Perlawanan Ditangguhkan Kerana Pengadil Tidur

Pelik tapi benar dan ada juga unsur-unsur kelakar apabila perlawanan dan sepak mula terpaksa ditangguhkan, gara-gara hanya kerana pengadil perlawanan terlajak tidur.

Itulah yang terjadi dalam perlawanan Sunday League, pengadil terlajak tidur maka secara automatik masa perlawanan juga terpaksa dilajakkan.

Kejadian ini telah berlaku ketika aksi Loxwood Park Rangers F.C dan Caversham United FC di mana kedua-dua kelab ini bermain di Divisyen 1 Sunday League Daerah Reading.

Pengadil perlawanan telah meminta maaf atas kekhilafan kerana dia tertidur ketika sepak mula sepatutnya telah bermula dan dia harus memulakan tugasannya.

Pada kebiasaannya perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika kerana alasan seperti masalah teknikal termasuk isu penyokong, ataupun bas pasukan lewat sampai.

Tetapi inilah liga amatur di mana tahap disiplin dan profesionalnya masih boleh di bawa bincang dan semua pihak kemudiannya menerima dengan hati terbuka dan hidup bahagia ever after.

Selepas pengadil bangun dan hadir ke padang, perlawanan yang tertangguh itu diteruskan, keputusannya Loxwood Park Rangers F.C dan Caversham United FC terikat 2-2.

Akaun rasmi Amazon Prime telah menciap kembali Tweet Caversham United FC dan menganggap inilah pertama kali melihat sesuatu yang kelakar seperti ini.

Lantaran ciapannya ini menjadi tular di media sosial, Caversham United FC berkata ciapan itu adalah peristiwa sebenar dan bukan untuk mengundang kecaman.

Malahan Caversham United FC turut memuji prestasi pengadil dalam perlawanan itu mungkin kerana mendapat tidur yang cukup.

Perkara seperti ini pasti tidak akan terjadi dalam liga profesional namun ada juga peristiwa yang pelik tapi benar terjadi.

Tragedi Oktober

Pada oktober lalu, perlawanan antara Hull City dan Birmingham City di saingan Championship mendonia dan menjadi bualan selepas terpaksa ditangguhkan kerana saiz gawang yang terlalu besar dan tidak menepati piawaian.

Pertemuan yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu tempatan telah tertangguh selama 30 minit apabila pegawai perlawanan menyedari sesuatu yang aneh.

Gawang gol itu telah didapati tidak mengikut saiz yang betul dan selepas diukur dengan pita ukur sememangnya benar tidak menepati piwaian yang ditetapkan.

Menurut laporan SkySports tiang gol itu 2 inci lebih tinggi dari biasa dan perlu dipotong untuk mendapatkan saiz asal bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Rakaman kemudiannya muncul dan tersebar mengenai pegawai kelab yang menggergaji tiang gol mengikut saiz yang betul.

Hull City pula secara rasmi mengesahkan permainan akan ditangguhkan kerana kesilapan itu.

“Sepak mula petang ini telah ditangguhkan kepada 3:20 petang,” baca kenyataan kelab yang disiarkan di Twitter.

“Pegawai perlawanan telah memaklumkan kepada kelab bahawa tiang gol perlu dilaraskan semula dan HawkEye ditentukur semula sebelum perlawanan boleh dimulakan.”

Seperti mana diumumkan akhirnya perlawanan berjaya dimulakan 20 minit selepas waktu sebenar.

Kelewatan pelik di Hull berlaku kurang sejam selepas perlawanan Liga Perdana antara Leeds United dan Arsenal yang turut ditangguhkan atas sebab yang tidak kurang pelinya.

Hanya 69 saat selepas permainan dimulakan di Elland Road, pengadil Chris Kavanagh menghentikan perlawanan kerana terdapat isu yang jelas dengan cuping telinga dan mikrofonnya.

Kemudian sebabnya jelas diketahui umum bahawa pemotongan bekalan kuasa di kawasan lokal Leeds telah menyebabkan Kavanagh tanpa akses kepada VAR, dengan teknologi garisan gol dan suapan TV turut terjejas.

Permainan akhirnya dapat disambung semula kira-kira 40 minit kemudian setelah isu itu telah dibetulkan.

Kavanagh bercakap dengan bos Leeds, Jesse Marsch dan pengurus Arsenal Mikel Arteta di garisan tepi untuk memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang situasi itu.

Tetapi selepas kelewatan kira-kira 10 minit tanpa masalah itu diselesaikan, Kavanagh mengarahkan kedua-dua pasukan itu untuk turun semula ke terowong.

Johnny Phillips dari Sky Sports menulis tweet:

“Pemadaman elektrik setempat di stadium Elland Road menyebabkan trak VAR tidak berfungsi.

“Ia menggunakan bekalan backup dan berjalan, buat masa ini, dan sedang direboot. Dijangka akan diperbaiki dalam masa lima minit akan datang.”

Dia kemudian memuat naik foto pegawai di terowong di Elland Road, berserta kapsyen:

“Terkini penggantungan perlawanan Leeds lwn Arsenal: trak VAR diperbaiki dan komunikasi pegawai berfungsi.”

“Pengadil Chris Kavanagh dan pegawai keluar untuk menguji peralatan sekarang.”

Selepas ujian itu berjaya, kedua-dua pasukan muncul semula dari terowong dengan permainan akhirnya dapat disambung semula pada 2.40 petang.

BACA:  Penjaga Gol Ini Menganjing Percubaan Ke Laut Lawan Dengan Melayangkan Badan