Arsenal berkunjung ke bumi Etihad untuk beraksi bertemu Manchester City, dalam aksi perlawanan ketiga saingan Premier League musim ini.
Selepas mencatatkan dua kekalahan awal, Arsenal bertekad untuk bangkit dan menewaskan City di halaman mereka sendiri.
Arteta baru-baru ini menegaskan yang beliau yakin anak-anak buahnya bakal membuat kejutan, dan akan menewaskan City di Etihad.
🏆 Back in @PremierLeague action!
🥁 Introducing your lineup for this afternoon's game…
🔜 #MCIARS
— Arsenal (@Arsenal) August 28, 2021
Beliau turut mendedahkan yang skuadnya dilihat agak hambar dalam dua perlawanan awal kerana mereka kehilangan ramai pemain utama.
Ketika aksi bertemu West Brom dalam saingan League Cup minggu lalu, Arsenal berjaya menurunkan skuad terbaik mereka, dan hasilnya skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya mencatatkan kemenangan 6-0.
Dalam aksi bertemu City, Arsenal masih belum mampu menurunkan kesebelasan terbaik mereka, namun tetap menggunakan barisan pemain terbaik yang dimiliki oleh kelab.
City sementara itu sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 menewaskan Norwich pada minggu lalu.
Arsenal have failed to record a single shot on target in a Premier League game for the first time since MD37 during the 2019/20 season.
They only managed just one shot against Manchester City. pic.twitter.com/G1A8IGuOW2
— Squawka Football (@Squawka) August 28, 2021
Skuad kendalian Pep Guardiola itu memulakan kempen saingan liga dengan mencatatkan kekalahan 1-0 di tangan Tottenham Hotspur, namun mereka kembali bangkit dan sedang berada dalam suasana mahu meraih kemenangan.
Arsenal menjanjikan bakal memberi saingan kepada City dan bertekad untuk setidak-tidaknya membawa pulang satu mata dari bumi Etihad.
Dua minit pertama perlawanan berlangsung agak seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat saling berusaha untuk melancarkan serangan ke kubu lawan.
Arsenal dilihat sedikit dominan dalam lima minit pertama permainan, dengan mereka lebih kerap menguasai bola berbanding Manchester City.
In the 2nd half of today's game, Arsenal had 32 touches in the Manchester City half.
Riyad Mahrez came on in the 61st minute and had 38 touches in the Arsenal half. pic.twitter.com/oFZmz4DsSB
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) August 28, 2021
Walau bagaimanapun, pada minit ke-6, IIkay Gundogan berjaya membuka tirai jaringan untuk The Citizens, selepas beliau menyudahkan bola umpanan cantik dari Jesus.
Jesus membawa bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum melambungkan ke dalam kotak penalti, dengan Calum Chambers dilihat cuba untuk mengeluarkan bola tersebut.
Namun Chambers gagal untuk menanduk keluar bola umpanan Jesus dan ia ditanduk masuk oleh Gundogan untuk menewaskan Bernd Leno.
Tiga minit kemudian, Gundogan hampir saja untuk menggandakan kedudukan, namun mujur bola tandukan beliau diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal.
Pada minit ke-11, hasil dari sudut sepakan percuma, City berjaya melakukan build up yang disudahi dengan jaringan yang dijaringkan oleh Ferran Torres.
Jack Grealish created more chances (6) than any other player on the pitch against Arsenal.
It's the most by a Manchester City player in a Premier League game this season. pic.twitter.com/mmK8iz4mPG
— Squawka Football (@Squawka) August 28, 2021
Para pemain Arsenal membantah gol tersebut kerana merasakan Laporte mengasari pemain mereka di dalam kotak ketika build up gol tersebut.
Pengadil kemudiannya merujuk VAR dan memutuskan untuk membenarkan gol tersebut, seterusnya mengesahkan City mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Lima minit kemudian, Ferran Torres hampir saja menambah koleksi jaringan beliau dalam perlawanan ini, namun mujur percubaan beliau sedikit lemah dan terkeluar dari kawasan permainan.
