Ronda Rousey Puji McGregor Kerana Masih Angkuh Walau Sudah Tak Mampu Berdiri

Ronda Rousey telah memuji keangkuhan Conor McGregor yang masih angkuh mahu mencabar Poirier walau beliau sudah terduduk tak mampu untuk kembali berdiri di atas kaki sendiri.

McGregor masih mampu untuk mencetuskan kontroversi dalam temu bual selepas tamat perlawanan beliau bertemu Poirier dalam keadaan dirinya hanya duduk bersandar di dalam gelanggang.

Pengakhiran pertarungan McGregor bertemu Poirier buat kali ketiga berakhir dengan keputusan yang agak mengejutkan para peminat seluruh dunia.

Bekas Juara dunia dua division dalam UFC itu terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Poirier selepas kakinya patah tebu dan menyebabkan doktor meminta pengadil menamatkan pertarungan tersebut.

Doktor tidak menunggu lama untuk meminta pengadil menamatkan perlawanan tersebut selepas melihat keadaan kaki McGregor yang ketika itu sudah terduduk dan tak mampu berdiri lagi.

Ia seterusnya memberikan kemenangan kedua kepada Poirier dari tiga pertemuan bertemu McGregor dengan kemenangan pertamanya adalah pada Januari lalu.

Selepas The Diamond tamat temu bual selepas tamat perlawanannya di acara UFC 264 itu, Joe Rogan dengan segera pergi ke arah McGregor untuk menemu bualnya pula.

Dengan kakinya yang ketika itu sudah patah, The Notorious terus mencabar petarung dari Amerika itu untuk rematch.

Bekas Juara UFC Wanita, Ronda Rousey kemudiannya telah memuat naik status di laman twitter untuk memuji bintang sukan terkaya menurut Forbes pada tahun 2020 itu.

Ronda begitu teruja dengan kemampuan McGregor yang masih mampu menunjukkan kemampuan beliau dalam cabar mencabar walau sedang mengalami kecederaan parah.

Tidak dinafikan sememangnya ramai yang kagum melihat McGregor masih ada muka untuk mencabar Poirier dengan keadaan beliau baru saja kalah.

Apa lagi melihatkan kakinya sudah patah seperti itu, jelas McGregor mempunyai muka tembok dengan masih merasakan beliau masih lagi seorang petarung yang hebat.

Belum tentu ada petarung lain yang mampu untuk melakukan hal yang sama ditambah pula McGregor yang kononnya mahu memastikan Poirier diusung keluar gelanggang, sebaliknya beliau yang terpaksa diusung.

Selain pujian dari Ronda Rousey, jurulatih McGregor, John Kavanagh telah mengkritik Rogan kerana masih mahu menemu bual petarung dari Ireland yang sedang sakit itu di atas gelanggang.

“Kaki dia jelas sudah terkulai. Ia jelas patah antara fibula dan tibia, ia memang nampak dengan jelas, kaki dia dah macam tu.”

Jelas Kavanagh.

“Kamu boleh bayangkan hormon dia ketika itu yang membuak-buak dan apa yang berlaku dalam badan dia, kesakitan dia, dia menderita. Dan tiba-tiba seseorang duduk di sebelah dia dan hulurkan microphone di depan muka dia. ‘Apa kamu rasa tentang pengakhiran?’

“Jangan. Janganlah! Bila dia pernah rasa tak angkuh setiap kali lepas lawan? Bawa dia ke belakang pentas, berikan dia rawatan rapi dari doktor. Beri doktor X-ray keadaan kaki dia.”

Ketika build up pertarungan pertama mereka pada 2014, yang mana McGregor ketika itu menang, semuanya agak baik untuk beliau.

Namun tujuh tahun selepas itu, McGregor dua kali dikejutkan dengan kekalahan yang teruk ditangan lawan atau musuh tradisinya itu.

Ronda Rousey ketika kariernya bersama UFC

Poirier memenangi rematch pertama mereka pada Januari lalu, dan beliau ketika itu dilihat berpeluang untuk bertarung merebut kejuaraan.

Namun Poirier tetap memutuskan untuk sekali lagi bertemu dengan McGregor seterusnya mengakhiri trilogy perlawanan terhebat sepanjang zaman UFC.

Pada kali ini, McGregor yang dilihat sudah insaf ketika perlawanan kedua mereka, kembali ke watak beliau yang asal.

Beliau kembali menggunakan helah keji dalam mempromosikan perlawanan mereka dengan ‘trash talk’ yang agak keterlaluan.

Bahkan, selepas beliau tewas dan sudah tidak mampu bangun, beliau masih tetap meneruskan ‘trash talk’ dan mencabar Poirier untuk sekali lagi bertarung dengannya.

Petarung berusia 32 tahun itu masih terus mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya dengan mencabar Poirier dan turut mengugut untuk membunuh petarung Amerika itu bersama isterinya.

Jika mereka berdua benar-benar bertarung sekali lagi, maka ia tentu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Namun untuk poket UFC, tidak mustahil mereka akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan perlawanan keempat itu akan berlaku tahun hadapan.

Sumber: ESPN

SB

BACA:  McGregor Sah Akan Terlibat Dalam Pertarungan Tinju Kerusi Roda