Rangkuman Aksi Menakjubkan Ronaldo Ketika Bersama Man Utd Sungguh Berbaloi Untuk Ditonton

Satu rangkuman video yang menunjukkan aksi dan persembahan mantap Cristiano Ronaldo ketika beraksi bersama Manchester United tular di media sosial ketika ini.

Dengan tajuknya, ‘Bayangkan jika media sosial sudah wujud ketika Cristiano Ronaldo beraksi bersama Manchester United’, dan video tersebut mendapat sambutan dari kalangan peminat.

Ronaldo mengharungi karier yang cukup gemilang selama enam tahun bersama Man United dari 2003 hingga 2009, dan menjadi salah seorang pemain terhebat yang pernah dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson.

Pemain kebangsaan Portugal itu mampu membuatkan pemain pertahanan terhebat dunia mati akal untuk mengawalnya ketika beraksi.

Beliau juga memiliki kualiti penyudah yang sungguh mengagumkan dan menakjubkan tidak kira berdepan dengan pasukan sehebat apa pun.

@TotalCristiano telah memuat naik video di laman twitter yang merangkumkan aksi persembahan mantap Ronaldo ketika kariernya di Old Trafford.

Ia merupakan rangkuman aksi yang sangat menarik untuk ditonton dan berbaloi meluangkan masa untuk menonton video tersebut.

Ketika kariernya di England, Ronaldo berjaya memenangi tiga kali gelaran Premier League dan juga satu gelaran Champions League yang dimenangi pada tahun 2008.

Tidak ada pemain lain dalam dunia bola sepak yang mampu menandingi beliau pada ketika itu dan beliau turut memenangi anugerah Ballon D’or pertamanya pada tahun tersebut.

CR7 sebenarnya memulakan kariernya di Old Trafford dengan sedikit perlahan, dengan beliau hanya menjaringkan 16 gol sahaja dari tiga musim pertamanya bersama setan merah.

Beliau kemudiannya berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya dan menjaringkan 66 gol lagi sebelum menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £80 juta.

Kebanyakkan peminat yang menonton video rangkuman aksi Ronaldo bersama United berasa kagum dan sangat teruja.

Peminat merasakan tiada pemain yang mampu tandingi kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh Ronaldo ketika kariernya bersama setan merah.

Beliau ketika bersama Real Madrid juga telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh menakjubkan dengan membantu The Los Blancos untuk memenangi pelbagai kejuaraan.

Namanya semakin meningkat naik dan dianggap sebagai yang terhebat sepanjang zaman selepas perseteruan beliau dan Messi dalam saingan La Liga berjaya mencuri tumpuan peminat seluruh dunia.

Ronaldo jelas merupakan nadi penting Real Madrid dengan Los Blancos seperti hilang arah selepas bintang Portugal itu memutuskan untuk menyertai Juventus.

Beliau ketika ini sepertinya tidak gembira di Turin dan telah dikaitkan dengan kepulangan semula ke Santiago Bernaneu atau Old Trafford.

Namun sehingga kini, masih belum ada gambaran jelas tentang ke mana destinasi beliau selepas ini, dan masih belum pasti adakah beliau akan kekal bersama Juventus atau akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti.

Cristiano Ronaldo juga ketika ini sedang dalam usahanya untuk memecahkan rekod milik Ali Daei sebagai penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.

Ali Daei memegang rekod tersebut dengan menjaringkan 109 gol sementara Cristiano Ronaldo ketika ini sudah menjaringkan 104 gol untuk skuad kebangsaan Portugal.

Jadi aksi Euro 2020 bakal jadi medan untuk Ronaldo cuba memecahkan rekod tersebut, seterusnya membantu Portugal untuk bergelar Juara.

BACA:  Ribery: Ronaldo Curi Ballon d'Or Aku!