Cristiano Ronaldo Tak Hingin Tukar Jersi Dengan Pemain AS Roma

Cristiano Ronaldo sangat terkenal dengan sikap peramah serta mesranya tidak kira bersama peminat mahupun dalam kalangan pemain sendiri.

Setiap kali selepas perlawanan beliau pasti akan bertukar jersi bersama pemain atau menyerahkan jersinya kepada para peminat.

Tetapi satu hal yang beliau tidak akan lakukan adalah menukar jersinya bersama pemain dari pasukan AS Roma.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu mempunyai masalah dan dendam lama yang terpendam terhadap pasukan AS Roma.

Dendam itu telah terbuku dihatinya sejak Cristiano Ronaldo bermain untuk pasukan setan merah lagi.

Setan merah turun beraksi menentang pasukan Roma pada perlawanan suku akhir Liga Juara-juara tahun 2007.

Setan merah berjaya menang besar melauk pasukan Roma dengan kemenangan 7-1 dan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 8-3.

Di dalam perlawanan itulah Cristiano Ronaldo mempunyai pengalaman buruk bersama wakil dari Itali itu.

“Ketika kami sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 6-0, mereka merayu-rayu kepada saya supaya berhenti menggelecek.”

Kata Ronaldo dalam satu temu bual pada December 2018.

“Ada juga antara mereka yang mengancam untuk mencederakan saya”.

“Roma? Tiada seorang pon pemain dari pasukan itu yang saya sudi untuk menukar jersi bersama mereka.”

Musim lalu, pemain berusia 34 tahun itu berjaya menjaringkan 21 gol dari 31 penampilan dalam saingan Liga untuk pasukan Juventus.

Pencapaian itu berjaya dicapai dalam musim pertamanya di Serie A. Ronaldo tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

Pada musim ini pula, Ronaldo telah mempamerkan aksi lebih hebat dari apa yang pernah beliau persembahkan selama sembilan musim di Real Madrid.

Beliau telah berjaya menjaringkan 21 gol dari 22 perlawanan dalam saingan di Serie A dan beliau juga merupakan nadi utama untuk pasukan Juventus musim ini.

Disamping kejayaan hebat yang dicapai, Ronaldo turut berjaya untuk menyamai rekod sebagai pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam banyak perlawanan secara berturut-turut.

Beliau kini berada di kedudukan kedua dalam perebutan kasut emas dalam saingan Serie A di belakang Ciro Immobile.

Musim ini, pasukan the old lady menghadapi laluan yang lebih sukar berbanding dengan lapan musim yang berjaya dimenangi oleh mereka sebelum ini.

Kemenangan dalam perlawanan derby menentang Inter sebelum saingan liga dihentikan membawa mereka ke puncak liga dengan dibezakan satu mata sahaja mengatasi Inter Milan.

Mereka turut mengalami kesukaran dalam aksi saingan di Liga Juara-juara apabila tewas dalam pertemuan pertama pusingan 16 bertemu Lyon.

Sehingga kini belum ada keputusan rasmi berkenaan tarikh sepak mula dalam saingan Serie A dan Liga Juara-juara setelah kedua-dua saingan itu digantung.

BACA:  Rangkuman Aksi Menakjubkan Ronaldo Ketika Bersama Man Utd Sungguh Berbaloi Untuk Ditonton