Pochettino Yakin Spurs Akan Dapat Bermain Di Stadium Baru Sebelum Krismas

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino berkata beliau yakin Spurs akan dapat bermain di stadium baru sebelum Krismas menjelma.

Tottenham terpaksa melupakan hasrat mereka untuk bermain di gelanggang baru mereka yang dikenali Tottenham Hotspurs Stadium kerana beberapa masalah teknikal yang berlaku ketika pembinaan.

Buat masa sekarang, Wembely merupakan ‘rumah’ kepada Spurs

Mengikut jadual asal, Spurs sepatutnya dapat menggunakan stadium tersebut untuk perlawanan menentang Liverpool pada 15 September tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka kerana stadium itu masih belum selamat untuk digunakan.

Akibatnya, Spurs terpaksa menggunakan Stadium Wembley buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembinaan selesai dan stadium baru tersebut selamat untuk digunakan. Spurs juga memindahkan beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris dan aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah ke stadium Wembley.

Bagi pertemuan pusingan ke-3 Piala Carabao menentang Watford awal pagi nanti, Spurs yang juga tuan rumah untuk perlawanan tersebut terpaksa menukar venue perlawanan ke Milton Keynes.

Namun begitu, Pochettino berkata pihak yang bertanggungjawab membina stadium telah menunjukkan kemajuan yang baik dan percaya stadium itu akan siap untuk digunakan sebelum Krismas iaitu sebelum perlawanan Boxing Day.

Stadium yang dibina bersebelahan White Hart Lane ini gagal disiapkan mengikut jadual

“Saya yakin. Saya percaya stadium baru kami akan siap tahun ini. Saya ada berbincang dengan Daniel Levy [pengerusi Tottenham] mengenai perkara ini. Beliau juga yakin ia akan mampu dilaksanakan.”

“Semua pihak yang terlibat sedang berusaha keras untuk mencari jalan penyelesaian. Saya amat berharap Tottenham akan mampu menggunakan stadium tersebut sebelum tahun baru atau sebelum Krismas. Itu harapan saya sekarang.”

“Saya dan Levy bercakap setiap hari. Levy ada menelefon saya sebelum sesi latihan dan pada hari Isnin lalu, kami minum kopi bersama dekat restoren berdekatan.”

“Kadang kala dia beritahu saya sesuatu, kadang kala dia ada bercakap mengenai stadium, dan kadangkala saya akan bertanya kepadanya mengenai hal stadium. Susah untuk menerangkan isu tersebut di sini.”

“Tetapi mengikut apa yang diberitahu pihak atasan, saya yakin stadium baru kami akan siap untuk digunakan sebelum tahun baru.”

“Saya berharap Levy tidak akan ‘bunuh’ saya selepas kamu [pihak media] mendengar jawapan saya ini.”

Pochettino turun padang untuk melihat stadium baru. Lambat siapa sebab tak cukup indon agaknya

Spurs akan menghadapi Watford dalam pusingan ke-3 Piala Carabao awal pagi nanti dan berharap tidak akan mengikut jejak langkah Manchester United yang ditunjukkan jalan keluar oleh Derby County walaupun beraksi di tempat sendiri.

Selepas itu, Tottenham akan berkunjung ke Huddersfield hujung minggu ini bagi saingan Liga Perdana Inggeris dan beberapa hari kemudian, mereka bakal melayan kunjugan gergasi Eropah, Barcelona dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

BACA:  Man City Tetap Didakwa Oleh FA Walaupun Haaland Tidak Didapati Bersalah