Pacquiao: Mayweather Mahu ‘Rematch’

Petinju tersohor Filipina, Manny Pacquiao memberitahu beliau telah berbincang dengan Floyd Mayweather mengenai pertarungan tinju di antara mereka berdua , tetapi sebarang keputusan mengenai perkara tersebut tidak akan diambil sebelum tahun baru.

Pacquiao berkata demikian dalam satu sidang media di New York menjelang pertarungan beliau menentang Adrien Broner yang dijadualkan bakal berlangsung pada 19 Januari ini.

‘Fight of the Century’ berakhir dengan penuh kekecewaan

Pacquiao juga berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pihak Mayweather ketika petinju Amerika itu berada di Jepun dua minggu.

“Ketika saya berjumpa dengan Floyd di Jepun, kami ada berbual dan beliau berkata mahu keluar dari persaraan untuk mencabar saya.”

“Apa yang saya tahu adalah bertinju di dalam gelanggang untuk menghiburkan peminat. Itu kerja saya. Floyd sudah keluar dari persaraan dan kita akan tahu lebih lanjut mengenai perkara ini selepas pertarungan ini [menentang Adrien Broner].”

Kedua-dua petinju ini boleh dikategorikan sebagai petinju legenda kerana masing-masing memiliki reputasi yang hebat disamping memecahkan beberapa rekod dalam sukan tinju. Seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam sukan tinju.

Pacquiao hanya akan berbicnang dengan Floyd selepas beliau selesai bertinju dengan Broner

Selepas bertahun-tahun berbincang untuk bertarung. Mayweather dan Pacquiao akhirnya mencapai persetujuan untuk bertarung pada tahun 2015. Pertarungan tersebut mendapat jolokan sebagai ‘Pertarungan Kurun Ini’. Namun begitu, ia berlangsung tidak seperti yang dijangka peminat tinju seluruh dunia walaupun menerima kutipan tertinggi dalam sejarah.

Mayweather berjaya menewaskan Pacquiao menerusi keputusan pengadil dan mengekalkan rekod tanpa kalahnya.

Sejak itu, pelbagai spekulasi mula berlegar mengenai kemungkinan ‘rematch’ di antara dua petinju ini walaupun masing-masing telah memasuki usia emas dalam sukan tinju.

Mayweather dipetik berkata pada September lalu yang beliau bersedia untuk turun ke gelanggang sekali lagi bagi berhadapan dengan Pacquiao.

“Saya akan kembali untuk bertarung dengan Manny Pacquiao tahun ini. Lagi duit 9 angka bakal masuk dalam poket saya.”

Pacquiao pula enggan terlalu memikirkan spekulasi tersebut kerana mahu fokus terhadap pertarungannya dengan Broner tidak lama lagi. Beliau akan bertarung di Amerika Syarikat buat kali pertama selepas dua tahun.

Mayweather dakwa beliau akan bertarung dengan Pacquiao dan bakal meraih duit sebanyak 9 angka. Gila

“Saya tidak boleh memandang rendah Broner dalam pertarungan ini. Saya hanya akan berbincang dengan Floyd Mayweather selepas pertarungan ini selesai.”

Pacquiao yang kini berusia 39 tahun akan berhadapan dengan Broner di MGM Grand Garden, Las Vegas untuk mempertahankan tali pinggang WBA World Welterweight yang dimenanginya di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Pacquiao memiliki rekod 60-7, dengan dua pertarungan berakhir dengan seri dan mempunyai 39 ‘knockouts’ dalam kariernya yang bermula sejak tahun 1995. Broner pula mempunyai rekod 33-3, satu seri dan 24 ‘knockouts’.

BACA:  Mayweather Dedah Beliau Sudah Peroleh $30 Juta Dari Build Up Perlawanan Bertemu Logan