Penjaga gol Brighton, Robert Sanchez sangat bernasib baik kerana tak dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas Luis Diaz.
Beliau melakukan terjahan yang boleh menghantar Diaz ke hospital ketika aksi pertemuan antara Liverpool bertemu Brighton di American Express Community Stadium malam semalam.
Diaz cemerlang meledak gol untuk meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-20 permainan menerusi satu tandukan yang hampir membahayakan dirinya sendiri.
Jurgen Klopp makes blunt VAR claim after Robert Sanchez tackle on Luis Diaz in Liverpool at Brighton🆕 #LFC https://t.co/CFtukUYMmF
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 12, 2022
Beliau ketika itu berlari masuk ke kotak penalti Brighton sambil mengejar bola lambung cantik hantaran dari pemain terbaik bulanan Premier League, Joel Matip.
Diaz berjaya memenangi bola tersebut dengan menanduknya masuk ke dalam gawang gol Brighton yang sudah terhidang untuknya.
Namun sebaik beliau menanduk bola tersebut, Diaz rebah selepas diterjah oleh Sanchez yang ketika itu tak nampak langsung beliau mahu cuba memenangi bola.
Bukan hanya badan, Sanchez bahkan turut menggunakan kaki dan tangan beliau untuk menghalang pergerakan Diaz, dan menyebabkan bintang Columbia itu tak mampu meraikan gol jaringannya.
Ya, Diaz bahkan tak mampu meraikan jaringan beliau dengan beliau masih terbaring menahan kesakitan ketika bola sudah berada dalam gawang gol Brighton.
Pengadil kemudiannya merujuk VAR untuk menilai semula insiden tersebut, namun tiada sebarang hukuman yang dikenakan ke atas Diaz dan gol itu tetap dikira.
What Peter Walton said about Robert Sanchez tackle on Luis Diaz #LFC https://t.co/wK2TE5x1F2
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 12, 2022
Sanchez bukan hanya terselamat dari layangan kad merah, bahkan beliau langsung tidak dihukum dengan apa-apa amaran oleh Mike Dean.
Para peminat begitu bengang memikirkan bagaimana tindakan Sanchez itu tidak dianggap sebagai satu kesilapan hingga tiada amaran yang diberikan.
Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher percaya Sanchez tidak dilayangkan kad merah kerana gol itu disahkan oleh pengadil, dan penjaga gol Brighton itu mungkin menerima nasib berbeza andai bola itu tidak menghasilkan gol.
“Saya yakin kad merah itu tidak diberikan kerana jaringan itu disahkan.”
“Jika bola itu melepasi palang gol dan saya rasa dia akan dapat kad merah. Dia macam anggap gol sudah cukup.”
Walau bagaimanapun, para penyokong Liverpool merasakan pandangan Jamie Carragher itu salah dan Sanchez sepatutnya dibuang padang.
I’m convinced the red card wasn’t given because it was a goal. That header goes past the post & it’s a red card. It’s almost like, a goal is enough. #BHALIV
— Jamie Carragher (@Carra23) March 12, 2022
Like how can people claim this isnt a red😭😭😭 pic.twitter.com/AfLlKSc3LH
— Iver (@Iversev2) March 12, 2022
It shouldn’t be enough. That’s the thing. That is a clear and obvious red card and the goal should also stand. How can you dispute that, Jamie?
— Andy 😎 (@AndyB2708) March 12, 2022
VAR looked & that & not only did they not think it was a red card, they didn’t even give a yellow. This isn’t the VAR system, it’s the people using it that are the problem, Stuart Atwell scared to make big decisions & overrule Mike Dean.
— Alex Mc (@aa_mcintosh22) March 12, 2022
“Macam mana boleh ada orang dakwa ini bukan kad merah? Sangat jelas kekasaran yang dia buat.”
“Masalahnya sekarang walau gol itu dikira, tapi saya rasa ia masih tak cukup, Sanchez setidak-tidaknya perlu diberi kepada amaran.”
