Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Dustin Poirier akan masuk ke gelanggang octagon untuk berdepan dengan Conor McGregor.
Ia merupakan satu pertembungan trilogy terhebat dalam sejarah yang mana kedua-dua mereka akan bertemu buat kali ketiga di acara UFC 264 nanti.
Petarung dari Amerika yang ketika ini berusia 32 tahun itu sudah meramalkan apa sebenarnya yang akan berlaku di acara tersebut nanti.
The final chapter in the trilogy will be written on July 10. See UFC 264: POIRIER VS. MCGREGOR 3 on the big screen at select AMC locations. Get your tickets to see who will be victorious! https://t.co/Xs6WkjmhDr pic.twitter.com/bN0OJjnwOM
— AMC Theatres (@AMCTheatres) July 3, 2021
‘The Diamond’ duduk dalam satu temu bual bersama ESPN untuk membincangkan tentang persiapan beliau dan jangkaan beliau tentang pertarungan bertemu petarung dari Ireland itu nanti.
Dalam temu bual yang sangat menarik bersama Brett Okamoto itu, Poirier dengan tenang telah mendedahkan tentang bagaimana pendekatan yang akan diguna pakai oleh McGregor dalam perlawanan itu nanti.
Beliau bukan hanya mendedahkan tentang taktik, dan teknik McGregor sahaja, Poirier turut beri tips kepada petarung Ireland itu tentang cara bagaimana untuk menewaskannya di T-Mobile Arena nanti.
“Jelas sekali dia akan cuba untuk tendang betis (calf kick) saya ketika saya cuba untuk jatuhkan dia.”
Jelas Poirier.
“Saya tak akan gunakan calf kicks. Saya yakin dia akan gunakan calf kicks untuk serang saya, saya yakin. Saya sekarang tengah berlatih untuk berdepan dengan calf kicks di sini. Tapi saya langsung tak berlatih untuk menggunakannya.”
“Saya rasa dia akan jadi lebih aggressive dan dia tak akan biarkan perlawanan terus berlanjutan. Seperti yang berlaku sebelum ini, kalau kami bertarung sambil berdiri, saya semakin selesa, dan dia sedar hal itu sambil berfikir, ‘ah tak guna, budak ini boleh bertarung.’
😳 😱 🤯
What was your reaction to that last meeting between Dustin Poirier and Conor McGregor?! pic.twitter.com/vUFZ6J9qrx
— UFC Europe (@UFCEurope) July 1, 2021
“Jika saya adalah dia, saya akan cuba untuk lepaskan serangan awal dan pastikan diri saya (lawan) hilang rentak kerana jika perlawanan ini masuk ke pusingan kedua, ketiga dan keempat, dan kita akan mula penat dari situ, dan kita akan cari rentak dan keluarkan segalanya, bila dapat rentak maka saya akan menang pertaruhan itu dengan mudah.”
Fight Week!! pic.twitter.com/AdFQuZCxho
— The Diamond (@DustinPoirier) July 4, 2021
Poirier turut menegaskan yang McGregor turut akan berdepan dengan tekanan untuk turun dalam pertarungan ini kerana memikirkan kekalahan beliau di acara UFC 257 pada Januari lalu.
“Semuanya akan dipertaruhkan oleh dia.”
Sambung Poirier lagi.
“Dia bukan bertarung sebab duit lagi. Dia bertarung kali ini sebab maruah, untuk harga diri, untuk buktikan dia masih penting dalam kategori 155lbs ini. Itu bahaya sebenarnya.”
“Dia datang kali ini bukan untuk dimalukan lagi, bukan untuk ditumbangkan lagi atau bukan untuk ditewaskan lagi. Dia akan datang kali ini untuk bina semula empayer McGregor di tempat yang selayaknya.”
The #UFC264 main card! 😍
Just 20 days to go! pic.twitter.com/xFbWnzxUEo
— UFC on BT Sport (@btsportufc) June 20, 2021
McGregor sementara itu ketika ini sedang bersedia untuk menunjukkan sesuatu pada aksi hujung minggu nanti.
“Saya akan pastikan dia terima satu tendangan padu di kepala dia,”
Jelas McGregor ketika sesi soal jawab bersama peminat di siaran langsung Instagram miliknya.
“Malam ini memang banyak senjata yang akan digunakan, itu sudah tentu. Dia mahu seni bela diri campuran? Dia tentu akan dapatkannya.”
“Saya sibuk berusaha keras. Saya akan beri sepenuh tumpuan, saya sudah bersedia dengan seni bela diri campuran. Tidak akan ada hal lain melainkan seni bela diri campuran, jadi saya bersedia untuk persembahkannya nanti.”
Bahkan, pada April lalu, beliau telah meramalkan apa yang akan berlaku dalam perlawanan antara beliau dengan Poirier dalam satu muat naik di laman instagram miliknya.
Poirier and McGregor's trilogy bout headlines a stacked card.
IT'S #UFC264 FIGHT WEEK 🔥 pic.twitter.com/PzfzWiv50w
— ESPN MMA (@espnmma) July 5, 2021
“Saya akan memenangi trilogy perlawanan ini dengan satu sepakan padu tepat ke hidung dia.”
Tulis beliau.
“Pusingan keempat, hidung dia perlu diluruskan dan saya adalah Rhinoplasty.”
Pertarungan ketiga yang akan menemukan kedua-dua pertarung ini tentu sangat untuk ditonton dengan kedua-dua mereka mahukan kemenangan.
Dari dua pertembungan sebelum ini, McGregor menang dalam pertemuan pertama, manakala Poirier pula berjaya memenangi pertembungan kedua antara mereka.
Mark your calendars! This Thursday, Conor McGregor and Dustin Poirier come face to face at the #UFC264 press conference ahead of fight number three. pic.twitter.com/gDZPDAFj7s
— The Mac Life (@TheMacLife) July 5, 2021
Tentunya kedua-dua mereka mahu memenangi perlawanan ketiga ini seterusnya menutup trilogy perlawanan tersebut sebagai pemenang.
Bak kata Poirier, McGregor kali ini turun bertarung bukan kerana duit lagi, tetapi demi maruahnya, maka tidak salah lagi pertembungan antara kedua-dua mereka akan menyajikan aksi yang menarik dan berbaloi untuk ditonton.
Sumber: SB