Perasaan Coutinho Selepas Liverpool Sah Bergelar Juara Liga

Malam Khamis lalu, Liverpool secara rasminya telah dinobatkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berita kejuaraan Liverpool membuatkan Philippe Coutinho semakin risau dengan nasib beliau yang benar-benar mahu kembali ke Anfield.

Pemain midfield Brazil itu merupakan antara pemain terbaik di Liverpool suatu ketika dahulu, jadi beliau mungkin turut tumpang gembira dengan berita kejuaraan bekas kelab yang pernah menaikkan nama beliau.

Beliau pastinya gembira melihat bekas rakan sepasukan dan bekas pengurusnya meraikan kejayaan skuad the reds menjulang Piala Liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Namun jauh di sudut hatinya yang paling dalam, Philippe Coutinho turut merasakan sedikit kerisauan dalam memikirkan masa depan beliau yang benar-benar mahu kembali ke Anfield.

Banyak perkara tidak baik yang terjadi dalam karier Coutinho sejak beliau meninggalkan Anfield pada Januari 2018 yang lalu.

Namun untuk bekas pasukannya pula, Liverpool semakin bagus dan bagus dari satu musim ke satu musim dengan berjaya untuk mencapai pelbagai kejuaraan selepas pemergian Coutinho.

Coutinho dilaporkan sangat berminat untuk kembali beraksi dibawah kendalian Jurgen Klopp dan beliau sendiri sanggup menerima potongan gaji sekiranya diterima untuk kembali ke Anfield.

Coutinho telah dikaitkan dengan beberapa pasukan di premier league sebelum ini, namun beliau menegaskan bahawa dirinya tidak mahu untuk sertai mana-mana pasukan lain di England kecuali Liverpool.

Walau bagaimanapun, Coutinho sepertinya sudah lupa dengan apa yang pernah beliau ucap suatu ketika dahulu semasa mahu meninggalkan Liverpool.

β€œSemua orang tahu saya mahu sertai Barcelona. Ia sangat mustahil untuk saya ke sana pada musim panas, tetapi saya mahu selesaikan perpindahan segera dan hendak ke sana pada jendela perpindahan Januari.”

Jelas Coutinho kepada 8tv’s β€˜Fora de Joc pada Februari 2018.

β€œSaya benar-benar mahu memenangi kejuaraan besar, ianya salah satu sebab yang membuatkan saya sangat mahu menandatangani perjanjian bersama Barcelona. Saya mahu menang sebanyak mana yang saya mampu. Saya tidak ada pilihan lain untuk capai apa yang saya mahukan.”

Begitulah apa yang pernah diucapkan oleh Coutinho ketika beliau nekad untuk tinggalkan Liverpool dan mahu sertai Barcelona.

Apa yang menariknya, kesemua kejuaraan besar yang beliau impikan dan yakin tidak akan mampu dimenangi oleh Liverpool kini semuanya sudah berjaya dijulang oleh bekas rakan sepasukannya.

Saingan Liga Juara-juara, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan terbaru saingan Liga Perdana Inggeris, semuanya berjaya dimenangi oleh anak-anak buah kendalian Jurgen Klopp sejak pemergiannya.

Sehingga kini, Coutinho telah berjaya memenangi dua kali gelaran Liga dan juga Piala Copa del Rey bersama Barcelona tetapi lebih banyak kisah duka yang melandanya di sana.

Gergasi Catalan tersebut sudah mendahului saingan La Liga dengan agak selesa ketika Coutinho tiba di sana pada tahun 2018, dan beliau cuma beraksi 18 perlawanan sahaja untuk Barcelona ketika itu.

Musim lalu Coutinho terlibat dalam 34 perlawanan liga, tetapi beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan duduk di bangku simpanan sahaja.

Coutinho turut dikritik teruk oleh para peminat Barcelona kerana aksinya yang tidak menentu dan tidak menunjukkan peningkatan dalam persembahannya.

Beliau juga merupakan salah seorang dari pemain Barcelona yang menjadi mangsa belasahan 4-0 di Anfield dalam perlawanan separuh akhir liga Juara-juara.

Musim ini Liverpool cemerlang dalam saingan liga dengan misi untuk menamatkan kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan premier league, manakala Coutinho pula beraksi secara pinjaman bersama Bayern Munich.

Bekas pemain Inter Milan dan Liverpool itu cuma beraksi 15 perlawanan sahaja untuk Bayern dalam saingan Bundesliga musim ini.

Coutinho kini sering dikaitkan dengan perpindahan semula ke Anfield dan beliau benar-benar berminat untuk menyarung kembali jersi pasukan Liverpool.

BACA:Β  Klopp Tidak Menyangka Liverpool Mampu Bermain Lebih Baik Tanpa Coutinho