Bintang Inter Milan, Lautaro Martinez berjaya menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Liverpool awal pagi tadi.
Namun ada pertikaian yang mempertikaikan usaha pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk yang seolah-olah membiarkan sahaja bintang Inter itu melepaskan rembatan.
Penyampai talkSPORT, Adrian Durham menganggap Virgil Van Dijk langsung tak berusaha untuk menghalang Lautaro Martinez dari menjaringkan gol ketika aksi bertemu Inter Milan awal pagi tadi.
Hands down one of the the funniest match moments we've seen 😂 #LFC https://t.co/3Xu0bzO9fq
— Empire of the Kop (@empireofthekop) March 8, 2022
Bolos tersebut sebenarnya tidak begitu beri kesan kepada skuad Liverpool memandangkan mereka layak ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-1 secara aggregate.
Namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu tetap dihentam kerana membenarkan Martinez menjaringkan gol, dengan baki perlawanan ketika itu masih berbaki 29 minit lagi.
Walau bagaimanapun, selain dari gol itu, harus diakui barisan pertahanan Liverpool bermain dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut.
Bintang Argentina yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan Tottenham Hotspur dan Arsenal itu melepaskan rembatan padu menuju ke top corner gawang gol Alisson Becker.
Namun pada awal sebelum gol itu terhasil, bola build itu datang dari hantaran lemah Joel Matip.
Hay que saber cómo sorprender a Virgil van Dijk. Golazo de Lautaro Martínez vs Liverpool. Repentización. pic.twitter.com/ayX8ejmP7a
— Fútbol y Pizarrón (@FutbolyPizarron) March 9, 2022
Martinez sementara itu boleh dikatakan berada dalam poket Van Dijk sepanjang perlawanan, dan mungkin kerana itulah bintang Belanda itu tak begitu memperdulikan percubaan darinya.
Bahkan atas alasan sama juga mengapa pemain centre-back The Reds itu agak lambat bertindak untuk menggagalkan usaha Martinez dari melepaskan rembatan ke arah gawang gol mereka.
Van Dijk berdiri di hadapan bintang Inter Milan itu, namun beliau sebenarnya memberi ruang untuk Martinez melepaskan rembatan.
🗣 "World’s best defender? Just dangling a leg and letting Martinez shoot?" #LFC #UCL https://t.co/JYWFvnfWJU
— talkSPORT (@talkSPORT) March 8, 2022
Walaupun hanya satu kesilapan itu sahaja yang dilakukan oleh Van Dijk, namun kesilapan itu jugalah yang menyebabkan gawang gol Liverpool dibolosi lawan.
Kerana hal tersebut jugalah Durham membantai cara Virgil Van Dijk bertahan.
“Apa yang Liverpool lakukan untuk gol tersebut?”
Jelas Durham di talkSPORT.
“Joel Matip bagi bola mudah sahaja. Dan lihat Virgil Van Dijk.”
“Pertahanan terhebat dunia? Hanya hulur kaki untuk benarkan Martinez merembat bola?”
‘World’s best defender?’ – Virgil van Dijk questioned as ex-Tottenham target Lautaro Martinez scores wonder goal against Liverpool in Champions League https://t.co/C5iACLIi8d ⟶ via https://t.co/0I4IIflkwI pic.twitter.com/LDzWRvsOM3
— Bitcoin Sportsbook 🥇 (@SportsbookBTC) March 8, 2022
“Adakah dia (Van Dijk) tak sedar bagaimana bagusnya Martinez? Dia (Martinez) baru sahaja catat hat-trick pada hujung minggu!”
“Sungguh luar biasa lemah cara bertahan dari Van Dijk. Jarang kita nak dapat sebut hal itu.”
Selain dari insiden tersebut, para peminat ramai yang mempertikaikan tentang keputusan pengadil perlawanan yang tidak melayangkan kad merah kepada Alexis Sanchez.
Peminat bengang Sanchez terselamat dari layangan kad merah
Para peminat tergamam dan terkejut melihat Alexis Sanchez tidak dilayangkan kad merah selepas mengasari Thiago Alcantara ketika aksi kemenangan 1-0 Inter Milan menewaskan Liverpool di Anfield awal pagi tadi.
