Tindakan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa merebut dan merampas trofi yang sedang dijulang oleh ketua pasukan Kuala Lumpur City FC Paulo Josue dianggap memalukan dan gelojoh.
Perbuatan ini menambah lagi geram penyokong Kuala Lumpur City kerana sebelum perlawanan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa telah menjemput pasukan gendang dari penyokong pasukan Kelantan.
Ini selepas penasihat KL CIty FC Datuk Annuar Musa mengambil keputusan untuk 'import' ‘Sep Gendang Kelate’ Sokong KL City Di Final Piala Malaysia. Apa pendapat korang? pic.twitter.com/UkhdpusB15
— theborakfootball (@tbfbola) November 30, 2021
Tindakan Penasihat pasukan Kuala Lumpur City FC menjempup ‘sep gendang Kelate’ nyata tidak disenangi penyokong terutamanya Ultras Kuala Lumpur.
Dapat dilihat ketika siaran langsung selepas selesai majlis penyerahan trofi, ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue sedang mengangkat piala bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Khalid bin Abdul Samad.
Paulo Josue dan Khalid bin Abdul Samad kelihatan sangat bahagia menjulang-julang trofi bersama-sama sambil Josue menjerit-jerit dengan penuh kegembiraan.
Pada ketika itu Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa datang dari belakang dan hadir disebelah Paulo Josue sambil bertepuk tangan serta memerhati.
Kemudian Paulo Josue dan Khalid bin Abdul Samad berpaling ke arah rakan-rakan yang berada dibelakang, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa segera menghulurkan tangan dari belakang Paulo Josue.
Tangan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa tepat ke leher trofi Piala Malaysia dan terus merampasnya dari Paulo Josue yang kelihatan agak terkejut.
Kalau ya pun awak tu 'penasihat', janganlah tunjuk sangat perangai gelojoh dan muka tebal tu. Tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim ini untuk raikan terlebih dahulu. pic.twitter.com/cBcQlGNHMA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 30, 2021
Nampak sedikit kekok Paulo Josue disitu dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa memegang seketika mungkin untuk bergambar sahaja sebelum menyerahkan kembali.
Sebenarnya boleh je tepuk bahu Paulo Josue tu minta elok-elok, tak manis ambil begitu aja kan dicop memalukan lalu dituduh merampas, merebut dan gelojoh oleh penyokong.
Wth @AnnuarMusa https://t.co/oTS93nzJL3
— Akmal 🏴 (@WakObem) December 1, 2021
Kuala Lumpur City FC telah mencipta kisah dongeng mereka yang tersendiri di Final Piala Malaysia edisi yang ke-100 tahun umpama kisah terkenal ‘David vs Goliath’.
David vs Goliath sering digunakan dalam bola sepak Inggeris untuk memberi gambaran perlawanan antara pasukan kerdil yang digelar underdog (bawah anjing) menentang pasukan gergasi yang nyata menjadi pilihan sebagai pemenang.
Dalam perlawanan final Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC merupakan pasukan underdog manakala Johor Darul Takzim pula sebagai pasukan gergasi yang hampir mustahil untuk ditumbangkan.
The line up for tonight’s Final TM Piala Malaysia 2021!
📺💻📱
✔️ YouTube: Unifi
✔️ Unifi 701 & 702, PlayTv
✔️ RTM 1 & Sukan RTM pic.twitter.com/ijnxOko0ik— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 30, 2021
Di atas kertas, di atas layar telefon pintar secara logiknya ramai menjangkakan bahawa perlawanan ini akan menjadi milik JDT dan semuanya mudah buat JDT dengan barisan pemain bintang berkualiti tinggi.
Kali terakhir Kuala Lumpur menjejakkan kaki ke final dan kali terakhir bergelar juara adalah pada 32 tahun yang lalu berbanding JDT yang bergelar juara bertahan yang dimenangi pada 2019.
Sejak 2013, JDT telah memenangi 18 piala utama dan pemenang liga super buat kali ketujuh berturut-turut ketika Kuala Lumpur dalam tempoh yang sama ada naik turunnya dan bergelut untuk kekal di liga.
🏆 CHAMPIONS 🏆
🔴 JUARA TM PIALA MALAYSIA 2021 🔴#KLCity #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/yp6ngyyI3X
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 30, 2021
Namun dalam perlawanan akhir segalanya mungkin dan itulah yang telah dilakarkan oleh Kuala Lumpur City dalam perlawanan ini, juara bertahan dibenam dengan dua gol tanpa balas.
Serangan bertali arus JDT pada separuh masa pertama terutamanya diserap dengan permainan bertahan penuh berisiko kerana umum mengetahui pasukan liga Malaysia tidak mampu bertahan dengan baik untuk tempoh yang lama.
Namun Kuala Lumpur City berjaya melakukannya dengan penuh berdisiplin untuk tempoh 45 minit pertama dan penjaga gol mereka Kevin Ray Mendoza cermerlang sebagai benteng terakhir.
After 32 years – The cup is OURS!
CHAMPIONS of Final TM Piala Malaysia 2021!! #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/xZt9zN6nhN
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 30, 2021
Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur City mengubah corak mereka dengan bermain lebih menyerang kerana mereka sedar hanya jaringan akan membawa kejayaan kepada mereka.
Bukan satu tapi dua gol berjaya dijaringkan dan mereka terus berdisiplin dan fokus untuk mempertahankan dua gol itu sehingga tamat perlawanan.
Malam yang menjadi milik Bojan Hodak dan anak buahnya, menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 32 tahun dengan menewaskan pasukan terkuat dalam liga Malaysia.