Mayweather Dedah Beliau Sudah Peroleh $30 Juta Dari Build Up Perlawanan Bertemu Logan

Floyd ‘Money’ Mayweather mendakwa yang beliau telah memperoleh keuntungan bernilai sekurang-kurangnya $30 juta dalam build up pertarungan bertemu Youtuber sensasi, Logan Paul.

Belum bertumbuk dah dapat $30 juta, bayangkan bertapa bernilainya seorang atlet Emas seperti Mayweather.

Floyd Mayweather menganggap ia hanya salah satu cara mudah untuk beliau buat duit, dan beliau selepas ini akan berdepan dengan Logan Paul pada hari Ahad ini.

Juara Dunia sukan boxing itu bakal bertarung dengan Paul di Hard Rock Stadium esok.

Dan dengan pertarungan tersebut berbaki satu hari sahaja sebelum dimulakan, Mayweather telah membuat dakwaan yang beliau sudah memperoleh keuntungan $30 juta tanpa melepaskan satu tumbukan pun lagi.

Apa yang menariknya lagi, nilai $30 juta itu boleh meningkat sehingga $100 juta secara keseluruhannya.

“Saya akan bertarung dengan seorang Youtuber yang merasa diri dia petarung sebenar dan saya dapat duit yang banyak dari situ. Saya sudah dapat $30 juta hanya dari build up perlawanan ini sahaja.”

Jelas Mayweather kepada wartawan di Versace Mansion di Miami Beach.

“Ini bukan pertarungan sebenar untuk saya, tapi ini pertarungan sebenar untuk dia.”

“Saya bersara dari dunia boxing, tapi saya masih belum bersara dari dunia hiburan dan saya belum bersara dari buat duit.”

Mayweather merupakan bekas Juara dunia dari lima division dengan beliau bersara dari boxing selepas mencatatkan rekod 50 kemenangan tanpa kekalahan sepanjang kariernya.

Sementara lawan beliau esok, Logan Paul merupakan seorang Youtuber yang baru bertarung secara profesional sekali sahaja sebelum ini.

Perlawanan debut Logan Paul adalah bertemu seorang lagi Youtuber, KSI yang mana beliau tewas dalam pertarungan tersebut.

Dalam siri terbaru, True Geordie Podcast, Paul mendakwa yang Mayweather mencuba untuk membunuhnya menjelang pertarungan aneh yang menemukan kedua-dua mereka.

“Dia cakap ini bukan perlawanan sebenar, habis ni perlawanan apa yang berlangsung tiga minit satu pusingan dan dilangsungkan sebanyak lapan pusingan?”

“Kamu tau, ini pertarungan. Floyd tidak mahu bertarung dengan saya sebelum adik saya mencabut topi dia, dan sekarang dia cuba untuk bunuh saya.”

“Dia sedang cuba untuk menunjukkan contoh kepada abang, jadi yang adik akan menderita melihat dan menyaksikan.”

“Saya tak tahu tapi jika kamu menonton Scarface, itulah apa yang cuba dia lakukan.”

Perlawanan antara Mayweather bertemu Logan Paul akan dilangsungkan esok, dan siapa agaknya akan memenangi perlawanan tersebut?

Bincangkan di ruangan komen.

BACA:  Mayweather Berminat Mahu Membeli Newcastle United