Piala AFF 2020: Kemboja 1-3 Malaysia

Saingan kumpulan B memulakan aksi di Piala AFF 2020 selepas Thailand dan pasukan tuan rumah, Singapura berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan permbukaan.

Malaysia bertemu kemboja yang dibimbing pemain legenda Jepun, Keisuke Honda di Stadium Bishan, Singapura, perlawanan yang wajib menang untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kemboja tidak boleh dipandang rendah walaupun mempunyai rekod yang agak teruk dan kekuatan mereka agak misteri dan tidak boleh dipandang rendah serta terlebih yakin.

Pemain penyerang Kemboja, Chan Vathanaka yang pernah merumput di liga Malaysia masih lagi menjadi tonggak pasukan kemboja, kualiti dan ketajaman pemain ini masih lagi berbisa.

Guilherme De Paula yang sentiasa hilang dalam perlawanan masih masih lagi diberi kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk merobek gol lawan.

Di usia 35 tahun ini peluang terakhir Guilherme De Paula perlu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Tepat jam lima tiga puluh petang, Kemboja dan Malaysia merasmikan perlawanan pembukaan kumpulan B yang turut dihuni oleh Indonesia, Vietnam dan Laos.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu mencuba dengan satu tandukan yang berpunca dari sepakan percuma dan Harimau Malaya datang lagi untuk sepakan penjuru pula.

Minit ke-4 aksi keras sudah ditunjukkan Kemboja apabila mengasari Akhyar Rashid untuk sepakan percuma kedua.

Kemboja datang menyerang dan telah menyebabkan pertahanan Malaysia kelam-kabut dan Kemboja mendapat sepakan penjuru pertama.

Rembatan jauh leret Safawi Rasid telah memaksa penjaga gol Kemboja, Keo Soksela melayangkan badan.

Pemain yang dituduh sebagai pemain pilihan Netizen telah melakukan satu percubaan bahaya dengan satu acahan badan yang memukau.

Akhirnya Malaysia berjaya berada dihadapan hasil jaringan penalti Safawi Rasid selepas Akhyar Rashid telah dikasari dalam kotak penalti pada minit ke-23.

Pada minit ke-25 Junior Eldstal telah dikeluarkan dan pemain muda Mukhairi Ajmal dimasukkan.

Kemboja sesekali datang menyerang tapi sangat bahaya ini kerana gandingan pertahanan Malaysia sangat teruk dan huru-hara.

Sentuhan penyudah tumpul Kemboja dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan gawang Malaysia.

Situasi sama dialami serangan Malaysia untuk menggandakan kedudukan dengan beberapa percubaan dari Akhyar Rashid dan juga Guilherme De Paula.

Kedudukan 1-0 kekal hingga berakhir 45 minit pertama dengan permainan yang tidak jelas dan agak hambar dipamerkan kedua-dua pasukan.

Keserasian jelas tiada dalam pasukan Malaysia. Separuh masa kedua menyaksikan Kemboja memperkemaskan permainan dan mula menguasai perlawanan.

Baddrol Bakhtiar hadir dengan satu rembatan padu yang sedikit tersasar dan selepas itu Akhyar Rashid menggandakan kedudukan.

Hantaran lolos cantik Syafiq Ahmad yang membelah padang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Akhyar Rashid dengan gerakan solo.

Akhyar telah dicabar dua pemain Kemboja namun menghantar mereka ke tanah dengan satu tarikan bola ke belakang.

Guilherme De Paula hadir memberi sokongan namun Akhyar memilih untuk menyudahkan sendiri gerakannya itu untuk gol kedua.

Akhyar berlari keriangan dan De Paula hanya melihat tiada kegembiraan dari De Paula yang terus dikeluarkan dan digantikan dengan Luqman Hakim.

Satu gerakan cantik dilakukan oleh Akhyar dan satu suapan cantik dibekalkan kepada Safawi Rasid namun satu sepakan lemah sahaja mampu dilepaskan.

Kogileswaran yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol ketiga selepas menolak mudah hantaran Luqman Hakim.

Kontroversi tercetus dipenghujung perlawanan apabila, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Kemboja.

Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menangkap kemas bola dituduh melakukan kekasaran ke atas pemain Kemboja. Bola dalam dakapan dah tu.

Kad kuning untuk Khairul Fahmi Che Mat dan Kemboja menjaringkan gol saguhati dari sepakan penalti melalui Sath Rosib.

Kesebelasan utama Malaysia vs Kemboja

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)

Pertahanan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)
Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)

Tengah

Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)
Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)

Penyerang

Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)

Pemain Simpanan

Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)

Tidak disenaraikan

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)
Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)

BACA:Β  Sang Garuda Berjaya Ikat Si Naga Emas