Pep Lijnders: Trent Alexander-Arnold Boleh Jadi Cafu England

Pembantu pengurus Liverpool, Pep Lijnders melahirkan keyakinan penuh bahawa Trent Alexander-Arnold boleh dan mampu untuk menjadi Cafu England jika diberikan peluang yang selayaknya.

Sebenarnya Trent Alexander Arnold mempunyai potensi amat besar untuk menjadi jawapan kepada England bagi mencari pemain hebat seperti Cafu serta boleh menjadi bintang di Piala Dunia akan datang.

Penilaian ini datang dari Pep Lijnders yang merupakan individu yang telah bekerja dan melihat sendiri perkembangan Trent Alexander Arnold sejak remaja lagi hingga kini.

Trent Alexander Arnold telah memainkan peranannya dengan sangat baik dan hampir menghadirkan empat piala musim lalu dan sejak beberapa musim yang lalu.

Posisinya di bek kanan di Liverpool hampir tiada siapa yang mampu mencabar setakat ini tetapi situasi yang berlainan terjadi bersama skuad kebangsaan England.

Pemain berusia 23 tahun itu bergelut disebabkan banyak faktor dan gagal untuk mempamerkan aksi konsisten bersama Gareth Southgate dan terlalu jarang dapat memperlihatkan kualitinya seperti di Liverpool.

Lijnders, bagaimanapun, bertegas bahawa peluang itu ada untuk Trent Alexander-Arnold dan percaya bek kanan itu mempunyai kapasiti untuk membantu merevolusikan permainan serangan England di Qatar musim sejuk ini, selagi dia diberi platform dan peluang untuk menunjukkan nilai sebenar.

Lantaran yakin dengan kualiti dimiliki Trent Alexander-Arnold, Ljinders percaya Trent Alexander-Arnold akan mampu menjadi seperti Cafu di Brazil yang berpaksikan kepada kreativiti.

“Jika anda melihat permainan ketiak merencanakan serangan, dia telah memberikan situasi itu satu tonik yang kreatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Seperti yang dilakukan Cafu (untuk Brazil) pada masa lalu.”

“Anda perlu kekal kreatif, kekal tidak boleh dibaca lawan.”

Bagi Pep Ljinders kelebihan Trent Alexander-Arnold adalah visinya dalam perlawanan yang dapat melihat peluang dan ruang yang tidak dijangka oleh orang lain.

“Trent Alexander-Arnold dapat melihat perkara yang hadirin di stadium tidak nampak. Dia nampak benda yang aku tak nampak. Terpulang kepada kita untuk meletakkan dia pada kedudukan yang betul untuk pamerkan kecemerlangan.”

Lijnders meluahkan perkara ini dalam majlis perlancaran buku pertamanya yang berjudul Intensity, yang mengisahkan perjalanan Liverpool musim lalu.

Untuk memberikan konteks betapa dia selalu memikirkan Alexander-Arnold, dua anak lelakinya Romijn dan Benjamin, kedua-duanya memakai baju No 66 seperti dipakai oleh bek kanan itu.

“Ni bapak dieorang yang paksa. Saya paksa mereka untuk pakai.”

Dalam pada itu, gila Barcelona belum habis di jendela perpindahan kali ini diteruskan untuk masa akan datang apabila telah mensasarkan Trent Alexander-Arnold pada jendela perpindahan musim panas 2023.

Menurut laporan Liverpool Echo, Gergasi Sepanyol itu mahu mendapatkan Trent Alexander-Arnold bagi melengkap skuad yang mereka bina ketika ini.

Walaupun setahun lagi pemburuan akan dilakukan Barcelona, mereka dilaporkan sudah bersedia untuk membayar yuran perpindahan setinggi £67 juta.

Kontrak Trent Alexander-Arnold bersama Liverpool akan berakhir pada tahun 2025 dan telah berada di kelab untuk seluruh kariernya selepas lulus dari akademi remaja kelab.

Barca kini sudah pun mempunyai pemain seperti Sergino Dest dan Sergi Roberto untuk bermain di posisi bek kanan.

Mereka mengintai bakat superstar untuk mengisi posisi itu untuk tahun-tahun akan datang dan dengan kualiti Arnold maka tidak mustahillah Arnold berada dalam radar Barca.

Sementara itu, pertahanan tengah Liverpool Ibrahima Konate akan terlepas permulaan musim ini selepas mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Strasbourg.

“Malangnya, saya perlu meluangkan sedikit masa di luar padang tetapi ia tidak akan terlalu lama,” kata lelaki Perancis itu di media sosial.

Liverpool akan turun untuk perlawanan pertama Premier League mereka bagi musim 2022/23 menentang Fulham.

BACA:  Peminat Terkejut Rob Green Memanggil Trent Dengan Panggilan Tak Sepatutnya