Jake Anggap Logan Lebih Handal Dari McGregor Ketika Bertarung Dengan Mayweather

Youtuber sensasi, Jake Paul menegaskan yang Logan Paul sebenarnya telah mempamerkan aksi yang lebih hebat berbanding Conor McGregor ketika bertarung dengan Floyd Mayweather.

Petinju terhebat sepanjang zaman, Floyd Mayweather yang ketika ini sudah berusia 44 tahun pernah bertarung dengan bintang besar UFC, Conor McGregor pada 2017 yang lalu.

Pertarungan tersebut merupakan antara pertembungan terhangat pada ketika itu dan dianggap sebagai blockbuster super fight yang telah dilangsungkan di Las Vegas.

Legenda tinju itu berjaya menewaskan McGregor pada pusingan ke-10 perlawanan mereka untuk melengkapkan rekod 50 kemenangan dalam karier profesionalnya.

Mayweather bersara dari dunia boxing profesional selepas aksi pertarungan bertemu McGregor itu, namun selepas dari itu beliau ada melibatkan diri dalam beberapa siri perlawanan pertunjukan.

Beliau awalnya mengadakan perlawanan pertunjukan ketika beraksi bertemu Tenshin Nasukawa di Japan sebelum bertemu Youtuber, Logan Paul.

Bekas Juara pound-for-pound itu terpaksa beraksi hingga ke pusingan terakhir ketika bertarung dengan Logan di Hard Rock Stadium, Miami awal bulan ini.

Mayweather sendiri turut dikritik teruk kerana gagal untuk menumbangkan Youtuber berusia 26 tahun itu, walaupun beliau jelas mendominasi perlawanan tersebut.

Jake yang ketika ini berusia 24 tahun telah mendakwa yang abangnya, Logan lebih hebat berbanding McGregor ketika bertarung dengan Mayweather.

Bercakap ketika dalam podcast, Impaulsive, beliau menyatakan:

“Walau bagaimanapun, kamu sudah melakukan yang lebih baik berbanding Conor McGregor ketika bertemu Floyd Mayweather.”

Statistik pertarungan antara Logan bertemu Mayweather telah menunjukkan yang boxer legenda itu berjaya melepaskan beberapa tumbukan padu ke arah Youtuber itu berbanding ketika bertemu McGregor.

McGregor membuktikan yang beliau bukan hanya handal di gelanggang UFC, tetapi beliau juga mampu bertarung di gelanggang tinju.

Beliau juga jelas lebih melawan dan turut lebih banyak melancarkan serangan ke atas Mayweather berbanding Logan Paul.

Walau bagaimanapun, petarung Ireland yang ketika ini berusia 32 tahun itu bertarung dengan Mayweather sebanyak 10 pusingan, dua pusingan lebih dari pertarungan Floyd bertemu Logan.

Jake bagaimanapun menolak untuk percaya statistik perlawanan antara Logan bertarung dengan Mayweather dan membandingkan dengan statistik pertarungan beliau bertemu Nate Robinson.

Youtuber sensasi itu memegang rekod tiga kemenangan tanpa kalah, dengan beliau sebelum ini menewaskan bekas bintang NBA itu dalam pusingan kedua perlawanan mereka pada November 2020.

Jake ketika itu menyatakan yang beliau langsung tak rasa ada pukulan dari Robinson ke atasnya ketika pertarungan mereka berdua.

“Saya lihat ramai orang kongsi statistik perlawanan kami, mereka bandingkan statistik itu, statistik tumbukan, tidak,tidak, tidak, berhenti.”

Jelas Jake Paul.

“Statistik hanya menunjukkan seolah kamu telah melakukan satu hal yang tak bagus di mata orang, betul bukan?”

“Tapi dalam perlawanan Jake Paul vs Nate Robinson, ketika mereka kongsikan perbandingan statistik, statistik itu mengatakan yang dia tumbuk saya lapan kali, dan saya hanya tumbuk dia empat kali sahaja.”

“Bro, pergi mampos lah dengan statistik jahanam tu semua. Siapa saja yang tukang kira statistik itu, dia betul-betul tak ada otak.”

“Nate Robinson tak pernah sentuh saya walau sekali pun, dan saya lepaskan berderet tumbukan kepada dia dan tumbangkan dia ke lantai tiga kali. Jadi, macam mana mereka kata saya hanya tumbuk dia empat kali sahaja?”

Jake Paul sememangnya antara yang paling banyak mencetuskan kontroversi ketika perlawanan antara abangnya bertemu Mayweather.

Beliau turut terlibat dalam insiden pergaduhan dengan crew Mayweather ketika sesi promosi perlawanan tersebut, yang mana beliau ketika itu telah memprovokasi Floyd hingga boxer itu hilang sabar.

Jake ketika itu mencabut topi Mayweather dan terus cuba melarikan diri, namun sayangnya beliau ditangkap oleh pengawal peribadi Floyd dan hasilnya beliau kena pukul.

Kedua-dua belah matanya lebam kerana ditumbuk oleh Mayweather dan mulutnya juga dilaporkan berdarah selepas insiden pergaduhan tersebut.

Beliau ketina ini sepertinya dalam usaha untuk mencabar McGregor, mungkin untuk mengajak petarung UFC itu masuk ke gelanggang bersamanya.

BACA:  Ronda Rousey Puji McGregor Kerana Masih Angkuh Walau Sudah Tak Mampu Berdiri