Pemain tengah Manchester United, Carlos Henrique Casimiro telah muncul menjadi wira Brazil apabila membawa pasukan Samba itu ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022.
Dalam perlawanan kedua kumpulan G Piala Dunia 2022, Brazil bertemu Switzerlan dan masing-masing mahukan kemenangan bagi memastikan tempat lebih awal.
Brazil ternyata dominan dalam perlawanan ini seperti perlawanan yang pertama apabila mendominasi perlawanan tanpa membenarkan Switzerland bernafas.
Vinicius Jr mempunyai peluang terbaik meletakkan Brazil di depan pada minit ke-26 namun rembatannya tidak tepat mengenai bola dan diselamatkan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer.
Round of 16 β
Casemiro was the difference maker today for Brazil π§π·#FIFAWorldCup | #Qatar2022
β FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2022
Switzerland cuba untuk melawan tetapi tidak mampu menggugat dan menghadirkan sebarang bahaya ke kubu Brazil, walaupun Alisson Becker hampir melakukan aksi kelakar.
Sejarah tercipta buat Switzerland apabila mereka mencatatkan hanya satu percubaan pada separuh masa pertama menyamai statistik mereka lakukan di separuh masa pertama pada Piala Dunia 1966 dan juga pada 2010 ketika menang menentang Sepanyol.
Bersambung babak kedua pada minit ke-64 akhirnya Vinicius Jr berjaya menjaringkan gol pertama dengan satu rembetan lencong yang meleret ke penjuru gawang.
1- Switzerland had just one shot before half-time, their joint-lowest amount in the first half of a World Cup match since 1966, also only one in 2010 in their win against Spain. Repeat? #BRASUI #FIFAWorldCup pic.twitter.com/5BwzzonmPI
β OptaFranz (@OptaFranz) November 28, 2022
Namun pengadil dengan bantuan Video Assistant Referee (VAR) telah membatalkan jaringan itu dan membuatkan ramai bingung celah mana Vinicius offside.
Rodrygo telah mencuri bola lalu dihantar kepada Casemiro yang terus melepaskan bola kepada Vinicius Jr yang tidak dikawal. Vinicius offside lebih awal ketika menolak bola kepada Casemiro.
Berbaki 6 minit masa permainan, Casemiro akhirnya menemui sentuhan penyudah dengan satu rembatan memotong bola dari hantaran Rodrygo.
Who will join Brazil in the Round of 16 from Group G?#FIFAWorldCup | #Qatar2022
β FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2022
Bola sedikit terbias pemain Switzerland dan itu sudah cukup untuk menggagalkan percubaan Yann Sommer menyelamatkan bola.
Brazil sudah layak ke pusingan seterusnya dan dalam situasi selesa untuk perlawanan ketiga selaku juara kumpulan G.
Ketiadaan Neymar yang cedera dibuku lali memberi impak kepada ketajaman Brazil namun mereka tetap harungi perlawanan dengan kemenangan.
Ini merupakan kali ke-14 Brazil berjaya lepas peringkat kumpulan Piala Dunia secara berturut-turut.
Kesebelasan Utama Brazil: Alisson Becker, Eder Militao, Marquinhos, Thiago Silva, Alex Sandro, Lucas Paqueta, Casemiro, Fred, Raphinha, Richarlison, Vinicius Junior.
Pemain Simpanan: Weverton, Dani Alves, Fabinho, Alex Telles, Bruno Guimaraes, Gabriel Jesus, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Ederson, Bremer, Pedro, Martinelli.
Kesebelasan Utama Switzerland: Yann Sommer, Widmer, Akanji, Elvedi, Rodriguez, Freuler, Granit Xhaka, Vargas, Sow, Rieder, Embolo.
Pemain Simpanan: Fernandes, Zakaria, Seferovic, Steffen, Omlin, Aebischer, Fassnacht, Comert, Frei, Kobel, Schar, Xherdan Shaqiri, Kohn, Jashari.
Pengadil Perlawanan: IvΓ‘n Barton (El Salvador).
Brazil 2-0 Serbia
Brazil pasukan yang dicanang-canang sebagai calon juara Piala Dunia 2022 yang berada di kumpulan terakhir iaitu kumpulan G akhirnya turun memulakan aksi menentang Serbia.
Berada bersama dua lagi pasukan iaitu Switzerland dan Cameroon dilihat tiada masalah buat Brazil untuk ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan.
Brazil memulakan perjalanan Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 menentang Serbia yang berdaya tahan dan agak kebal benteng mereka.
