Liverpool melayan kunjungan Chelsea ke bumi Anfield untuk aksi perlawanan ketiga dalam saingan Premier League musim 2021/22.
Kedua-dua pasukan memulakan saingan liga musim ini dengan sangat cemerlang, selepas masing-masing mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan awal liga.
Perlawanan ini bakal menentukan siapa yang akan terus menerajui liga dengan kedua-dua pasukan bakal menurunkan skuad terbaik yang mereka miliki.
Liverpool's last eight Premier League games:
WWWWWWWD
Chelsea end the Reds' winning streak. 🤝 pic.twitter.com/fR5iGgAkII
— William Hill (@WilliamHill) August 28, 2021
Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat, memandangkan mereka sedang berada dalam rentak persembahan terbaik masing-masing.
Paling dinantikan dari perlawanan ini adalah pertembungan antara Lukaku dan Van Dijk yang mana mereka dianggap antara pemain terhebat dunia di posisi masing-masing pada ketika ini.
Penyerang terhebat dunia, bertemu pertahanan terbaik dunia, ia jelas bakal menyajikan aksi yang bakal memberi kepuasan pada para penyokong.
Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan dilihat bersemangat untuk memburu gol awal dengan mereka saling berbalas serangan.
Cesar Azpilicueta for Chelsea against Liverpool:
◉ Most touches (79)
◉ Most passes (53)
◉ Most clearances (9)
◉ Joint-most tackles (6)Putting in a captains performance for the Blues. pic.twitter.com/GqKgEaIpfW
— Squawka Football (@Squawka) August 28, 2021
Pada minit ke-3, gawang Chelsea telah diuji oleh Harvey Elliott yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti.
Lima minit pertama permainan, Liverpool dilihat lebih mendominasi dengan bola sentiasa berlegar di kawasan Chelsea.
Pada minit ke-9, Trent Alexander Arnold berjaya melakukan hantaran membelah padang mencari Jordan Henderson, namun ketua pasukan Liverpool itu gagal menyudahkan hantaran cantik tersebut dengan jaringan.
Perlawanan dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun belum ada percubaan yang betul-betul berbahaya yang berjaya dihasilkan.
15 minit pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas dengan Liverpool dilihat sedikit mendominasi penguasaan bola.
Chelsea played with 10 men for 45 minutes and still stopped Liverpool from creating any big chance.
Thomas Tuchel has made Chelsea a defensive powerhouse.
Fantastic job! 👏 pic.twitter.com/FwTqDHWMRK
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) August 28, 2021
Persembahan kedua-dua pasukan setakat 20 minit pertama permainan sangat menarik untuk disaksikan walau tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.
Pada minit ke-22 permainan, Chelsea akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan Kai Havertz membuka tirai jaringan hasil dari sepakan sudut yang diambil oleh Reece James.
James menghantar bola tepat menemui kepala Havertz yang kemudiannya melepaskan tandukan kebelakang menewaskan Alisson Becker.
Gawang Liverpool akhirnya dibolosi buat kali pertama selepas mereka mengharungi tiga perlawanan sepanjang musim baharu ini.
Minit ke-25 hingga 30 tempo perlawanan agak perlahan namun kedua-dua pasukan masih tetap mempamerkan aksi saling berbalas serangan.
Chelsea and Liverpool share the spoils 🤝 pic.twitter.com/iUGYSPfsg9
— 433 (@433) August 28, 2021
Masuk minit ke-40, keputusan masih kekal Chelsea mendahului permainan dengan keputusan 1-0, dengan persembahan kedua-dua pasukan kekal menghiburkan.
Pada minit ke-45, keadaan huru hara di dalam kotak penalti Chelsea ketika Liverpool mengambil sepakan penjuru, dengan bola didakwa terkena tangan Reece James.
Pengadil meneruskan permainan, namun para pemain Liverpool membantah keputusannya dan menegaskan yang bola sememangnya terkena tangan Reece James.
Pengadil kemudian merujuk VAR, dan hasilnya Liverpool dihadiahkan sepakan penalti dan Reece James dilayangkan dengan layangan kad merah.
Mo Salah tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut, seterusnya mengikat kedudukan menjadi 1-1 sebelum tamat aksi babak pertama.
