Panenka Yang Tenang lagi Bersahaja Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo telah mengumumkan kembalinya beliau ke padang bola sepak dengan satu sepakan penalti yang dipanggil panenka yang penuh tenang lagi bersahaja untuk gol keempat Juventus.

Pemain bintang sensasi itu tidak dapat beraksi selama 21 hari kerana satu perkara positif yang membawa akibat yang negatif selepas disahkan positif Covid-19 yang memaksa beliau dikuarantinkan.

Dalam tempoh pengasingan itu, Ronaldo telah terlepas 4 perlawanan bersama Juventus termasuklah perlawanan menentang Barcelona di UEFA Champions League.

Ronaldo tidak diturunkan dari kesebelasan utama dan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dan hanya memerlukan 3 minit masa di padang untuk menjaringkan gol.

Impak maksima dan segera diberikan oleh Ronaldo yang masuk menggantikan Paulo Dybala ketika Spezia berjaya mengikat Juventus dengan kedudukan 1-1.

Pemain kebangsaan Portugal itu kemudian menambah gol kedua peribadinya dan gol keempat untuk Juventus hasil dari sepakan penalti pada minit ke-76 permainan.

Federico Chiesa telah dikasari oleh pemain Spezia dalam kotak penalti lalu pengadil tidak segan silu untuk menghadiahkan Juventus sepakan penalti.

Ronaldo telah memilih satu cara penuh berisiko dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi apabila melakukan sepakan panenka, satu sepakan yang penuh tipu daya dan tidak laju.

Nikmatilah sepakan panenka daripada Ronaldo yang nampak senang tapi penuh berseni.

Juventus berjaya menewaskan Spezia 4-1 hasil dua jaringan Cristiano Ronaldo, Alvaro Morata dan Adrien Rabiot yang juga tenang dan bersahaja.

Gol saguhati Spezia telah dijaringkan oleh pemain tengah, Tommaso Pobega.

Panenka sepakan penalti yang Ikonik

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

“Gilo jugok nate Panenka ni, masa training sokmo dio duk buat penalti lagu tu, tapi dok dam mikir kawe dio buat maso final. Baso gilo.” jelas penjaga gol Czechoslovakia.

—-

“Gila juga Panenka ni, semasa latihan selalu beliau lakukan penalti sedemikian rupa, tak masuk masuk akal betul buat masa final. Gila.” jelas penjaga gol Czechoslovakia.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

Ketua pasukan Real Madrid yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Ronaldo, Sergio Ramos antara pemain yang kerap melakukan sepakan Panenka ketika mengambil sepakan penalti kebelakangan ini.

BACA:  Lima Rekod Yang Tidak Mampu Dipecahkan Oleh Messi Dan Ronaldo