Cubaan Berani Safawi Melakukan Panenka Tetapi Gagal

Pemain muda sensasi Malaysia, Safawi Rasid telah melakukan satu aksi dan percubaan yang sangat berani apabila melakukan sepakan panenka ketika mengambil sepakan penalti.

Johor Darul Takzim mendapat sepakan penalti pada minit ke-89 yang merupakan penalti kedua dalam perlawanan itu selepas hantaran yang cuba dilakukan Akhyar Rashid terkena tangan pemain muda Sabah yang berusia 22 tahun, Hanafie Tokyo.

Safawi Rasid tampil menggalas tanggungjawab untuk melakukan sepakan penalti dan Safawi Rasid ternyata berani lantaran keberanian itulah beliau menjadi pemain hebat seperti hari ini dengan memilih melakukan panenka.

Sepakan panenka daripada Safawi Rasid terlalu lemah dan perlahan tak cukup kuasa dan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim yang seperti mahu melayangkan badan membatalkan hajat dan mudah menangkap bola.

Pengulas perlawanan ternyata terkejut dan ketawa tidak ikhlas melihat sepakan panenka dilakukan di liga Malaysia.

“Safawi Rasid, satu panenka. Ah! Mungkin terlalu confiden.” Ujar pengulas pertama yang terkejut.

“Ini situasi yang jarang-jarang berlaku apabila Safawi Rasid mengambil sepakan penalti sepatutnya dia memilih untuk melakukan rembatan terus.” Sambung pengulas kedua.

Apabila melakukan sesuatu berisiko peluang untuk gagal adalah tinggi namun keberanian daripada Safawi Rasid patut dipuji membawa bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Panenka merupakan satu teknik sepakan penalti yang sangat berisiko tinggi yang memerlukan teknik dan keyakinan yang hebat untuk dilakukan walaupun tampak seperti mudah.

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

Tidak apa yang perlu dimalukan oleh Safawi Rasid dan netizen juga tidak perlu mengecam kerana dorongan sepatutnya diberikan dorongan supaya pemain Malaysia menjadi lebih berani untuk meningkatkan permainan dengan teknik berisiko tinggi.

Kegagalan Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti tidak memberi kesan kepada JDT yang sudah mendahului dua gol ketika perlawanan sudah memasuki masa kecederaan dan JDT juga sudah lama layak ke suku akhir.

Dalam perlawanan keempat kumpulan D ini JDT berjaya menewaskan Sabah dengan tiga gol tanpa balas untuk mengesahkan secara rasmi kedudukan sebagai juara kumpulan yang turut dihuni oleh PJ City FC dan Kelantan FC.

JDT berada di depan seawal minit ke-6 lagi hasil jaringan Leandro Velazquez hasil tolakan seperti bermain futsal dari Bergson Gustavo Silveira da Silva yang terus dirembat kencang lagi cantik.

Pada minit ke-34 Bergson Gustavo Silveira da Silva menggandakan kedudukan dengan gol kedua yang terhasil melalui satu sepakan penalti yang kemas dan padu.

Pengadil memberi sepakan penalti selepas cubaan Corbin Ong yang mahu melakukan hantaran silang dihalang oleh Ummaring Bacok yang berjaya mengeluarkan bola tapi malang bola terkena tangan.

JDT terus menguasai perlawanan dan gagal untuk menambah jaringan dan Sabah pula kebuntuan sehinggalah muncul sepakan penalti yang gagal dari Safawi.

Pada minit ke-93 masa kecederaan Bergson Gustavo Silveira da Silva menjaringkan gol ketiga melalui satu sundulan melencong yang berpunca dari sepakan percuma.

Selepas empat perlawanan JDT mengumpul 12 mata dengan empat kemenangan dan sudah melayakkan diri ke separuh akhir.

BACA:  Panenka Indah Nian Messi Melengkapkan Kebangkitan Sensasi PSG