
fiola's goal celebration just now 👀#HUNFRA #EURO2020 pic.twitter.com/H470kLNtZq
— vampire slumber party / yusuf laher (@vampireslumberp) June 19, 2021
Pemain righ-back berusia 31 tahun itu merupakan pemain pasukan MOL Fehervar sebuah kelab Hungary yang beraksi di liga teratas Hungary.
Gila kau jaringkan gol lawan juara dunia Perancis, lepastu kau main pertahanan pula. Kerana itu Atilla Fiola menggila dengan keraian persis WWE.
Dalam takut dan terkejut pengulas wanita itu sempat memberi reaksi balas yang sungguh comel dan mungkin sudah terkencing tiga titik.
Attila Fiola is the first player to score against #FRA across all competitions in the last six games.
The World Champions are shocked moments before half-time. pic.twitter.com/TdZmqknEgO
— Squawka Football (@Squawka) June 19, 2021
Keraian gol dari Atilla Folia dihadapan lebih 60,000 penyokong sendiri itu telah menjadi antara keraian gol paling meriah dalam bola sepak sejak Mac 2020.
Perancis menguasai perlawanan dan gagal mencari gol lantaran penyudah yang teruk, pada minit ke-13 Antoine Griezmann melepaskan peluang terbaik dengan memilih merembat bola tepat ke arah penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi.
Empat minit kemudian tandukan Kylian Mbappe tersasar dan pada minit ke-40 menyaksikan rembatan on the run Karim Benzema juga tersasar dengan sepakan yang tidak tepat.
Shots: 3-7
Shots on target: 2-1
Touches in the opposition box: 2-15
Possession: 29.9%-70.1%
Pass accuracy: 78%-91%
Duels won: 17-34#EURO2020— Squawka Football (@Squawka) June 19, 2021
Pembaziran Perancis telah dikejutkan dengan gol pendahuluan Hungary dan separuh masa pertama berakhir dengan Hungary mendahlui satu gol tanpa balas.
Serba tidak kena Perancis dan buntuk mencari gol, percubaan Ousmane Dembele pula sekadar menggegar palang.
Pada minit ke-66 kesilapan pemain pertahanan tengah Hungary yang tidak mengeluarkan bola dengan kemas mengundang padah.
Antoine Griezmann moves up to third all-time with most goals scored at the European Championships.#EURO2020
— Squawka Football (@Squawka) June 19, 2021
Bola sampai ke kaki Antoine Griezman yang terus dirembat deras untuk gol penyamaan dan selepas itu Perancis terus buntu.
Dengan sokongan penyokong sendiri, Hungary terus mempamerkan permainan penuh bersemangat walaupun dibarisi pemain tidak sehebat Perancis yang nyata lebih bagus.
Perancis kini mengumpul empat mata dan dilihat seperti sudah cukup untuk ke pusingan 16 terbaik dan akan bertemu Portugal dalam perlawanan terakhir kumpulan F.
Hungary (3-3-2-2) Gulacsi; Botka, Orban, Attila Szalai; Nego, Nagy, Fiola; Kleinheisler, Schafer; Adam Szalai, Sallai.
Substitutes: Dibusz, Bogdan, Lang, Kecskes, Cseri, Holender, Lovrencsics, R Varga, Siger, K Varga, Nikolic, Schon.
France (4-3-3) Lloris; Pavard, Varane, Kimpembe, Digne; Pogba, Kante, Rabiot; Griezmann, Benzema, Mbappe.
Substitutes: Mandanda, Maignan, Lenglet, Lemar, Giroud, Dembele, Tolisso, Sissoko, Hernandez, Dubois, Kounde, Thuram.
Referee Michael Oliver (England)
Perancis 1-0 Jerman
Perlawanan paling besar dalam saingan Euro 2020 diperingkat kumpulan menemukan Perancis sang juara dunia dan Jerman yang merupakan gergasi bola sepak dunia.
Berada dalam kumpulan F yang dilabel kumpulan maut bersama penyandang juara Euro 2016, Portugal setiap perlawanan dalam kumpulan ini pasti menjadi tumpuan.
