Premier League 2020/21: West Bromwich Albion 1-2 Liverpool

Penyandang juara yang kecundang, Liverpool turun untuk perlawanan yang tiada pilihan lain bagi mereka selain mencatatkan kemenangan bagi meneruskan impian Champions League mereka musim hadapan.

Menentang pasukan yang telah tersingkir ke liga Championship musim hadapan yang dibimbing Sam Allerdyce kesukaran dan kekentalan pertahanan menjadi ujian terbesar.

Liverpool kehilangan Diogo Jota yang mengalami kecederaan kaki dan menyaksikan kempen pemain Portugal itu bagi musim ini sudah pun berakhir.

Sadio Mane yang kurang ajar dan biadap kerana tidak mahu bersalaman dengan Jurgen Klopp selepas menewaskan Manchester United diturunkan seperti tiada apa yang terjadi.

Ketumpulan dan kesenduan pemain penyerang Liverpool yang seakan sudah pulih selepas kemenangan ke atas Setan Merah berterusan dalam perlawanan ini.

Sadio Mane mempamerkan aksi yang sangat teruk dan bermain seperti tidak berakal walaupun mecipta assist untuk gol penyamaan Mohamed Salah.

West Bromwich Albion terlebih dahulu mengejutkan Liverpool dengan berada di depan pada minit ke-15 hasil jaringan Hal Robson-Kanu yang melakukan satu penyudah yang tenang.

Mohamed Salah kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 melalui satu rembatan padu selepas menerima tolakan Sadio Mane. Gol penyamaan yang melegakan.

Kemudian Roberto Firmino pula telah melakukan satu rembatan cantik tapi sayang bola sekadar menggegar palang.

Kesenduan Liverpool untuk mencari gol pendahuluan berterusan mereka menyerang tetapi tidak bisa dan berbahaya untuk menembusi benteng pertahanan West Bromwich Albion.

Gandingan Fabinho dan Thiago Alcantara tidak dapat dinafikan lagi tiada ubatnya menguasai bahagian tengah dengan penuh yakin tanpa rasa melekit tapi tidak di jentera seranang.

Gol Sadio Mane yang buta kayu pada awal separuh masa kedua telah dibatalkan kerana offside.

Tolakan mudah Kyle Bartley telah meletakkan kembali West Bromwich Albion dihadapan yang berpunca daripada sepakan penjuru dan Liverpool bernasib baik.

Gol itu dibatalkan selepas Matt Phillips yang berada dalam kedudukan offside telah menghalang pandang Alisson Becker apabila terpacak dihadapan penjaga gol Liverpool itu.

Liverpool terus menjadi Liverpool yang kau kenali untuk tahun ini langsung tidak bergigi untuk mencari gol tambahan.

Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, Liverpool memperoleh sepakan penjuru, Alisson Becker yang bosan di bawah naik untuk turut sama menambahkan kepadatan pemain Liverpool dalam kotak penalti.

Sepakan penjuru Trent Alexander Arnold merupakan peluang terakhir Liverpool dan pengadil akan meniup wisel penamat bila-bila masa.

Bola sepakan cantik Trent Alexander Arnold tepat menuju ke arah Alisson Becker yang tidak dikawal mungkin dianggap tidak mampu memberi ancaman.

Tandukan cantik, padu, tepat, sendat dengan sedikit flick daripada Alisson Becker berjaya menewaskan penjaga gol West Bromich Albion, Sam Johnstone.

Seluruh dunia tidak kira peminat atau pembenci Liverpool pasti menjerit melihat jaringan yang penuh dramatik dan agak gila itu.

Alisson Becker menjadi penjaga gol Liverpool pertama yang menjaringkan gol sejak kelab paling hebat di muka bumi ini diwujudkan pada tahun 1892. Lejen.

Secara keseluruhannya Alisson Becker menjadi penjaga gol ke-6 menjaringkan gol di Premier League dan penjaga gol yang pertama menjaringkan gol melalui tandukan.

West Bromwich Albion ( 4-4-1-1): Sam Johnstone; Darnell Furlong, Kyle Bartley, Semi Ajayi, Conor Townsend; Grady Diangana, Okay Yokuslu, Matthew Phillips, Pereira; Conor Gallagher; Hal Robson-Kanu.

Subs: David Button, Callum Robinson, Jake Livermore, Mbaye Diagne, Lee Peltier, Dara O’Shea, Karlan Grant, Ainsley Maitland-Niles, Taylor Gardner-Hickman.

Liverpool (4-3-3): Alisson Becker; Trent Alexander Arnold, Nathaniel Phillips, Rhys Williams, Robertson; Thiago Alcantara, Fabinho, Curtis Jones; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.

Subs: Adrian, Georginio Wijnaldum, Konstantinos Tsimikas, Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Benjamin Woodburn, Leighton Clarkson, Neco Williams, Billy Koumetio.

Star of the show: Mike Dean (Wirral)

BACA:  Detik Menyentuh Perasaan Alisson Becker Memberi Kejutan Kepada Peminat Liverpool Yang Menyelamatkan Pesakit Leukemia