Ederson yang bosan menunggu di gawang golnya telah melakukan satu kesilapan dungu pada minit ke-19 permainan, dan hampir saja memberikan gol percuma kepada Gunners.
Arsenal have lost their first two Premier League games this season.
They’re currently down 3-0 at Manchester City with a player sent off at half-time. 😳 @brfootball pic.twitter.com/S6a5aghR8a
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 28, 2021
Beliau ketika itu saling bertukar hantaran dengan barisan pertahanannya, namun entah apa yang berlaku, bola hantarannya terkena kaki Smith Rowe dan mujur saja bola tersebut sekadar lalu saja di hadapan gawang golnya.
20 minit perlawanan berlangsung, City berjaya mendominasi permainan dan kerap melancarkan serangan ke kubu gawang Arsenal.
Pada minit ke-26 permainan, Ederson sekali lagi melakukan kesilapan dungu dan hampir menghadiahkan gol percuma kepada Arsenal. Mungkin beliau perlukan perhatian dan merasa terabai dalam perlawanan ini.
Mujur saja Xhaka berada dalam kedudukan offside dan kesilapannya itu tidak menghasilkan gol pada pasukan Arsenal.
Arsenal received more red cards (1) than they had shots on target (0) in the first half against Manchester City. 😳 pic.twitter.com/QiI4cfMwCP
— Squawka Football (@Squawka) August 28, 2021
Pada minit ke-30 permainan, Manchester City menguasai hampir 72% penguasaan bola dalam perlawanan ini dengan Arsenal dilihat sudah mula hilang arah.
Keadaan semakin buruk untuk skuad Mikel Arteta, selepas Granit Xhaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35 permainan, kerana melakukan terjahan keras ke atas Joao Cancelo.
Pada minit ke-40 permainan, Manchester City sudah menguasai 71% penguasaan bola, sementara Arsenal hanya mampu berkampung di kawasan mereka sendiri sahaja.
Pada minit ke-42, Manchester City berjaya memperoleh gol ketika mereka hasil jaringan dari Gabriel Jesus hasil umpanan cantik dari Jack Grealish.
7’: Manchester City 1-0 Arsenal
12’: Manchester City 2-0 Arsenal— B/R Football (@brfootball) August 28, 2021
Bekas bintang Aston Villa itu membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Arsenal, dan melorongkan bola cantik ke kawasan tengah dari sudut tepi.
Bola tersebut tepat menemui Jesus yang kemudiannya hanya melakukan satu tolakan mudah untuk menewaskan Bernd Leno.
Sebelum tamat aksi separuh masa, City tidak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Arsenal, namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.
Tamat aksi babak pertama permainan, Manchester City berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0, sementara Arsenal dilihat seperti sudah tidak mampu untuk terus bermain.
Masuk babak kedua, City terus mengasak kubu Arsenal dengan mereka melancarkan beberapa siri serangan yang berpotensi untuk menambah jaringan.
HT: Manchester City 3-0 Arsenal#MCIARS
— Arsenal (@Arsenal) August 28, 2021
Pada minit ke-51, Rodri menambah derita Arsenal selepas beliau berjaya meledak gol keempat untuk Manchester City dalam perlawanan ini.
Beliau berjaya melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk menewaskan Leno, seterusnya menghasilkan gol keempat City dalam perlawanan ini.
Tidak cukup dengan itu, City hampir mengubah kedudukan menjadi 5-0 pada minit ke-55 permainan, hasil percubaan padu dari Zinchenko.
Mujur saja bola rembatan dari pemain Ukraine itu diselamatkan oleh Bernd Leno dan Arsenal merasa sedikit lega kerana tidak dibolosi buat kali kelima.
Pada minit ke-65 permainan, Manchester City menguasai 80% penguasaan bola dalam perlawanan ini, dengan Arsenal dilihat sudah hilang rentak permainan mereka, dan dilihat sudah tidak sabar menanti wisel penamat dibunyikan.
