Penjaga gol pasukan bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei telah menafikan dakwaan tidak masuk akal daripada Persatuan Bola Sepak Jordan (Jordan FA) bahawa dirinya adalah seorang lelaki.
Zohreh Koudaei juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Persatuan Bola Sepak Jordan (Jordan FA) selepas mereka menuntut semakan pengesahan jantina dilakukan.
Tindakan Persatuan Bola Sepak Jordan (Jordan FA) menuduh Zohreh Koudaei merupakan satu tindakan buli walaupun Asian Football Confederation (AFC) telah menolak bantahan yang dilakukan.
“Aku seorang wanita. Ini satu perbuatan buli dari Jordan.” Ujar Zohreh Koudaei berdasarkan laporan dari akhbar Turki Hurriyet.
“Aku akan saman Jordan FA.”
Watch | Solidarity campaign in support of the Iranian goalkeeper Zohreh Koudaei. #Iran pic.twitter.com/pdYLlGsOWZ
— Al Mayadeen English (@MayadeenEnglish) November 16, 2021
Satu kempen solidariti juga telah dilancarkan bagi memberi sokongan kepada Zohreh Koudaei yang teruk dibuli dengan tuduhan tidak berasas ini.
Pengurus pasukan bola sepak wanita Iran juga telah menafikan tuduhan berat ini dan mendakwa Jordan merupakan pasukan pilihan tetapi tewas dan terpaksa mencari alasan untuk menutup kekalahan tersebut.
Jurulatih pasukan Iran, Maryam Irandoost senada dengan pengurus pasukan apabila menyatakan bahawa isu ini dibangkitkan kerana mahu menutup kekalahan yang memalukan itu.
Maryam Irandoost: Fighting for #women's football in #Iran https://t.co/G8uXe6uIta
— Linda Hemby (@LindaHemby) August 2, 2019
Maryam Irandoost menyatakan bahawa Zohreh Koudaei telah mewakili Iran untuk kelayakan Piala Asia pada tahun 2008 dan 2010.
“Dakwaan ini hanyalah alasan kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan menentang pasukan kebangsaan wanita Iran.” kata Maryam Irandoost.
“Pasukan Jordan menganggap diri mereka pilihan utama untuk layak… dan apabila mereka tewas… adalah lumrah untuk mendapatkan bantuan dengan alasan palsu dan melepaskan tanggungjawab atas kegagalan ini.”
Tuduhan berat ini hadir selepas kejayaan Iran menewaskan Jordan pada bulan september lalu ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang akan dilangsungkan di India pada Januari.
Kejayaan Iran diperolehi melalui penentuan sepakan penalti dengan kemenangan 4-2 di mana Zohreh Koudaei telah membuat dua aksi menyelamat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kemenangan ini telah melayakkan skuad bola sepak wanita Iran mendapat tempat ke Piala Asia Wanita 2022 buat pertama kali dalam sejarah negara itu.
Lantaran kegagalan ini, rasa tidak puas hati membuak-buak di hati Persatuan Bola Sepak Jordan yang membuat tuduhan amat berat ini disusuli dengan surat bantahan rasmi kepada Asian Football Confederation (AFC).
Tuduhan Jordan dan Surat Bantahan
Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan, Putera Ali Bin Al-Hussein telah memuat naik surat bantahan rasmi kepada Asian Football Confederation (AFC) di akaun Twitter beliau.
Surat itu mendedahkan Persatuan Bola Sepak Jordan meminta “semakan pengesahan jantina” dilakukan ke atas skuad bola sepak wanita Iran dan bukan sahaja Zohreh Koudaei pada bulan September, yang kemudiannya ditolak oleh AFC.
Sebagai tindak balas, Persatuan Bola Sepak Jordan telah menuntut satu siasatan dijalankan oleh “panel pakar perubatan bebas”.
“Kami sememangnya mengiktiraf artikel 47 Peraturan Pertandingan Piala Asia Wanita AFC 2022 India dan memahami bahawa pengesahan jantina tidak wajib untuk pemain yang mengambil bahagian,”
“Bagaimanapun, artikel 47 memberi hak untuk AFC memulakan siasatan yang telus dan jelas oleh panel pakar perubatan bebas untuk menyiasat kelayakan pemain terbabit dan orang lain dalam pasukan.”
No relevance to previous tweets but it’s a very serious issue if true. Please wake up @theafcdotcom pic.twitter.com/egk678CXCX
— Ali Al Hussein (@AliBinAlHussein) November 13, 2021
Selepas menyebarkan surat itu, Putera Ali Bin Al-Hussein yang merupakan bekas naib presiden FIFA, mengulas:
“Ia adalah isu yang sangat serius jika benar.”
“Tolong bangun @theafcdotcom,” tambah Putera Ali Bin Al-Hussein sambil menandai akaun Twitter AFC.
Surat itu juga mendakwa Iran mempunyai “sejarah dengan isu jantina dan doping.” Ini berkemungkinan merujuk kepada dakwaan yang dibuat pada 2015 oleh Mojtabi Sharifi, seorang pegawai yang bekerja rapat dengan liga Iran.
Mojtabi Sharifi mendakwa seramai lapan orang pemain pasukan bola sepak wanita Iran sebenarnya lelaki yang menunggu pembedahan bagi menukar jantina, tetapi dakwaan ini tidak pernah terbukti benar.
Menurut penyiar Saudi Al Arabiya, Zohreh Koudaei telah dipaksa untuk mempertahankan dirinya daripada soalan mengenai jantinanya beberapa kali pada masa lalu.
LIT supports Zohreh Koudaei who has taken a lot of abuse from people in Jordan and elsewhere. Leave her alone. pic.twitter.com/H0IfZVNfjO
— Living in Tehran (@LivinginTehran) November 16, 2021
Isu jantina Zohreh Koudaei ini bukanlah isu baru dan Persatuan Bola Sepak Iran sedia memberi kerjasama dan dokumen diperlukan jika AFC mahukan bukti.
Namun bantahan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Jordan ini telah ditolak mentah-mentah oleh AFC maka tiada isu lagi yang boleh dimainkan.
Zohreh Koudaei yang kini berusia 32 tahun telah bersama pasukan bola sepak wanita Iran sejak dari tahun 2009 lagi. Dah 12 tahun main kot nak persoal lagi?