Inter Milan berkunjung ke bumi Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.
Skuad kendalian Simone Inzaghi merupakan satu-satunya pasukan yang ketinggalan dengan dua gol ketika aksi leg pertama sebelum ini.
Rebeca Tavares sends two-word red message to Alexis Sanchez after Fabinho foul in Liverpool v Inter Milanhttps://t.co/vA6frpXVA2
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 8, 2022
Pengurus Inter Milan itu juga turut melakukan beberapa pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding ketika skuad yang tewas 2-0 di San Siro sebelum ini.
Dek kerana Edin Dzeko terlepas beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol ketika aksi leg pertama sebelum ini, Inzaghi memutuskan untuk menurunkan Sanchez dalam kesebelasan utamanya berbanding bekas bintang Man City itu.
Sanchez nampak memberi impak yang positif pada awal perlawanan ini, dengan beliau cemerlang mencipta larian merbahaya pada aksi babak pertama permainan.
Beliau bijak mencari ruang dan mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Liverpool, namun malangnya beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Walau bagaimanapun, bekas bintang Manchester United itu telah melakukan kekasaran yang sangat merbahaya ke atas Thiago Alcantara dan menerima kad kuning di minit-minit akhir aksi babak pertama.
Beliau mengangkat kaki tinggi dan studs bootsnya tepat terkena kaki Fabinho.
Alexis Sánchez has now been sent off more times against Liverpool at Anfield (1) than he has scored goals. 🙃
— Squawka Football (@Squawka) March 8, 2022
Melihat kepada impak dari kekasaran beliau itu, ramai yang percaya pengadil perlawanan tak sepatutnya sekadar melayangkan kad kuning sahaja kepada Sanchez.
Peminat percaya Alexis Sanchez seharusnya dilayangkan kad merah atas kesalahan tersebut dan kerana itu ramai dari mereka yang menghentam pengadil kerana sekadar memberi kad kuning sahaja kepada bintang Inter Milan itu.
Altså? Se på leggen til Thiago etter taklingen. pic.twitter.com/w4q9bkXJ4f
— Engasjert (@engasjertlfc) March 8, 2022
Another look at Alexis Sanchez's slide tackle on Thiago. pic.twitter.com/KVhRueSDnZ
— Not Match of the Day (@NOT_MOTD) March 8, 2022
Lucky Sanchez slightly pulled away otherwise that a red card. pic.twitter.com/fd97IWu9qA
— Vishal 🕉 (@VBG_10) March 8, 2022
https://twitter.com/FVVisCurryDad/status/1501305117781417994?t=9SzojQLHKK7yQezdv-0Nww&s=19
Horrible studs up challenge from Sanchez on Thiago. Belatedly booked
— James Pearce (@JamesPearceLFC) March 8, 2022
“Kad kuning? Kaki dia angkat dan studs dia melekat dekat kaki Fabinho. Saya tak rasa itu hanya kad kuning.”
“Macam mana bukan kad merah? Saya rasa jelas dia patut dibuang padang.”
“Walau dia tetap dibuang padang pada aksi babak kedua, tapi saya yakin dia sepatutnya dah di buang padang lagi awal.”
“Kekasaran dia buat tu betul-betul bahaya, dia boleh menyebabkan Thiago cedera parah.”
Gol padu jaringan Lautaro Martinez gagal bawa Inter ke peringkat suku akhir
Inter Milan berjaya menewaskan Liverpool di Anfield ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi leg kedua, pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi tadi.
Walau bagaimanapun, kemenangan itu gagal untuk membantu Inter Milan mara ke pusingan seterusnya, kerana secara aggregate Liverpool masih mendahului 2-1.
Gol cantik dan padu jaringan Lautaro Martinez mengesahkan kemenangan untuk Inter Milan, namun dua minit selepas beliau meledak gol, gergasi Serie A itu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.
Team news for #LIVINT is in!
