Filipina telah menampilkan aksi gila dalam perlawanan kedua mereka dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 apabila membelasah pasukan Timor Lester tujuh jaringan tanpa balas, dengan enam gol telah dijaringkan dalam separuh masa pertama.
Keenam-enam gol tersebut terhasil dalam tempoh 25 minit menerusi Martin Steuble, Amin Nazari, Angel Guirado, Patrick Reichelt, Jesper Nyholm dan juga Bienvenido Maranon.
Kevin Ingreso muncul pemain ketujuh menjaringkan gol lewat separuh masa kedua dalam persembahan yang membuktikan bahawa pasukan negara kepulautan tersebut bakal memberikan cabaran untuk mendapatkan slot ke separuh akhir.
Ketua jurulatih, Stewart Hall, mengatakan bahawa para pemainnya benar-benar mengikut perancangan yang telah disediakan dan melakukan perkara yang sepatutnya mereka lakukan.
“Aku sememangnya rasa gembira dengan keputusan ni. Sebelum perlawanan aku dah bagi tiga sasaran – pertama menang perlawanan, keduanya jaringkan gol dan ketiganya adalah mendahului lawan sebab aku nak buat perubahan dan gunakan pemain simpanan.
“Kami memulakan perlawanan dengan gagah perkasa dan pantas, tekan lawan di kawasan tinggi, lancarkan hantaran dengan cepat, dapatkan lencongan ke dalam dan kami dapat keputusan menepati objektif kami.”
Meskipun menjaringkan gol yang banyak dalam separuh masa pertama, gol pertama hanya hadir pada minit ke-21 di mana rembatan padu kaki kiri Steuble menjadikan bola meluru laju ke arah penjaga gol Timor Leste, Aderito, yang kemudiannya gagal menampan kemas bola tersebut.
Perkara sama juga berlaku sepuluh minit kemudian apabila satu hantaran lintang dari sebelah kiri menerusi Stephen Schrock telah sampai ke kaki Amin Nazari. Bekas pemain Kedah tersebut melakukan rembatan padu dan bola menyelinap masuk ke celah-celah jari Aderito.
Empat minit kemudian, Guirado menanduk masuk bola hantaran Schrock juga dari sebelah kiri padang. Kalau ikutkan tandukan tersebut tidaklah laju sangat tapi cukup untuk mengelirukan Aderito sekali lagi.
Bagaikan menjemput tetamu datang ke rumah, Timor Leste terus menggamit kedatangan pasukan Filipina ke gawang mereka. Pada minit ke-39, aksi longlai pertahanan Timor Leste yang membuka ruang terlalu besar telah memberi laluan kepada Reichelt untuk menerima bola tanpa dikawal dan kemudiannya melepaskan satu rembatan padu berhampiran dengan kotak enam ela pasukan lawan.
Pada minit ke-44, Jesper Nyholm menjaringkan gol pertamanya buat Filipina apabila menanduk mudah bola hantaran dari sepakan sudut. Dia yang tinggi lampai langsung tidak dikawal di dalam kotak penalti oleh pemain Timor Leste.
Seminit kemudian, Schrock sekali lagi menjadi arkitek utama gol Filipina apabial hantarannya dari sebelah kiri padang gagal ditampan kuat oleh Aderito lalu menyebabkan bola muntah ke hadapan penyerang yang baru sahaja dinaturalisasi, Bienvenido Maranon.
Penyerang kelahiran Sepanyol yang pernah muncul sebagai penjaring terbanyak Piala AFC tersebut kemudiannya melepaskan satu rembatan dan hanya mampu dilihat oleh para pemain Timor Leste.
Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran pemain bermulanya separuh masa kedua tetapi perlawanan boleh dikatakan sudahpun tamat lebih awal dengan rentak dan kelajuan permainan di separuh masa pertama tidak dibawa ke separuh masa kedua, dengan ada beberapa tandukan berbahaya daripada Filipina menjelang 60 minit permainan.
Penyerang Timor Leste Paulo Gali mendapat satu-satunya peluang untuk menjaringkan gol buat negaranya apabila tendangan percumanya dari permukaan kotak penalti Filipina meluru tepat ke arah penjaga gol, Kevin Hansen yang hanya menyentuh bola sekali sahaja sepanjang baki 30 minit perlawanan.
⚽ A goal and an Assist 🅰️, a solid night's work for this midfielder
🇵🇭 Kevin Ingreso is your #TLSvPHI @Oppo Man of the Match!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #OPPOA95 | #TheSmartPerformer pic.twitter.com/Qze8HSIKQv
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 11, 2021
Ingresso kemudian menutup petang yang gemilang buat Filipina dengan gol ketujuh pasukannya apabila dia merembat kencang tanpa dikawal di dalam kotak penalti pasukan Timor Leste, selepas menerima bola tandukan cut back daripada Daisuke Sato.
Bagi Timor Leste, ini adalah pengajaran yang berguna kepada mereka selepas tewas ketiga-tiga perlawanan dalam kempen kejohanan pada tahun ini.
Jurulatih, Fabio Marcel, bagaimanapun masih mampu melihat sisi positif meskipun dikitai paling teruk dalam perlawanan ini berbanding perlawanan lalu.
“Susah nak kabo macam mana dan aku tak suka salahkan pemain tapi separuh masa pertama tu memang cam haram kitorang main dan yang acah-acah pemain senior tu patut rasa bertanggungjawab lah. Hujung-hujung tu aku terpaksa masukkan pemain muda untuk cuba mengubah dan hentikan kemaluan ini.
“Sekali lagi kita nampak perbezaan yang dibawa oleh Gali dan kau boleh tulis tarikh yang aku cakap ni – 11 Disember 2021, sebab kalau dia boleh tinggalkan Timor nanti dalam masa tiga tahun lagi dia akan jadi pemain terbaik di Asia.”
Sumber : AFF