Portugal terlebih dahulu membuka tirai perlawanan kumpulan F dengan membelasah Hungary 3-0 dengan ketiga-tiga gol terhasil pada lewat permainan dan pelbagai sejarah tercipta.
Sebelum perlawanan bermula seorang aktivis alam sekitar telah terjun ke padang dengan payung terjun membawa mesej menjaga alam sekitar.
OMG!!! Zum Glück ist nichts passiert… Schockstarre… pic.twitter.com/FYcZQFilT9
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) June 15, 2021
Kem pasukan Perancis panas apabila Kylian Mbappe tidak berpuas hati dengan mulut celupar Olivier Giroud yang menuduh rakan-rakan tidak menghantar bola kepada beliau.
Namun itu semua cerita luar padang dan permainan antara Jerman dan Perancis ini berlangsung dengan sangat menarik setaraf dengan status mereka.
Bermain laman sendiri, Allianz Arena, Jerman mempamerkan sifat sebagai tuan rumah apabila menguasai permain untuk tempoh lima minit pertama.
Perancis pula masih tenang mencari rentak mereka dengan melayan sahaja penguasaan Jerman dan selepas itu mula melawan.
2016 – France and Germany’s only previous encounter in the European Championships was in the 2016 semi-finals – France won 2-0 courtesy of an Antoine Griezmann brace. History. #EURO2020 pic.twitter.com/6xlAQz5Dpq
— OptaJoe (@OptaJoe) June 15, 2021
Skuad bimbingan Didier Deschamp mula menyerang dan mendapat beberapa peluang namun gagal diterjemahkan sebagai gol.
Tandukan Paul Pogba dari sepakan penjuru Antoine Griezman telah melewati palang dan rembatan kencang Kylian Mbappe pula ditepis keluar Manuel Neuer.
Pada minit ke-20 hantaran genius Paul Pogba yang nampak mengarut rupanya mencari Lucas Hernandez yang entah datang dari mana.
Lantunan bola Pogba itu terus dirembat ke arah Kylian Mbappe di depan gawang, Mats Hummels cuba menghalang dan telah menjaring gol sendiri.
3 – In what is only the 12th game at EURO 2020, the tournament has seen three own goals scored (Merih Demiral, Wojciech Szczesny and Mats Hummels), already the joint-most at any European Championships tournament (also three at EURO 2016). Clumsy. #EURO2020
— OptaJoe (@OptaJoe) June 15, 2021
Kerana kelajuan bola rembatan Hernandes itu, Hummels tidak sempat melaraskan kakinya untuk mengeluarkan bola dan tertolak ke gawang sendiri.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan memihak kepada Perancis dengan satu gol.
Adrien Rabiot telah mensia-siakan hantaran lolos yang membunuh Kylian Mbappe apabila memilih untuk mencuba secara solo ketika Antoine Griezmann keseorangan tidak dikawal.
Adrien Rabiot telah melakukan satu rembatan yang menerjah sisi gawang, bengan Griezmann dengan tindakan Rabiot itu.
Shots: 4-10
Shots on target: 1-1
Touches in the opposition box: 14-17
Possession: 38%-62%
Pass accuracy: 83%-89%
Duels won: 50-33#EURO2020— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Kejadian yang tidak diingini ini terjadi pada penghujung separuh masa pertama ketika Jerman masih lagi ketinggalan kepada Perancis hasil jaringan sendiri Mats Hummels.
Serge Gnabry melakukan satu voli cantik yang menggelembung namun sedikit tinggi ke atas palang. Cantik hantaran Robin Gosens.
Jerman mula menekan Perancis dengan melancarkan serangan demi serangan demi sebiji gol penyamaan.
Perancis tenang menyerap asakan dan menunggu detik terbaik untuk melancarkan serangan balas pantas.
France's last 15 games at major tournaments:
WWDWWW🥈WWDWWW🏆W
Eder's goal is the only one that has beaten them. 😳 pic.twitter.com/w4NHkQlAhg
— William Hill (@WilliamHill) June 15, 2021
Perancis akhirnya berjaya menggandakan kedudukan melalui Kylian Mbappe pada minit ke-65 dengan satu gelecekan cantik.
