Rakaman Menunjukkan Ronaldo Cari Gaduh Dengan Armband Kaptennya

Tular di media sosial reaksi Cristiano Ronaldo meluahkan kekecewaannya dengan mencampak dan menyepak armband kapten miliknya ketika sedang berjalan meninggalkan padang.

Beliau melakukan hal tersebut selepas tamat aksi kekalahan 1-0 Portugal di tangan Belgium dalam aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020.

Kekalahan tersebut menyebabkan Portugal tersingkir dari saingan Euro kali ini dan hal tersebut jelas membuat Cristiano Ronaldo sangat sedih dan kecewa.

Bintang berusia 36 tahun itu telah berjaya menjaringkan 45 gol dari 58 penampilan bersama kelab dan negara sepanjang musim ini.

Beliau telah memainkan peranan cukup penting dalam membantu Portugal untuk mara sehingga ke pusingan kalah mati ini.

Ronaldo berjaya menjaringkan lima gol dari tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini bertemu Jerman, Perancis dan Hungary.

Namun begitu, walau beliau sedang dalam rentak persembahan terbaiknya, bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu gagal untuk membantu skuad kebangsaannya mencatat kemenangan bertemu Belgium di pusingan 16 terbaik.

Jaringan Thorgan Hazard pada minit ke-42 permainan membantu Belgium menewaskan Portugal seterusnya mengesahkan kedudukan untuk mereka di peringkat suku akhir.

Ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan untuk pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu selepas melalui musim yang sungguh menakjubkan dalam pertandingan ini.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Ronaldo menunjukkan kemarahan dan kekecewaannya dengan mencampakkan armband kaptennya ke bawah sebelum terduduk kecewa.

Ketika dalam perjalanan untuk kembali ke bilik persalinan, beliau sekali lagi melakukan hal yang sama namun kali ini bukan hanya campak, beliau bahkan turun tendang armband itu tanda melepaskan kemarahannya.

Rakaman di bawah menunjukkan bagaimana Ronaldo mencari gaduh dengan armband kaptennya selepas tamat perlawanan.

Salah seorang petugas Portugal dengan segera mengutip armband tersebut dan beliau dilihat mengiringi Cristiano Ronaldo berjalan masuk ke dalam terowong.

Tak pasti sama apa yang beliau akan lakukan dengan armband itu, mungkin selepas ini ada berita armband dilelong untuk bantu mana-mana yayasan, siapa tahu kan?

Euro 2020 ini berkemungkinan akan jadi edisi terakhir yang disertai oleh Cristiano Ronaldo dan beliau telah mencipta pelbagai sejaran dan rekod yang sungguh mengagumkan dalam pertandingan ini.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan 14 gol, beliau juga mencipta 9 assists dan ia merupakan catatan tertinggi dalam sejarah saingan Euro.

Beliau juga pemain yang paling banyak mencatatkan kemenangan dalam saingan Euro dengan mencatatkan 12 kemenangan dan beliau juga merupakan pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam saingan Euro (24) penampilan.

Beliau turut mencipta sejarah apabila berjaya beraksi dalam lima edisi Euro sepanjang kariernya bermula dari Euro 2004, 2008, 2012, 2016, dan 2020.

Beliau juga pernah menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan sebanyak empat kali dan ia juga merupakan antara rekod terbaik yang dicatatkan olehnya dalam sejarah saingan Euro.

Cristiano Ronaldo secara keseluruhannya dari 14 gol yang beliau jaringkan, tiga darinya menerusi sudut sepakan penalti, dan ia juga merupakan rekod baru dalam kejohanan ini.

Jika Ronaldo mengakhiri saingan Euro 2020 ini sebagai penjaring terbanyak, beliau akan menjadi pemain pertama dalam sejarah yang berjaya memenangi kasut emas Euro lebih dari sekali.

Ia merupakan malam yang harus dilupakan oleh bintang Juventus itu, namun kata-kata pujian dari Roy Keane mungkin boleh menenangkan jiwa beliau.

“Dia merupakan pemain paling bijak yang pernah saya jumpa sepanjang hidup saya.”

Jelas legenda Manchester United itu.

“Jelas sekali, saya tak perlu kembali ke era 50 an atau 50 an, cukup lihat dia, dia merupakan seorang pemain yang sangat suka menjaringkan gol.”

“Kebijaksanaan dia sungguh mengagumkan, bagaimana cari dia bermain dalam sesebuah perlawanan itu, dia tak terlibat dalam build up tapi dia ada helah dan keinginan yang kamu perlukan dari seorang pemain yang hebat seperti dia.”

“Otak dia, kebijaksanaan dia, bagaimana dia melakukan sesuatu seperti itu di beberapa negara berbeza, bagaimana dia menjaga diri dia di luar padang juga.”

“Puji saja tidak cukup untuk dia, dia seorang yang sangat bijak, saya suka menonton aksi dia. Otak yang dia ada membuktikan dia pemain paling pintas yang pernah ada dalam dunia bola sepak.”

BACA:  Perbezaan Dan Penilaian Messi VS Ronaldo Dari Segi Kebolehan Mereka