Berapa Mayweather Peroleh Dari Perlawanan Bertemu Logan Paul?

Floyd Mayweather sememangnya lebih terkenal ketika berbica tentang duit berbanding boxing.

Beliau bukan hanya legenda boxing yang bersara dengan rekod 50-0, namun beliau juga merupakan seorang atlet yang menjana begitu banyak duit melalui dunia sukan ini sepanjang kariernya.

Dan ‘Money’ Mayweather dijangka akan sekali lagi memperoleh keuntungan besar dengan bertarung bertemu Youtuber terkenal, Logan Paul.

Pertarungan mereka dianggap ‘prank’ oleh segelintir peminat, namun siapa saja yang akan menolak $30 juta sebelum bertarung lagi dalam ‘prank’ yang dimaksudkan.

Ya, Mayweather sudah memperoleh keuntungan bernilai $30 juta hanya dari build up perlawanan antaranya bertemu Logan Paul.

“Untuk build up setakat ini, saya sudah buat lebih kurang $30 juta.”

Jelas Mayweather.

Mayweather kemudiannya telah ditanya adakah beliau akan dapat jana lebih pendapatan dari pertarungan ini, dan beliau menjawab:

“Sudah tentu, ia sudah semestinya. Saya boleh dapat $50 juta ke $100 juta. Ia nilai yang tidak begitu teruk untuk tahap seperti Mayweather.”

Ia sebenarnya satu nilai yang sangat luar biasa menakjubkan untuk perlawanan yang mana ramai orang anggap ‘prank’ ini.

Walau bagaimanapun, selain duit, Mayweather turut merasakan perlawanan ini tidak adil untuk dirinya.

“Bagi saya ia adalah win-win tapi untuk saya sendiri no-win kerana jika saya tumbangkan dia pada pusingan pertama, mereka tentu akan, ‘aduh ini langsung tak berbaloi.”

“Jika saya biarkan perlawanan berlanjutan beberapa pusingan dan habiskan dia, mereka akan kata, ‘aduh, dengan Youtuber pun dia boleh lawan banyak pusingan.”

“Tapi, itulah dia. Kita akan berseronok hujung minggu nanti.”

Rasanya Mayweather mempunyai pemikiran yang benar, memang itulah reaksi para peminat untuk aksi perlawananya nanti.

Andai beliau kalah, tentunya semakin teruk reaksi yang akan diterima oleh beliau. Namun Mayweather mungkin tidak habis di sini saja dengan beliau sedang berkira-kira untuk bertarung dengan Jake Paul pula selepas ini.

“Selepas Logan, kemungkinan Jake. Kita tak akan tahu. Kita akan lihat nanti.”

Jelas beliau lagi.

Seandainya Mayweather benar-benar bersetuju untuk bertarung dengan Jake Paul yang memegang rekod tiga kemenangan berturut-turut itu, ia tentu sangat menarik untuk disaksikan.

BACA:  UFC: Khabib Mahu 'Bertinju' Dengan Floyd Mayweather