“Sangat jelas dan nyata memang kad merah dan gol itu memang patut kekal. Bagaimana kamu boleh nafikan benda itu Jamie?”
“Saya rasa paling tidak bagi dia kad kuning. Langsung tak ada amaran seolah-olah pengadil mahu kata yang terjahan itu perkara biasa, tak ada masalah untuk sesiapa lakukan itu.”
“Dia hampir hantar Diaz ke hospital sebab insiden itu, tapi dia langsung tak diberikan amaran. Mutu pengadilan Premier League mana pernah tak menghiburkan.”
Robert Sanchez walked away from this incident without a booking. Was this a bookable offence? 🤔#BHALIV pic.twitter.com/WjUcGpEUQ4
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) March 12, 2022
Selain Sanchez, penjaga gol utama Liverpool, Alisson Becker turut sama hampir dibuang padang kerana memegang bola di luar kotak penalti.
Alisson patut dilayangkan kad merah
Mike Dean dihentam teruk kerana tidak menghukum Alisson Becker yang memegang bola ketika dirinya sudah berada di luar kotak penalti ketika aksi bertemu Brighton malam semalam.
Alisson ketika itu keluar menangkap bola dengan Andy Robertson mengawal Neal Maupay dan penjaga gol dari Brazil itu jelas sekali terlajak terkeluar dari kawasannya.
Kedua-dua belah kaki penjaga gol utama Liverpool itu sudah berada di luar kotak penalti namun tangannya seolah-olah masih dalam kotak penalti.
📸 – Complaints for a possible handball from Alisson but no call from the linesman or referee. pic.twitter.com/z5BF5oimie
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) March 12, 2022
Para pemain Brighton mendakwa yang Alisson handball kerana menangkap bola di luar kotak penalti, namun Mike Dean seolah-olah tidak melayan dakwaan dari pemain pasukan tuan rumah.
Alisson dikatakan tidak dihukum kerana tangan beliau masih memegang bola di dalam kawasan kotak penalti walaupun kedua-duanya kaki sudah berada di luar.
Mengikut peraturan, jika penjaga gol itu menangkap bola di luar kotak penalti maka beliau boleh dilayangkan kad merah.
Dalam situasi Alisson Becker pula, kedua-dua kakinya jelas berada di luar namun tak pasti sama ada bola ikut keluar atau tidak kerana tangan beliau sememangnya berada di belakang.
Peminat bengang kerana tiada campur tangan dari VAR dan Mike Dean tidak bersungguh menyemak insiden tersebut.
Para peminat di media sosial menganggap Mike Dean sebenarnya terlalu memanjakan Alisson dan kerana itulah beliau tidak menghukum penjaga gol dari Brazil itu.
Alisson Becker bermain dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dengan beliau berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan berkelas dunia dalam menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi.
Why are people mad at this, You can clearly see that Alisson turned the ball and kept it in the box, Just because he's feet are outside the box doesn't mean it's a handball lads, that aint the rule, it's if the ball is outside the box, which Alisson did brilliantly to keep it in. https://t.co/6JTOREJ2ZD
— MarkFerg (@MarkFerg_) March 12, 2022
Alisson bersama rakan senegaranya, Ederson kini mendahului senarai penjaga gol paling banyak mencatatkan clean sheet dalam saingan Premier League dengan kedua-dua mereka merekodkan 15 clean sheet.
Pada minit ke-60, Liverpool telah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola rembatan Naby Keita terkena tangan Bissouma.
Mohamed Salah tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, dan beliau cemerlang meledak gol kedua Liverpool dalam perlawanan ini.
Liverpool cemerlang mengutip tiga mata penuh dari American Express Community Stadium selepas menewaskan Brighton 2-0.
Kemenangan ini meletakkan mereka hanya tiga mata sahaja dibelakang Manchester City dengan kedua-dua pasukan sepertinya bakal bersaing hingga akhir musim untuk menentukan siapa Juara.
Sumber: SPORTbible