Penonton Pegang Gambar Ozil Sambil Tutup Mulut Ketika Sepanyol vs Jerman

Terdapat beberapa orang penonton di Stadium Al Bayt telah dirakam memegang gambar dan poster yang tertera wajah Mesut Ozil ketika perlawanan antara Sepanyol dan Jerman.

Minggu lalu, pemain Jerman yang memulakan perlawanan Kumpulan E menentang Jepun memutuskan untuk membantah larangan FIFA terhadap lilitan pelangi dengan menutup mulut mereka semasa mereka berbaris untuk gambar pasukan.

Jerman, England, Belanda dan negara Eropah lain telah merancang untuk memakai lilitan lengan untuk menunjukkan solidariti dengan satu komuniti yang dirahsiakan namanya tetapi mereka berundur berikutan ancaman sekatan sukan.

FA Jerman akan membawa FIFA ke Mahkamah Timbang Tara Sukan atas larangan tersebut dan akibatnya Jerman tewas kepada Jepun kerana tidak fokus kepada bola sepak tetapi lebih kepada membawa mesej politik.

Tindakan Jerman itu telah diangkat sebagai aksi heroic kepada kumpulan yang menyokong pemakaian lilitan dan menjadi bahan jenaka serta gelak tawa buat puak penentang.

Eden Hazard juga seperti menganjing tindakan jerman itu dan menyatakan bahawa Belgium datang ke Qatar untuk bermain bola sepak bukan membawa mesej politik walaupun menyokong pemakaian lilitan itu.

“Ya, tetapi selepas itu mereka tewas dalam perlawanan itu,” kata Hazard, ketika ditanya mengenai protes yang dibuat oleh pasukan Jerman.

“Mereka akan melakukan lebih baik untuk tidak melakukannya dan untuk menang. Kami berada di sini untuk bermain bola sepak, saya di sini bukan untuk menghantar mesej politik.”

“Lebih baik serahkan perkara itu kepada orang ramai. Kami mahu fokus kepada bola sepak.”

Pada petang Ahad, peminat di dalam Stadium Al Bayt memegang gambar Mesut Ozil sambil menutup mulut sebagai tindak balas kepada isyarat Jerman pada perlawanan pertama mereka.

Kenapa Mesut Ozil?

Tindakan kumpulan penonton memegang gambar Mesut Ozil adalah untuk mengingatkan kembali bagaimana diskriminasi yang dilakukan oleh persatuan bola sepak Jerman (DFB) ke atas Ozil.

Kerana diskriminasi berunsur perkauman yang dilakukan oleh DFB telah menyebabkan pemain perancang itu memilih untuk bersara dari pentas antarabangsa bersama skuad Jerman.

Lantaran itu kata-kata Ozil meluahkan perasaan yang terbuku menjadi ayat keramat yang terus menjadi sebutan dan diingati sehingga hari ini.

“Aku adalah seorang Jerman sejati ketika kami menang tetapi aku hanyalah seorang pendatang ketika kami kalah.”

Mesut Ozil telah dijadikan kambing hitam oleh DFB di atas kegagalan memalukan di Piala Dunia 2018 yang ketika itu hadir dengan status juara bertahan apabila menjadi juara Piala Dunia 2014.

Mesut Ozil diberikan tekanan hebat oleh DFB dan terpaksa bersara dari persada arena antarabangsa bersama pasukan Jerman hanya kerana bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum bermula Piala Dunia 2018, Ozil dan rakan sepasukannya, Ilkay Gundogan pergi berjumpa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan menghadiahkan jersi Arsenal dan Manchester City yang tertera nama Ozil dan Gundogan kepada Erdogan.

Tindakan tersebut menyebabkan Ozil dikritik teruk dan pihak media mempersoalkan di mana letaknya kesetiaan beliau, ditambah pula ia berlaku beberapa hari sebelum Jerman memulakan kempen Piala Dunia menentang Mexico.

Ozil diminta untuk menjelaskan sebab mengapa beliau pergi berjumpa Erdogan ketika itu, tetapi Ozil tidak mengedahkan gesaan tersebut.

Kordinator pasukan Jerman, Oliver Bierhoff turut mendesak Ozil digugurkan dari skuad Jerman kerana pertemuan tersebut kerana didakwa tidak ‘patriotik’.

Jerman hanya menamatkan saingan ditangga tercorot kumpulan F di Rusia. Rekod memalukan tercipta, buat pertama kali sejak 1938, Jerman gagal untuk lepas peringkat kumpulan.

Lantaran kegagalan ini kambing hitam perlu dicari bagi menutup kemaluan yang sangat besar. Jika hendak diungkit dosa dan apa yang dilakukan Jerman pada zaman dahulu kala kepada dunia lagi parah.

BACA:  Mesut Ozil Berpotensi Untuk Kembali Ke England