Pertarungan Mayweather-McGregor Dalam Format MMA ?

Petinju terkenal, Floyd Mayweather menghangatkan lagi spekulasi mengenai desas-desus pertarungan menentang Connor McGregor dalam format MMA selepas memuat naik video beliau berlatih dalam gelanggang Octagon.

Mayweather melanjutkan rekod tanpa kalahnya kepada 50 pertarungan selepas menewaskan McGregor Ogos tahu lalu di Las Vegas. Beliau mencatat kemenangan menerusi selepas pengadil terpaksa memberhentikan pertarungan pada pusingan ke-10 kerana McGregor dilihat tidak lagi bermaya untuk meneruskan pertarungan.

Pertarungan sarkas termahal dalam sejarah dunia

Hasil kutipan dari pertarungan tersebut dilaporkan mencecah ratusan juta USD dengan kedua-dua petinju membawa pulang minimum $100 juta dari pertarungan itu sahaja.

Sejurus tamat pertarungan tersebut, Mayweather mengumumkan beliau tidak akan lagi bertarung dalam arena tinju profesiona. Tetapi desas-desus mengatakan Mayweather mungkin berminat untuk melawan McGregor sekali lagi dalam format pertarungan MMA.

Dan terbaru, petinju berasal dari Amerika Syarikat ini memuat naik video beliau berada dalam sangkar Octagon, gelanggang yang digunakan bagi pertarungan MMA. Mayweather turut memuat naik gambar beliau memakai sarung tangan MMA di Twitter peribadinya, dengan caption berbunyi ‘Billion Dollar Man’.

Sejurus sahaja tewas di tangan Mayweather Ogos lalu, McGregor menegaskan beliau mahu pertarungan kedua diadakan dengan format MMA.

Selepas melihat tweet terbaru daripada Mayweather, McGregor tentunya tidak akan melepaskan peluang ‘membelasah’ Mayweather dalam gelanggang Octagon jika pertarungan ini dapat direalisasikan. McGregor dilihat secara sinis menyindir Mayweather melalui komennya di Twitter.

“Hahahahahaha baik sekali. Teruskan bekerja keras anakku. Yours Sincerely, Senior.”

Dua hari kemudian, apabila ditanya mengenai prospek pertarungan beliau dengan Mayweather dalam format MMA, McGregor tidak percaya Mayweather berani melakukannya.

“Mayweather akan terus diingati sehingga tamat hayatnya yang beliau takut untuk berhadapan dengan saya dalam gelanggang Octagon.”

“Saya berkata saya akan melakukannya [bertinju] dan saya telah membuktikan yang saya mampu melakukannya. Kini tiba giliran Mayweather [untuk bertarung dalam format MMA]. Keputusan di tangan beliau.”

BACA:  McGregor Menganjing Isteri Poirier Menjelang Pertembungan Mereka Hujung Minggu Ini