Premier League Disarankan Agar Tangguhkan Saja Semua Perlawanan Minggu Ini

Premier League disarankan agar menangguhkan saja aksi sepanjang minggu ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian C0V-19.

Pengurus Brentford, Thomas Franks menggesa Premier League untuk menangguhkan semua aksi pada minggu ini agar dapat membantu memutuskan rantaian C0V-19 yang sedang teruk melanda UK pada ketika ini.

Bercakap menjelang aksi pertemuan bertemu Southampton hujung minggu ini, Frank dikatakan sudah bercakap dengan wakil dari Premier League dan turut menyuarakan hal yang sama kepada beberapa pengurus yang lain.

Chelsea pada ketika ini turut berdepan masalah ramai pemain yang positif, dengan terbaru empat lagi pemain sudah disahkan positif.

Apa yang membimbangkan adalah empat pemain yang positif itu, sudah berjumpa dan bersentuhan dengan ramai lagi rakan sepasukannya yang lain.

Pertembungan antara Chelsea dan Everton pada hujung minggu ini masih diteruskan, namun tidak pasti andai ia akan turut ditangguhkan selepas ini.

Brentford juga pada ketika ini berdepan dengan situasi yang mana 13 pemain dan staff mereka yang turut disahkan positif.

Kelab-Kelab dalam saingan Premier League goyang saingan liga tergendala

Kelab-kelab Premier League dilaporkan bimbang akan lebih banyak perlawanan yang bakal ditangguhkan dan saingan liga mungkin akan sekali lagi dihentikan kerana penularan wabak Omicron yang semakin teruk.

Peningkatan kes Omicron di UK semakin teruk pada ketika ini, dan kerana itulah kelab-kelab Premier League goyang situasi seperti sebelum ini bakal berulang kembali.

Manchester United, Norwich City, Arsenal, Leicester City dan Aston Villa merupakan antara lima kelab yang paling teruk menerima impak penularan wabak ini.

Skuad setan merah kini berada dalam zon bahaya dengan perlawanan mereka bertemu Brentford turut terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak di kalangan skuad.

Aksi pertembungan Brighton dan Tottenham Hotspur pada hujung minggu juga turut ditangguhkan atas alasan yang sama, selepas kem Tottenham ramai yang disahkan positif.

Premier League sudah mengumumkan pada Isnin lalu yang 42 pemain dan staff sudah disahkan positif wabak dalam tempoh satu minggu yang lalu.

Ia merupakan rekod mingguan yang paling tinggi sejak kebelakangan ini dan situasi itu jelas membimbangkan ramai pihak.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, kelab Premier League semakin bimbang dengan situasi ini, selepas melihat kadar vaksinasi yang sangat perlahan.

Akhbar UK itu juga turut melaporkan yang Wolves merupakan satu-satunya kelab dari saingan Liga utama England yang memenuhi saranan perdana menteri, Boris Johnson untuk memberi vaksin kepada semua pemain di usia 18 tahun ke atas.

Leeds United dan Brentford juga sedang dalam usaha mereka untuk memenuhi saranan Perdana Menteri, dengan The Daily Mail mendakwa kedua-dua kelab sedang mempertingkat kadar vaksinasi mereka.

Menurut data pada Oktober, 68 peratus pemain yang beraksi dalam saingan Premier League sudah mendapatkan vaksin lengkap.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi kekal teguh dalam meletakkan tempoh menunggu selama tiga bulan antara dos kedua ke dos ketiga.

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan ramai pemain terpaksa menunggu sehingga Januari nanti untuk mendapatkan suntikan bosster mereka.

Walau bagaimanapun, sumber dalaman dari beberapa kelab telah mula mempersoalkan tentang integrity dan keputusan Premier League yang mahu meneruskan juga saingan liga walau ada beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Hal ini kerana ramai yang bimbang jadual perlawanan akan semakin padat selepas ini dek kerana perlawanan tertangguh itu akan diteruskan ketika liga sedang berjalan.

Ia akan memburukkan lagi keadaan memandangkan tahun hadapan jadual akan lebih padat kerana adanya saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Selain itu, para pemain juga akan berdepan risiko keletihan yang terlampau seandainya kesemua perlawanan yang ditangguhkan itu akan dilangsungkan sekaligus tahun hadapan.

Piala benua Afrika juga akan dilangsungkan pada Januari nanti dengan pemain tidak diberikan rehat sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Sudah beberapa perlawanan melibatkan Tottenham Hotspur yang terpaksa ditangguhkan dan kini Manchester United pula berdepan situasi sama.

Mungkin akan ada kelab lain yang bakal berdepan masalah sama, dan itulah yang sedang dibimbangkan oleh kelab-kelab yang bertanding.

Sekiranya mereka mendesak Premier League menggantung saingan liga selama 21 hari, ia jelas sekali akan beri kesan buruk kepada kepadatan jadual selepas ini.

Jika dibiarkan sahaja, akan lebih banyak perlawanan tertangguh dan akan lebih banyak kelab bakal berdepan masalah yang sama.

Oleh yang demikian, Premier League perlu melakukan sesuatu untuk mengelak berlakunya hal-hal tidak diingini dan memastikan perjalanan liga musim ini tidak terjejas.

Sumber: GMS

BACA:  Calon Akhir Anugerah Pemain Terbaik Tahunan (PFA)