Floyd Mayweather Gagal Menumbangkan Logan Paul

Logan Paul telah mengeluarkan segala tenaga dan skill yang beliau miliki ketika bertarung dengan Floyd Mayweather pagi tadi.

Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk melakukan serangan yang betul-betul boleh memberi kesan pada legenda Pound-for-pound boxing itu dalam perlawanan tersebut.

Walau mempunyai kelebihan fizikal yang lebih besar, tinggi dan stamina yang lebih banyak memandangkan usianya masih muda, Logan gagal untuk tandingi pengalaman yang dimiliki oleh Mayweather.

Kedua-dua mereka telah bertarung sebanyak lapan pusingan dalam pertarungan yang dilangsungkan di Hard Rock Stadium, Miami itu.

Ia merupakan sesuatu hal yang tak dijangkakan memandangkan ramai percaya Floyd akan menumbangkan Logan Paul di pusingan pertama atau setidaknya kedua.

Berbekalkan rekod 50 perlawanan profesional tanpa kalah, jelas Mayweather mempunyai kelebihan besar bertemu Youtuber itu.

Walau bagaimanapun, perlawanan yang dianggap β€˜prank’ ini berakhir dengan benar-benar membuat peminat rasa di Prank dengan tiada pemenang diumumkan.

Tiada kiraan mata untuk perlawanan tersebut yang mana hanya knockout sahaja yang akan diambil kira.

Harapan peminat untuk melihat Floyd menidurkan Logan dalam masa yang singkat seperti beliau lakukan ketika bertemu kickboxer Japan, Tenshin Nasukawa pada Disember 2018 lebur.

Logan Paul berjaya menyelamatkan diri dengan tak henti-henti memeluk Floyd untuk mengelak dari diserang dan hasilnya beliau berjaya membawa Mayweather beraksi sebanyak lapan pusingan.

Ketika perlawanan berlangsung, Money Mayweather sempat melepaskan beberapa das tumbukan padu yang tepat mengenai muka Paul.

Paul juga berjaya melepaskan tumbukan dan sempat menggunakan jurus seribu penumbuk tanpa henti dalam usahanya untuk menidurkan Floyd.

Paul nampak pancit dan tidak bertenaga sejak aksi pusingan kedua dan beliau nampak lembik seperti itu hingga 20 saat terakhir sebelum tamat perlawanan.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau banyak mengelak dengan memeluk Mayweather dan 20 saat sebelum perlawanan tamat, barulah beliau bersemangat sebab tahu perlawanan dah habis.

Apa silap utama Logan? Ya beliau terlalu aggressive pada pusingan pertama dengan melepaskan jurus 1000 tumbukan tanpa henti.

Youtuber berusia 26 tahun itu melepaskan jurus 1000 tumbukan tapi sayangnya satu pun tak kena tepat. Sedih bukan?

Floyd sememangnya terkenal dengan kemampuan mengelaknya yang hebat dan dalam perlawanan ini, beliau membuktikan walau sudah tua, kemampuan tersebut masih berguna untuknya.

Bayangkan saja Logan Paul menghayun lebih dari 3000 penumbuk tapi satu pun tak kena tepat, bukan sebab tangan Paul tak dibedung, tapi Mayweather memang master of defense.

Apa yang pasti, kedua-dua mereka berdamai pada akhir perlawanan dengan saling puji memuji.

Berlawan pun dah membosankan boleh pula diorang bakar peminat dengan tunjuk sesi luah perasaan macam orang bercinta.

Walau kedua-dua mereka berusaha untuk membuktikan perlawanan ini bukan β€˜prank’ tapi hasilnya tetap membuktikan baik tak payah berlawan.

Apa yang pasti, Mayweather pulang dengan riang, muka bersih tak bengkak, poket bengkak dengan memperoleh Β£50 ke Β£100 juta.

Floyd Mayweather berjaya memperoleh pendapatan yang luar biasa lumayan tanpa buat kerja di Florida.

BACA:Β  Jake Anggap Logan Lebih Handal Dari McGregor Ketika Bertarung Dengan Mayweather