Mayweather Mahu Patahkan Leher Jake Paul Andai Bersikap Biadap Terhadapnya Lagi

Floyd Mayweather telah memberi amaran keras kepada Jake Paul yang beliau akan membelasah dan mematahkan tengkuk Youtuber itu seandainya sekali lagi bersikap biadap terhadapnya.

Bekas Juara pound-for-pound yang dianggap sebagai maharaja dalam dunia sukan boxing itu akan bertarung dengan Logan Paul pada hujung minggu ini.

Namun ketika sesi promosi untuk perlawanan mereka pada hujung minggu lalu, Mayweather telah terlibat dalam satu pergaduhan besar dengan adik kepada Logan, Jake Paul.

Floyd bengang dengan sikap biadap Paul yang mencabut dan merampas topi dari kepalanya dan menyebabkan berlakunya pergaduhan besar antara mereka.

Siaran TV Amerika Syarikat, Showtime telah berkongsi video rakaman berkait insiden tersebut dan turut bertanya kepada Mayweather apa yang beliau reaksi beliau berkait kejadian tersebut.

Mayweather jelas terkesan dan langsung tidak gembira dengan apa yang berlaku dan beliau menegaskan hal itu tidak akan dilupakan dan beliau tidak akan memaafkan Jake Paul.

Bercakap tentang kecederaan di muka Jake Paul selepas insiden tersebut, Mayweather menyatakan:

“Saya tak suka dipermain-mainkan. Saya bukan bahan gurauan, ia merupakan satu hal yang sangat biadap.”

“Sebab tu kamu akhirnya balik dengan lebam dua-dua biji mata, hidung kamu berdarah dan gigi kamu patah.”

“Buat hal lagi dengan saya lepas ni, kamu akan berakhir dengan memakai neck brace.”

Jake Paul awalnya telah diharamkan dari perlawanan hujung minggu ini yang menemukan legenda boxing yang kini berusia 44 tahun, Floyd Mayweather dan Youtuber berusia 26 tahun, Logan Paul.

Namun begitu, larangan tersebut telah ditarik balik dan Mayweather berpeluang untuk tibai dua beradik Paul pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun, Jake Paul sebenarnya perlu beri tumpuan untuk perlawanan yang melibatkan dirinya sendiri tidak lama lagi.

Bekas Juara Dunia UFC, Tyron Woodley telah dipilih sebagai lawan untuk Jake Paul dalam perlawanan keempat beliau di pentas Pro Boxing.

Walau bagaimanapun, sesakit mana pun kesakitan yang dirasai oleh ahli sukan tempur ini, peminat sepertinya bakal disajikan dengan aksi antara Mayweather bertemu Jake Paul tidak lama lagi dek kerana banyaknya permintaan.

Apa lagi selepas Jake dibelasah oleh Floyd kemarin, beliau tentunya mahu membalas dendam.

Jake sebenarnya merupakan petarung yang lebih hebat berbanding abangnya, Logan dengan beliau mempunyai rekod tiga kemenangan berturut-turut secara KO.

Sementara abangnya Logan, beliau sebelum ini telah mencatatkan kekalahan ketika aksi pertarungan bertemu seorang lagi Youtuber, KSI.

Jake selepas insiden pergaduhan dengan Mayweather, beliau terus menganjing petinju legenda itu dan menganggap tumbukannya langsung tak kuat.

Beliau mendedahkan kepada Showtime:

“Ia merupakan uppercut. Kamu dengar bunyi dia. Pengawal dia memegang saya dari belakang dan muka saya seperti ini dan dia cuma, ‘what the ****?’ dan terus tumbuk muka saya.”

“Dia bengang dan menjerit mahu membunuh saya dan ia sangat kelakar sebenarnya… Saya beritahu abang saya ini, ‘pukulan dia langsung tak menyakitkan.”

Adakah Jake Paul akan memakai topi baru, atau beliau benar-benar akan memakai neck brace selepas ini?

Detik hujung minggu ini tentunya menjadi detik paling dinanti-nantikan oleh para peminat yang mahu melihat pertarungan mereka.

BACA:  Pertarungan Mayweather-McGregor Dalam Format MMA ?