Brazil gagal untuk benar-benar bangkit pada separuh masa pertama, dengan mengambil masa lebih 20 minit untuk Brazil mencatatkan percubaan tepat.
Serbia, yang tidak pernah kalah dalam perlawanan kelayakan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan memberi jalan mudah untuk Brazil.
Save the best for last?
It's the end of MD1, and here are 11 reasons why Brazil have a 19.3% chance of winning the #FIFAWorldCup #BRASRB pic.twitter.com/qHdcsg0zMr
β Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 24, 2022
Skuad kendalian Dragan Stojkovic berdiri teguh di bahagian pertahanan dan melihat melakukan serangan balas apabila berpeluang.
Permainan yang agak berat sebelah di separuh masa pertama di mana Brazil bukan sahaja menguasai perlawanan malahan bertali arus melakukan serangan namun Serbia tenang.
Bersambung babak kedua Brazil semakin rancak dan menggila untuk mencari gol pendahuluan.
Brazil jauh lebih baik pada separuh masa kedua bagaimanapun dan mungkin mendahului 1-0 dalam masa 40 saat, percubaan Raphinha berjaya diselamatkan dengan bijak oleh Milinkovic-Savic dari jarak dekat.
Anak buah bimbingan Tite terus menyerang dan menyerang demi mencari sebiji gol.
We were eagerly waiting for this game but it's contained less xG at half-time than any other #FIFAWorldCup game so far⦠pic.twitter.com/fxRTd4Gj82
β Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 24, 2022
Percubaan Alex Sandro menerjah tiang dari jarak jauh dengan satu usaha yang cemerlang tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk Brazil mencari kejayaan.
Selepas sejam berhempas pulas mencari gol pembukaan akhirnya Richarlison berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Serbia.
Neymar memulakan gerakan dengan membawa bola masuk ke kotak dan Vinicius Jr menyambar untuk melakukan satu rembatan deras.
Penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic membuat tepisan malangnya bola pergi ke laluan larian Richarlison yang terus melakukan tolakan.
Serbia bertindak balas dengan sangat baik apabila ketinggalan 1-0, melakukan serangan tetapi semuanya gagal menghadirkan bahaya buat Brazil.
RICHARLISON THAT WAS OUTRAGEOUS π€― pic.twitter.com/kcQYUYvMDi
β GOAL (@goal) November 24, 2022
Hanya satu pembukaan diperlukan untuk membolehkan gol lain datang menyusul dan Richarlison meledak lagi pada minit ke-73.
Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik.
Maka satu gol power telah terhasil di Piala Dunia 2022 selepas gol Takuma Asona dari Jepun melalui sudut sempit.
Lima minit selepas jaringan kedua, Richarlison direhatkan lalu digantikan dengan pemain berbisa Arsenal, Gabriel Jesus.
Brazil 2-0 Serbia: Brazil are here to win the tournament, and Richarlison is here to win the golden boot and goal of the tournament.#BRASRB #FIFAWorldCup pic.twitter.com/QPffGIRsR3
β Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 24, 2022
Pada minit ke-81 , Fred hampir menjaringkan gol ketiga melalui rembatan lencong jarak jauh penuh bersahaja tetapi telah dinafikan oleh palang pula.
Persembahan separuh masa kedua yang sangat mengagumkan dari Brazil yang memulakan kempen mereka dengan sebaik mungkin.
Richarlison sekali lagi membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.
Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.
Kesebelasan Utama Brazil (4-2-3-1) Alisson; Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Alex Sandro; Casemiro, Lucas Paqueta; Raphinha, Neymar, Vinicius Jr; Richarlison.
Pemain Simpanan : Weverton, Ederson, Fred, Dani Alves, Eder Militao, Fabinho, Alex Telles, Bruno Guimaraes, Gabriel Jesus, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Bremer, Pedro, Martinelli.
Kesebelasan UtamaSerbia (3-4-2-1) V Milinkovic-Savic; Veljkovic, Milenkovic, Pavlovic; Zivkovic, Lukic, Gudelj, Mladenovic; Tadic, S Milinkovic-Savic; A Mitrovic.
Pemain Simpanan : Dmitrovic, Rajkovic, Erakovic, Maksimovic, Radonjic, Jovic, S Mitrovic, Babic, Kostic, Vlahovic, Racic, Djuricic, Lazovic, Ilic, Grujic.
Pengadil Perlawanan : Alireza Faghani (Iran).