If you don't laugh… you'll cry… Arsenal fans celebrate Manchester City's fourth goal! #beINPL #MCIARS
Watch Now – https://t.co/hkoevnV6B4 pic.twitter.com/SWXH4juUzT
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) August 28, 2021
Pemain gantian City, Raheem Sterling hampir menambah gol untuk City namun Leno sekali lagi menjadi wira Arsenal dengan menyelamatkan bola percubaan dari pemain England itu.
Arsenal jelas sudah tidak bermaya dan bermain dengan sangat teruk dalam perlawanan ini, dengan mereka gagal untuk mendapatkan sepakan penjuru, ketika City sudah memperoleh 10.
Ia jelas menunjukkan yang jentera serangan Gunners langsung tidak berfungsi dalam perlawanan ini, dan barisan pertahanan City langsung tidak diuji.
Pada minit ke-76, Raheem Sterling sekali lagi berpeluang untuk menambah gol, namun percubaan beliau sekali lagi diselamatkan oleh Bernd Leno.
Manchester City 5-0 Arsenal
Defeat at the Etihad. #MCIARS pic.twitter.com/FqNCgxQw7p
— CAD Gooner (@CADGooner) August 28, 2021
Pemain kebangsaan England itu beberapa kali berpeluang untuk menambah jaringan, namun beliau gagal untuk mencipta sebarang gol dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-84, Manchester City akhirnya berjaya memperoleh gol kelima mereka dalam perlawanan ini, hasil jaringan dari Ferran Torres.
Torres tenang menanduk masuk bola hantaran lintang dari Riyad Mahrez untuk meletakkan City lima gol dihadapan.
City beberapa kali berpeluang untuk menambah jaringan, namun keputusan 5-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Satu keputusan yang sangat tidak diingini oleh para penyokong Arsenal dengan mereka kini berada di kedudukan tercorot liga selepas tiga perlawanan.
Arsenal have failed to win each of their three opening games of a top-flight season without scoring for the first time in the club’s 135-year history.
Mikel Arteta is breaking the wrong records. 😳 pic.twitter.com/fFJWYx5UxV
— William Hill (@WilliamHill) August 28, 2021
Arsenal mencatatkan 3 kekalahan dari tiga perlawanan, dengan mereka bolos sembilan gol dan langsung tidak ada jaringan yang berjaya dijaringkan.
Ia merupakan permulaan yang paling teruk dalam sejarah Arsenal, dan sepertinya masa depan Arteta sebagai pengurus Arsenal bakal terjejas.
Manchester City (4-3-3): Ederson 7: Walker 6 (Zinchenko 45), Dias 6, Laporte 6.5, Cancelo 7; Bernardo 8 (Sterling 58 6), Rodri 6, Gundogan 8; Jesus 8.5 (Mahrez 61 6), Torres 9, Grealish 7
Pemain simpanan: Stones, Ake, Steffen, Fernandinho, Doyle, Palmer
Penjaring: Gundogan 7, Torres 12, 84, Jesus 43, Rodri 53
Kad kuning: Rodri
Pengurus: Pep Guardiola
Arsenal (5-4-1): Leno 6: Cedric 5, Chambers 4, Holding 6, Kolasinac 5, Tierney 5.5; Saka 6 (Elneny 45), Odergaard 5.5 (Maitland-Niles 71 6), Xhaka 5, Smith Rowe 6.5; Aubameyang 6
Full time: Man City 5-0 Arsenal.
10-man Arsenal left in tatters by strikerless Manchester City.#MCIARS pic.twitter.com/gmkyNJBKq6
— Ghana Broadcasting Corporation (@thegbcghana) August 28, 2021
Pemain simpanan: Tavares, Mari, Lokonga, Ramsdale, Okonkwo, Martinelli
Kad kuning: Kolasinac
Kad Merah: Xhaka (Min 35)
Pengurus: Mikel Arteta
Pengadil: Martin Atkinson 7
Sumber Line up: Daily Mail