It's a special night for Sadio Mane 💫#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) March 8, 2022
Inter Milan tewas dalam aksi leg pertama di pusingan 16 terbaik saingan Champions League di San Siro sebelum ini dengan keputusan 2-0.
Mereka sudah tentu sedar yang mereka perlu mencatatkan kemenangan selesa untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Hanya ada satu pasukan sahaja sebelum ini yang tewas di halaman pertama pada aksi leg pertama, namun berjaya comeback ketika aksi leg kedua di halaman lawan.
Pasukan tersebut adalah Manchester United yang berjaya menyingkirkan Paris Saint Germain pada tahun 2019 yang lalu.
Gergasi Itali itu berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada aksi babak pertama, namun mereka tak henti-henti melancarkan serangan dalam memburu gol.
Selepas bermati-matian memburu gol awal, Inter Milan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama serta gol semangat untuk mereka comeback pada minit ke-60 permainan.
Martinez menerima bola cantik dari Alexis Sanchez, dengan beliau kemudiannya melencongkan bola untuk menewaskan Alisson Becker.
#TODAYMATCH#UCL#UefaChampionsLeague #LIVINT#LiverpoolFC #InterMilan
Liverpool V Inter Milan ➡️ 0-1
Agregat (2-1)⚽ L. Martinez 61' pic.twitter.com/oWXiK4YbuD
— Gocek Score Football (@GocekScoreID) March 8, 2022
Melihat gol tersebut, para penyokong kemudiannya semakin teruja kerana mereka percaya Inter akan mampu lakukan comeback teragung untuk tewaskan Liverpool.
Beberapa minit sahaja selepas para penyokong Inter Milan rasa bersemangat untuk melihat para pemain mereka melakukan comeback, mula rasa menyerah selepas mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.
Sanchez telah dilayangkan kad merah pada minit ke-63 permainan, selepas beliau mengutip kad kuning kedua, seterusnya dibuang padang.
Beliau awalnya sudah melakukan kekasaran yang menyebabkan ramai peminat percaya kesalahan itu perlu dihukum dengan kad merah.
Sanchez walau bagaimanapun ketika itu terselamat dari dilayangkan dengan layangan lad merah, dengan beliau hanya menerima kad kuning sahaja atas kekasaran yang dilakukan terhadap Thiago Alcantara.
Walau awalnya sudah terselamat, namun beliau tetap tidak bertahan lama di atas padang dengan beliau terpaksa mandi awal selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-63 permainan.
Pemain berusia 33 tahun itu menerima kad kuning kedua kerana mengasari Fabinho ketika kedua-dua mereka bergelut untuk memenangi bola.
Inter Milan fans after Lautaro Martinez’ goal vs Inter Milan fans 1 minute later after Alexis Sanchez’ red card pic.twitter.com/Ai2QR1eLUg
— ODDSbible (@ODDSbible) March 8, 2022
Was just writing about how the game was back on after the Martinez goal and then Sanchez got a red 😬
— Elizabeth Helenek (@eli_helenek) March 8, 2022
What a finish that was from Lautauro Martinez. That swerve was 100% deliberate as well, outside of the foot and his follow through was brilliant
Alexis Sanchez has just got himself sent off 20 seconds after Inter’s goal. What an idiot, Inter could have got back in this game.
— FPL Velvet (Connor) (@FplVelvet) March 8, 2022
Sepertinya perlawanan di Anfield boleh berakhir dengan lebih menarik seandainya Sanchez tidak melakukan aksi dungu hingga menyebabkan beliau di buang padang.
Kad merah itu jelas mengganggu Inter Milan untuk melakukan comeback, apa lagi ia dilayangkan selepas beberapa minit sahaja mereka menjaringkan gol dalam perlawanan ini.
Kemenangan ini mengesahkan tempat untuk skuad Liverpool beraksi di peringkat suku akhir, dan The Reds juga sepertinya masih berada di landasan terbaik untuk memenangi quadruple pada musim ini.
Walau tewas di halaman sendiri, namun Liverpool tetap berjaya untuk mara selepas mencatatkan kemenangan secara aggregate.
Liverpool layak ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Inter Milan 2-1 secara aggregate.