Piala Dunia 2022: Brazil 2-0 Serbia

Brazil pasukan yang dicanang-canang sebagai calon juara Piala Dunia 2022 yang berada di kumpulan terakhir iaitu kumpulan G akhirnya turun memulakan aksi menentang Serbia.

Berada bersama dua lagi pasukan iaitu Switzerland dan Cameroon dilihat tiada masalah buat Brazil untuk ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan.

Brazil memulakan perjalanan Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 menentang Serbia yang berdaya tahan dan agak kebal benteng mereka.

Brazil gagal untuk benar-benar bangkit pada separuh masa pertama, dengan mengambil masa lebih 20 minit untuk Brazil mencatatkan percubaan tepat.

Serbia, yang tidak pernah kalah dalam perlawanan kelayakan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan memberi jalan mudah untuk Brazil.

Skuad kendalian Dragan Stojkovic berdiri teguh di bahagian pertahanan dan melihat melakukan serangan balas apabila berpeluang.

Permainan yang agak berat sebelah di separuh masa pertama di mana Brazil bukan sahaja menguasai perlawanan malahan bertali arus melakukan serangan namun Serbia tenang.

Bersambung babak kedua Brazil semakin rancak dan menggila untuk mencari gol pendahuluan.

Brazil jauh lebih baik pada separuh masa kedua bagaimanapun dan mungkin mendahului 1-0 dalam masa 40 saat, percubaan Raphinha berjaya diselamatkan dengan bijak oleh Milinkovic-Savic dari jarak dekat.

Anak buah bimbingan Tite terus menyerang dan menyerang demi mencari sebiji gol.

Percubaan Alex Sandro menerjah tiang dari jarak jauh dengan satu usaha yang cemerlang tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk Brazil mencari kejayaan.

Selepas sejam berhempas pulas mencari gol pembukaan akhirnya Richarlison berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Serbia.

Neymar memulakan gerakan dengan membawa bola masuk ke kotak dan Vinicius Jr menyambar untuk melakukan satu rembatan deras.

Penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic membuat tepisan malangnya bola pergi ke laluan larian Richarlison yang terus melakukan tolakan.

Serbia bertindak balas dengan sangat baik apabila ketinggalan 1-0, melakukan serangan tetapi semuanya gagal menghadirkan bahaya buat Brazil.

Hanya satu pembukaan diperlukan untuk membolehkan gol lain datang menyusul dan Richarlison meledak lagi pada minit ke-73.

Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik.

Maka satu gol power telah terhasil di Piala Dunia 2022 selepas gol Takuma Asona dari Jepun melalui sudut sempit.

Lima minit selepas jaringan kedua, Richarlison direhatkan lalu digantikan dengan pemain berbisa Arsenal, Gabriel Jesus.

Pada minit ke-81 , Fred hampir menjaringkan gol ketiga melalui rembatan lencong jarak jauh penuh bersahaja tetapi telah dinafikan oleh palang pula.

Persembahan separuh masa kedua yang sangat mengagumkan dari Brazil yang memulakan kempen mereka dengan sebaik mungkin.

Richarlison sekali lagi membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.

Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.

Kesebelasan Utama Brazil (4-2-3-1) Alisson; Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Alex Sandro; Casemiro, Lucas Paqueta; Raphinha, Neymar, Vinicius Jr; Richarlison.

Pemain Simpanan : Weverton, Ederson, Fred, Dani Alves, Eder Militao, Fabinho, Alex Telles, Bruno Guimaraes, Gabriel Jesus, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Bremer, Pedro, Martinelli.

Kesebelasan UtamaSerbia (3-4-2-1) V Milinkovic-Savic; Veljkovic, Milenkovic, Pavlovic; Zivkovic, Lukic, Gudelj, Mladenovic; Tadic, S Milinkovic-Savic; A Mitrovic.

Pemain Simpanan : Dmitrovic, Rajkovic, Erakovic, Maksimovic, Radonjic, Jovic, S Mitrovic, Babic, Kostic, Vlahovic, Racic, Djuricic, Lazovic, Ilic, Grujic.

Pengadil Perlawanan : Alireza Faghani (Iran).

BACA:  Gol Lipat Padu Colombia Gagal Benam Brazil Dengan Gol Kontroversi