Agree with these player ratings from @IanDoyleSport? #lfc https://t.co/0XKeIRzMXG
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 28, 2021
Ketika Salah meraikan jaringan, telah berlaku perbalahan antara Henderson dan Mendy dan menyebabkan keadaan agak panas.
Pengadil kemudiannya melayangkan kad kuning pada Mendy dan para pemain Chelsea dlihat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.
Keputusan kekal 1-1 hingga tamat aksi babak pertama dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.
Babak kedua bermula dengan Liverpool lebih mendominasi mungkin kerana mempunyai kelebihan seorang pemain, dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Chelsea.
Penalty. Red card. Goal.
Liverpool v Chelsea has IGNITED 🔥 pic.twitter.com/Le3W7uQZWd
— Goal (@goal) August 28, 2021
Liverpool kerap melakukan percubaan dari luar kotak penalti dengan mereka beberapa kali berpeluang untuk menambah jaringan, namun digagalkan oleh Mendy.
Pada minit ke-61, Mendy hampir saja menghadiahkan gol percuma kepada Liverpool selepas sepakan golnya tepat menemui Sadio Mane yang berada di hadapan kotak penalti.
Mujur saja sentuhan pertama Mane agak teruk dan keadaan berjaya dikawal oleh barisan pertahanan Chelsea.
Masuk minit ke-70 permainan, Chelsea dilihat lebih banyak bertahan kerana Liverpool senantiasa menyerang dan sesekali mereka turut berusaha mengatur serangan ke gawang Alisson.
Perlawanan mulai perlahan menjelang minit ke-80 dengan kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam merencana gerakan.
Chelsea’s central defenders contested a combined 15 ground duels vs. Liverpool today — they won 14.
Really solid stuff. 🔒🔒🔒 pic.twitter.com/vAtvwaGXn7
— Statman Dave (@StatmanDave) August 28, 2021
10 minit terakhir, Liverpool terus mengasak kubu Chelsea namun kesemua percubaan mereka berjaya diselamatkan oleh Mendy.
Tidak dinafikan lagi penjaga gol Chelsea ini layak diberikan anugerah pemain terbaik dalam perlawanan ini dengan beliau banyak melakukan aksi penyelamatan.
Chelsea berjaya bertahan dengan baik dan memastikan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata.
Chelsea dan Liverpool kini terikat tujuh mata bersama West Ham dan Everton di kedudukan empat teratas dalam carta liga, dengan kesemua mereka masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.
Edouard Mendy made six saves against Liverpool today; the joint-most by a goalkeeper this season and the most by a Chelsea keeper since the 2018/19 season.
[@Squawka] pic.twitter.com/VANOs7EMjz
— ChelseaFCBlogs (@ChelseaFCBlogs_) August 28, 2021
Chelsea mungkin berpuas hati dengan keputusan perlawanan ini, namun Liverpool jelas agak terkilan gagal mendapatkan tiga mata penuh, sedangkan mereka berpeluang besar untuk mendapatkannya.
LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 6.5; Alexander-Arnold 6.5, Matip 6.5, Van Dijk 8, Robertson 6.5; Fabinho 6.5 (Tsimikas 86, 6), Henderson 6 (Thiago 74, 6), Elliott 7, Firmino 5 (Jota 43, 7), Mane 7, Salah 7
Pemain simpanan: Kelleher (GK), Konate, Keita, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Minamino
Penjaring – Salah 45
Kad kuning – tiada
Pengurus – Jurgen Klopp 6.5
CHELSEA (3-4-3): Mendy 7; Azpilicueta 6.5, Christensen 6.5, Rudiger 6; James 4, Kante 8 (Kovacic 45, 6.5), Jorginho 6.5 (Chalobah 87, 6), Alonso 6.5; Havertz 7 (Thiago Silva 45, 6), Lukaku 6.5, Mount 6.5
FT Liverpool 1-1 Chelsea
Ten man Blues hold on for entire second half in tense evening at Anfield
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 28, 2021
Pemain simpanan – Arrizabalaga, Werner, Loftus-Cheek, Hudson-Odoi, Chilwell, Ziyech
Penjaring – Havertz 22
Kad kuning – Mendy, Rudiger
Kad Merah: James
Pengurus: Thomas Tuchel 7
Pengadil: Anthony Taylor
Sumber line up: Daily Mail