Pertahanan Jerman akhirnya terpaku dengan gelekan Mbappe dan satu rembatan lencong dilepaskan dan bola menerjah gawang selepas terkena tiang.
Ketika Mbappe hendak meraikan jaringan itu pengadil membatalkan jaringan kerana offside, serius muka penjaga garisan mengangkat bendera.
Jerman menguasai permainan dengan 57 peratus berbanding Perancis 43 peratus.
It's been 2,538 days since Karim Benzema last scored at a major tournament for #FRA
He'll have to wait a little longer.#EURO2020 #FRA #GER pic.twitter.com/xGBQWKBPMJ
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Lima belas minit permainan berbaik, Joachim Loew telah memasukkan penyerang bahaya tapi tidak berbisa Timo Werner dan Leroy Sane mengeluarkan Kai Havertz dan Serge Ganbry.
Kylian Mbappe datang lagi dan nampak seperti dijatuhkan oleh pertahanan Jerman namun tiada sepakan penalti dari pengadil kerana itu satu tackle bersih.
Pada minit ke-85 Karim Benzema menjaringkan gol kedua yang boleh terus membunuh perlawanan selepas Paul Pogba melorongkan cantik bola kepada Mbappe.
Raphaël Varane's game by numbers against Germany:
100% aerial duels won
100% take-ons completed
100% tackles won
93% passing accuracy
8 clearances (most)
6 duels won
3 aerials won
2 interceptions
1 tackle
0x dribbled pastA solid performance at the back.#EURO2020 #FRA #GER pic.twitter.com/5pd2xAkyC5
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Dari kanan Mbappe telah melihat Karim Benzema kosong berhadapan dengan Manuel Neuer dan membuat hantaran.
Tiada masalah buat Benzema yang mempunyai penyudah tajam menjaringkan gol namun gol itu sekali dibatalkan kerana offside.
Penelitian daripada Video Assistang Referee (VAR) mengesahkan Mbappe offside.
1 – Germany have lost their first game in a EUROs tournament for the first time, having won seven and drawn five of their previous 12 such matches. The only side to win the EUROs after losing their opening game of a tournament was the Netherlands back in 1988. Uphill. #EURO2020 pic.twitter.com/IIzNZ7ogfK
— OptaJoe (@OptaJoe) June 15, 2021
Jerman berterusan merencanakan serangan demi serangan namun tiada gol kunjung tiba dan masa kecederaan 6 minit diberikan pengadil memberi Jerman sedikit harapan.
Perancis bertahan dengan mapan dan penuh yakin mempertahankan kelebihan satu gol sambil menunggu ruang dan peluang untuk menyerang.
Pengadil mengheret masa kecederaan sehingga lapan minit dua minit lebih dari sepatutnya dan Jerman gagal mencari satu gol sekurang-kurangnya.
Paul Pogba's game by numbers against Germany:
◉ Most touches (78)
◉ Most duels won (13)
◉ Most recoveries (12)
◉ Most aerials won (4)
◉ Most take-ons completed (3)A dominant display in the middle.#EURO2020
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Gandingan Pogba Paul dan N’Golo Kante nyata berbisa apabila mendominasi dan menakluk bahagian tengah padang ketika menyerang dan bertahan.
Lantaran kecemerlangannya, Paul Pogba telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, Star of The Match (SOTM).
Dominasi Pogba tidak boleh baca bincang dan menjadi pemain paling banyak menyentuh bola, menang diudara, merampas kembali bola, menang perebutan bola bawah dan paling banyak gelecekan berjaya.
France (4-4-2) Lloris; Pavard, Varane, Kimpembe, Hernandez; Kante; Pogba, Rabiot; Griezmann; Benzema, Mbappe.
Substitutes: Mandanda, Maignan, Lenglet, Lemar, Giroud, Dembele, Tolisso, Zouma, Digne, Coman, Ben Yedder, Kounde.
Germany (3-4-3) Neuer; Rudiger, Hummels, Ginter; Kimmich, Gundogan, Kroos, Gosens; Havertz, Gnabry, Muller.
Substitutes: Leno, Trapp, Halstenberg, Volland, Werner, Sule, Klostermann, Neuhaus, San, Emre Can, Koch, Gunter.
Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).