Aksi Sepakan Panenka Yang Gagal

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

“Gilo jugok nate Panenka ni, masa training sokmo dio duk buat penalti lagu tu, tapi dok dam mikir kawe dio buat maso final. Baso gilo” jelas penjaga gol Czechoslovakia.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

Namun tidak semua berjaya melakukan sepakan ini. Jika gol sememangnya sangat bergaya, tidak gol memang bala.

BACA:  Panenka Bertukar Menjadi Petaka