Kebolehan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah dibanding dan diperdebatkan dengan kedua-dua pemain diberikan penarafan secara keseluruhan.
Ketua pasukan Barcelona, Messi dan bintang mega Juventus, Ronaldo secara terang-terangan dianggap sebagai dua pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Perdebatan antara Messi dan Ronaldo kini kita akan bawa kepada perbandingan antara mereka berdua. Kita akan nilai sembilan perbandingan antara mereka bermula dari sepakan percuma hingga tahap disiplin mereka.
When will the comparison between Messi and Ronaldo end?#GlobalQnA pic.twitter.com/fkYXX3Jhon
— YouTube #MatomeFM (@TT_Kgopa) February 24, 2020
Pertama sekali kita akan menilai kebolehan menjaringkan gol antara kedua-dua Messi dan Ronaldo. Apa yang mengejutkan adalah mereka berdua dinilai pada skala 10/10 kerana kebolehan mereka berdua menjaringkan gol luar biasa di final third.
Menjaringkan Gol: Messi (10/10) dan Ronaldo (10/10)
Apabila penarafan itu beralih menjadi tajuk, Ronaldo sebenarnya lebih baik daripada saingannya tetapi hanya dibezakan dengan sedikit sahaja perbezaan.
Tandukan: Messi (6/10) dan Ronaldo (9/10)
Penyerang Portugis berusia 35 tahun itu telah dinilai pada skala sembilan, sementara Messi dinilai pada skala enam rating untuk kemampuan menjaringkan gol melalui tandukan.
Hal ini kerana Messi mempunyai kekurangan dari segi ketinggian dan kemampuan lompatan seperti Ronaldo dan paling penting Messi tidak sehebat Ronaldo dalam tandukan kerana corak permainan Barcelona.
Dribbling: Messi (10/10) dan Ronaldo (8/10)
Dari segi gelecekkan memang jelas Messi lebih baik berbanding Ronaldo. Messi sememangnya sering menggunakan kebolehan dribble beliau untuk mewaskan pertahan manakala Ronaldo lebih menggunakan kelajuan beliau untuk menewaskan pertahanan lawan.
Passing: Messi (10/10) dan Ronaldo (8/10)
Messi sekali lagi mengalahkan pemenang Ballon d’Or lima kali itu dari segi passing. Ronaldo mungkin lebih tajam dari segi ketajaman beliau menjaringkan gol tapi dari segi ketepatan hantaran beliau masih berada di belakang Messi.
Tendangan bebas: Messi (9/10) dan Ronaldo (8/10)
Messi dan Ronaldo diletakkan pada skala sembilan dan lapan untuk tendangan bebas.
Kekuatan dan keupayaan Ronaldo untuk membuat bola bergerak laju dalam segala cara dan arah menjadikannya antara pemain pakar bola mati yang paling ditakuti.
Sementara itu, apa yang membezakan antara Messi dan pakar bola mati yang lain adalah dari segi “visi dan kreativiti” Yang beliau miliki.
Penalti: Messi (7/10) dan Ronaldo (9/10)
Ronaldo mendahului Messi dari segi kebolehan mengambil sepakan penalti. Jangan pula kaitkan dengan isu Penaldo skala ini dinilai bukan atas dasar kekerapan mendapat penalti tetapi skala ini dinilai berdasarkan kebolehan menjaringkan gol dari sepakan penalti.
Fizikal: Messi (7/10) dan Ronaldo (10/10)
Ketinggian dan bentuk badan yang hebat menjadikan pemenang lima kali Ballon d’Or seorang pemain yang mempunyai fizikal yang sempurna dan dinilai dengan skala 10/10.
Messi mampu menunjukkan kebolehan beliau mengatasi pemain yang mempunyai fizikal Lebih besar darinya dan beliau dinilai pada skala 7/10 untuk fizikaliti.
Messi Sememangnya sukar untuk menandingi Ronaldo dari segi fizikal dan kebolehan mengambil tendangan penalti.
Kerjasama Berpasukan: Messi (9/10) dan Ronaldo (7/10)
Kapten Argentina diletakkan pada skala 9/10 dari segi kerjasama berpasukan mengatasi Ronaldo yang diletakkan pada skala 7/10. Buktinya Messi sememangnya hebat bila digandingkan dengan siapa saja. Iniesta, Xavi, Suarez dan Neymar antara gandingan beliau yang mantap.
Disiplin: Messi (9/10) dan Ronaldo (7/10)
Messi juga diletakkan di skala 9 untuk disiplinnya, dengan alasan kerana Messi jarang membantah keputusan pengadil mahupun mencari gaduh dengan pemain lain di dalam padang. Beliau main bola untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan itu sahaja.
Ronaldo, sebaliknya, hanya diletakkan di skala tujuh dan beliau adalah jenis pemain yang suka dive untuk mendapatkan penalti.
Tetapi penilaian ini dibuat berdasarkan sikap di atas padang. Jika hendak dinilai disiplin di luar padang Ronaldo jauh meninggalkan Messi dan sesiapa sahaja pemain bola sepak di dunia ini.
Dari segi latihan mahupun pemakanan disiplin Ronaldo tidak boleh dipertikaikan.
Begitulah sedikit perbandingan antara mereka berdua dari segi kebolehan mereka. Messi dan Ronaldo adalah dua pemain bola Sepak terbaik dunia ketika ini.